August 5, 2016

Syawal 1437 #TeamRayaSarawak

Kita cerita sekaligus. Jadi, awas entri ini penuh dengan gambar raya. Hehe. Alhamdulillah, insan² tersayang semuanya sihat jadi Syawal dirai dengan penuh kegembiraan. #syukurselalu hehe.


Minta Ampun Minta Maaf Bapak
Mintak Ampun Mintak Maaf Mak
Mintak Ampun Minta Maaf Abang

Lepas solat sunat dan makan² sikit, sesi bermaafan. Masa ni la sebak² ngalir air mata salam peluk cium dengan mak bapak. Huhu. Tapi dengan pakwe tu.. Gelak ada la. Dia punya melawak tak kira masa. Kita nak melayan perasaan pun tak dapat. Tambah pula ada budak kecik dok menyelit tengah² tak nak berganjak langsung. Haha.


Legasi KAAB
Saya anak sulung
Semoga sihat selalu mak pak

Lepas bersalaman of course sesi bergambar. Siapa tolong ambilkan? Haaa. Sepupu Yatie serah diri awal pagi datang beraya kat rumah. Hihi. Tak ada rupanya gambar berdua dengan pakwe. Hoho. Tapi tak apa. Gambar² ni dah mencukupi untuk tatapan masa hadapan. InshaAllah.


Rumah Mak Pak
Family Mak
Family Bapak
Family Bapak Lagi
Family Datang Rumah Pulak
BFF InshaAllah

Lepas sesi bergambar, kitorang pergi rumah nek wan sebelah mak dan kemudian nek wan sebelah bapak. Nek wan tu nenek perempuan tau. Alhamdulillah keduanya sihat. Then, pergi rumah adik beradik bapak jumpa sepupu² yang bila kami nyembang macam orang gaduh tu. Haha. Selesai ziarah, Yatie duduk rumah tunggu tetamu dan malamnya jumpa bff. Sedih tahun ni sebab kami tak dapat jumpa berempat. Lumrah bila hidup bekeluarga. Pasrah. Huhu.


Raya Pertama
Raya Kedua
Raya Ketiga
Raya Keempat
Raya Kelima
Raya Ketujuh

Acah² pose OOTD dua beradik ni. Haha. Suka² je. Caca merba pun. Sebab beza umur diorang ni agak jauh. Sorang dah kategori kids. Sorang kategori baby. Nak dondon² payah. Jumpa lebih kurang pun dah #syukurselalu. Ehhh. Haha. Lepas tu nak ambil gambar elok berdua ni memang payah. Terjerit² mak diorang ni macan orang bergaduh. Hahaha.


Juadah hari raya
Kuih muih raya
Mi bandung Pes Mak Pon
Daging Dendeng

Menu raya. Arghhh! Terliur dah. Apa yang buat istimewanya raya kali ini ialah Yatie masak rendang ayam, kari daging berkerisik, kuah kacang instant mama fill with daging (haha), daging dendeng dan mi bandung pes mak pon. Haha. Jujur mana yang pakai instant pakai pes tu sebab nanti orang ingat daku pandai masak sungguh la pula. Hihi.


Malam Raya
Nek Aki dan Kakak
Nek Wan dan Kakak
Hantar si adik balik asrama
King dan Queen of My Life
Sisters! Rindu 'abang'
Warna warni kelip²

Random pictures. Balik raya ni memang syok tapi masa pun agak limited sebenarnya. Sebab masa raya nak berkunjung, orang berkunjung. Pastu masa raya juga orang kenduri. Jadi, terhad sangat masa dengan family. Tak puas! Tahun depan, inshaAllah planning lain. Sebab tahun depan inshaAllah #teamrayaperak pula. Hehe.


Habis dah kot cerita raya sana. Semoga diizinkanNya untuk beraya lagi bersama pada tahun² yang akan datang. InshaAllah. Aamiin. Dan nanti Yatie sambung cerita balik beraya di Semenanjung pulak. Hehe.


1 comment

  1. meriah family besar beraya.... istimewanya kek lapis la kan...lain dari negeri lain

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day