August 8, 2016

Baraan Raya GBSB

Yatie sambung cerita raya di Semenanjung pula. Hehe. Pada mulanya tak terfikir akan join baraan, tapi encik suami sudi melayan. Terima kasih abang sebab sudi bawa dan turut serta baraan geng gojes tahun ni. Tahun² akan datang kita join lagi eh. Eh?! Hihi.


#gbsbbaraanraya2016 - gombak

Baraan pertama ialah di Gombak - Kepong. Rumah pertama adalah Ciknaa. Admin kita. Masa ni Rara dan My sesat entah kemana di bawa oleh Sang Waze. Kesian kedua² mak gigih drive sendiri ke Gombak hari tu. Nampak baju Aflah tu? Fesyen ala² tube. Haha. Nasib baik dak kecik tau dik. Dia muntah on the way nak ke rumah ciknaa. Tak berbaju penghujungnya. Haha.

Menu ciknaa best². Ada ketupat palas dengan serunding yang sedap! Ku tahan jebat nafsu nak makan. Haha. Ada mihun goreng, nasi impit kuah kacang dan desert sagu tu (mak lupa nama hihi).


#gbsbbaraanray2016 - gombak
Tanpa Mereka Siapa Lah Kami, Ewahh

Then kitorang ke rumah kak amy pulak. Serba salah nak makan sebab suami ka amy puasa. Ecece. Walhal duduk dekat dengan meja makan. Hahaha.

Menu kak amy sedap belaka dan kids friendly. Err betul ke? Haha. Rendang ayam, nasi impit, sandwich telur, sosej dan muffin. Budak² suka sangat la menu kak amy. Mak budak ni pun suka. Lol. Sandwich kak amy sedapp. Hihi. Rendang pun sama. I likee!


#gbsbbaraanraya2016 - kepong

Perjalanan diteruskan ke Kepong, rumah Ekin. Kuarters ekin unik! 2 tingkat. Hehe. Comel je. Kitorang kagum. Rumah ekin tingkat 2, naik tangga macam nak ke tingkat 4. Rupanya rumah dua tingkat. Gituuu. Hehe.

Menu Ekin best! Hujan lebat pula syok makan. Haha. Ada rendang ayam, mi siput, puding roti, buah dan yang paling Yatie suka ialah soto Ekin. Serius Yatie tak suka soto tapi kali pertama makan tambah (haha) sebab sedap rupanya. Huuu. Mungkin sebab Ekin ori Johor jadi sebab tu sedap sangat? Hehe.


#gbsbbaraanraya2016 - Shah Alam

Minggu satu lagi baraan raya diteruskan ke Shah Alam - Klang sana. Tak sempat pergi rumah Umi sebab suami ada hal di lowyat. Rumah kedua ialah rumah Pjah. Itupun Yatie lewat sampai. Nasib sempat jumpa Mak Yong Anez. Hehe.

Menu Pjah mi kari! Suami ku kata sedap. Isi kandungan mi kari dia meriah, wallaweh. Yatie kalau bab raya mesti la nak rendang. Kalau ada rendang tapi tak makan, Yatie rasa tak lengkapnya jalan raya. Haha. Oh ye! Ada lontong jugak! Agar² Pjah sedap. Banyak menu Pjah hari tu.


#gbsbbaraanraya2016 - Klang

Kemudian, kitorang ke rumah Sue pula. Ini pun ada kes sesat. Mimi, Khai dan Nadt berserta Umie. Hehe. Nasib baik jumpa juga. Kitorang yang ikut bontot kereta Az dah kenyang makan. Haha.

Menu Sue pula ialah ayam bakar, cekodok, pisang goreng, pizza dan roti. Kitorang syok ratah ayam. Hohoho. Sambil suap cekodok kat anak². Kat rumah Sue anak² main sakan. Yatie susah hati anak sepah²kan barang sebab rumah Sue lawa dan kemas sungguh. Hihi.


#gbsbbaraanraya2016 - Serendah

Esoknya, kami baraan ke Serendah pulak. Gigih tak? Haha. Yatie sampai awal gile. Dah offer My nak tolong tapi dia tak nak. Hahaha. Tapi tak la awal dari masa.jemputan. Pukul 12 tepat dah sampai. Tak lama lepas My call dah sedia, Ekin pun sampai. Hihi.

Menu My banyak oi, meriah. Sedap belaka. Nasi hujan panas, ayam masak merah,rendang, lemang, nasi impit, kuah kacang, lodeh, brownies pastu biskut² homemade dia. Omnomnom terbayang² mak tengah diet ni. Hahaha. Dannnn. Merasa la nasi dari periuk noxxa. Hakhakhak.


#gbsbbaraanraya2016 - Rawang

Lepas kekenyangan rumah My (haha) kami beransur pula ke rumah Aznor di Rawang. Kami geng singgah masjid lambat sikit sampai. Zila sesat juga katanya ke salah. Hihihi.

Aznor hidangan rare. Nasi lemak! Tapi sedappp. Yatie kalau bukan sebab kenyang mahu tambah 2 3 kali. Pastu kalau bukan sebab rushing mau tambah juga sebab surely nyembang panjang kalau x ada program apa². Haha. Pastu puding dia sedapppp. Sedih tak dapat makan keropok lekor panas. Hahahahaha.


Minggu lepas rumah Ros Anis tapi kami balik Ipoh. Kena juga balik Ipoh di bulan Syawal kann. Jujurnya, Yatie happy sangat bersahabat dengan geng gbsb. Terasa nikmat berhari-raya kat Semenanjung ni. Alhamdulillah.

Gambar² adalah ihsan dari Khai dan Mimi terutamanya.

Terima kasih geng gojes gbsb!

Terima kasih suami ku.

Terima kasih Allah atas segalanya.

Selamat hari raya korang. Jumpa lagi tahun² akan datang. InshaAllah.


4 comments

  1. Tudiaaa sekali jalan citenye.. haha..
    Jumpe gathering bile2 mse plk nnt..yeayyy

    ReplyDelete
  2. banyaknya gambo..jeles2! huhu pape pun mekasih datang ye..

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day