August 4, 2016

30 Syawal 1437

Pejam celik hari ni dah 1 Zulkaedah. Syawal tahun ni bagi Yatie meriah banyak sebab balik Sarawak satu hal, then dah balik Semenanjung pula setiap hujung minggu ada baraan. Baraan GBSB lah apa lagi. Hoho. Gigih Yatie tahun ni. Singsing lengan. Eh eh! Hehe.

Nasib baik semalam tekad rajin juga nak isi duit dalam sampul. Arissa dari lepas balik Sarawak berzikir, 'Ica nak bagi duit raya kat kawan² Ica'. Tapi, mak dok tangguh² sebab duit seringgit pun dah yilek. Haha. Nasib baik ada staff yang masih ada balance duit raya. Jadi, tukar dengan dia. Tercapai lah hajat buah hati nan seorang tu.





Seronok sangat bila tengok anak ceria. Hehe. Kalau selalu bila cikgu ambil gambar di sekolah, muka dia mesti buat mak.rasa tak best. Haha. Sebab cikgu ambil gambar tak bagitau ke apa, jadi muka dia nampak macam masam je. Huuu. Arissa kan boleh tahan bergaya kalau tengok kamera. Tapi tak tahu la kalau kat sekolah dia behave.kawal diri. Hahahaha.


















Rajin cikgu melayan ambil gambar dia bagi.duit raya kat kawan². Alhamdulillah. Seronok.sangat Yatie tengok dia. Bila Yatie tanya seronok tak bagi duit raya, oanjang dia jawab.. SERONOKKKKK.. Pastu pot pet panjang ceritanya. Haha. Alahai anak ku sayang.

Apa pun, Alhamdulillah. Tercapai hajat Nur Arissa Batriesya. Sebagai mak ayah, kami happy tengok anak happy. Semoga jumpa lagi tahun hadapan. InshaAllah. Aaminnn.

Dan semalam juga kami mengakhiri Syawal dengan makan lemang dan nasi impit digandingkan dengan rendang daging, kuah kacang dan serunding daging. Nyum nyum. Haha.

2 comments

  1. sekejap jer masa berlalu... dkna mati2 ingat, next week masih raya hahaha

    ReplyDelete
  2. cantiknya arrissa...putih...mcm mak dia dah rupanya...

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day