August 25, 2016

Rumah Untuk di Sewa di Ipoh (Chemor), Perak

UPDATE: BUAT MASA INI RUMAH TELAH ADA PENYEWA. TERIMA KASIH.


Nak iklan sikit hari ni. Hehe. Tak la iklan sangat tapi kot la ada yang sedang mencari rumah sewa, moga ia membantu.

Lokasi rumah adalah beralamat;
No.5, Jalan Chemor Makmur 6,
Desa Chemor Makmur,
31200 Chemor,
Perak.

10 minit ke AEON Mall Klebang
10 minit ke Mydin Mall Meru
30 minit ke Pekan Ipoh

Pekan Chemor, sekolah, stesen pam, dan kawasan perkelahan Chepor adalah berdekatan. 




Pandangan dari pintu

Pandangan dari luar pagar



Ruang belakang rumah



Ruang tepi rumah

Jenis rumah ini ialah 'Single Storey Semi D' di atas tapak keluasan tanah 30' x 25'. Porch boleh memuatkan 2 buah kereta. Tanah tepi dan belakang dalam 5' yang boleh anda bercucuk tanam (serai, pandan, kari, kunyit etc) termasuk bunga². 




Bilik Utama + Bilik Air



Bilik Kedua (Sederhana)



Bilik ke-3 (Bilik Kecil)

Rumah ada 3 bilik; bilik utama + bilik air, bilik sederhana dan bilik kecil di bahagian dapur. 2 bilik air; 1 ada di bilik utama dan 1 di bahagian dapur. 




Pandangan ruang tamu dari dapur



Pandangan ruang pertamu dari pintu utama



Pandangan dapur



Sinki Table Top

Pandangan ruang tamu dan dapur rumah. Langsir ruang tamu seperti dalam gambar adalah percuma untuk dipakai sepanjang menyewa. 


Nak sewakan berapa? Haaa. Boleh whatsapp pemilik utama Encik Fadhlil 019-5178555 atau saya 019-4603069. InshaAllah, boleh runding. Deposit adalah 1 bulan sewa + 1 bulan advance + RM200 (utilities).

Kalau berminat, boleh whatsapp ok. 

Tq for coming! 

August 8, 2016

Baraan Raya GBSB

Yatie sambung cerita raya di Semenanjung pula. Hehe. Pada mulanya tak terfikir akan join baraan, tapi encik suami sudi melayan. Terima kasih abang sebab sudi bawa dan turut serta baraan geng gojes tahun ni. Tahun² akan datang kita join lagi eh. Eh?! Hihi.


#gbsbbaraanraya2016 - gombak

Baraan pertama ialah di Gombak - Kepong. Rumah pertama adalah Ciknaa. Admin kita. Masa ni Rara dan My sesat entah kemana di bawa oleh Sang Waze. Kesian kedua² mak gigih drive sendiri ke Gombak hari tu. Nampak baju Aflah tu? Fesyen ala² tube. Haha. Nasib baik dak kecik tau dik. Dia muntah on the way nak ke rumah ciknaa. Tak berbaju penghujungnya. Haha.

Menu ciknaa best². Ada ketupat palas dengan serunding yang sedap! Ku tahan jebat nafsu nak makan. Haha. Ada mihun goreng, nasi impit kuah kacang dan desert sagu tu (mak lupa nama hihi).


#gbsbbaraanray2016 - gombak
Tanpa Mereka Siapa Lah Kami, Ewahh

Then kitorang ke rumah kak amy pulak. Serba salah nak makan sebab suami ka amy puasa. Ecece. Walhal duduk dekat dengan meja makan. Hahaha.

Menu kak amy sedap belaka dan kids friendly. Err betul ke? Haha. Rendang ayam, nasi impit, sandwich telur, sosej dan muffin. Budak² suka sangat la menu kak amy. Mak budak ni pun suka. Lol. Sandwich kak amy sedapp. Hihi. Rendang pun sama. I likee!


#gbsbbaraanraya2016 - kepong

Perjalanan diteruskan ke Kepong, rumah Ekin. Kuarters ekin unik! 2 tingkat. Hehe. Comel je. Kitorang kagum. Rumah ekin tingkat 2, naik tangga macam nak ke tingkat 4. Rupanya rumah dua tingkat. Gituuu. Hehe.

Menu Ekin best! Hujan lebat pula syok makan. Haha. Ada rendang ayam, mi siput, puding roti, buah dan yang paling Yatie suka ialah soto Ekin. Serius Yatie tak suka soto tapi kali pertama makan tambah (haha) sebab sedap rupanya. Huuu. Mungkin sebab Ekin ori Johor jadi sebab tu sedap sangat? Hehe.


#gbsbbaraanraya2016 - Shah Alam

Minggu satu lagi baraan raya diteruskan ke Shah Alam - Klang sana. Tak sempat pergi rumah Umi sebab suami ada hal di lowyat. Rumah kedua ialah rumah Pjah. Itupun Yatie lewat sampai. Nasib sempat jumpa Mak Yong Anez. Hehe.

Menu Pjah mi kari! Suami ku kata sedap. Isi kandungan mi kari dia meriah, wallaweh. Yatie kalau bab raya mesti la nak rendang. Kalau ada rendang tapi tak makan, Yatie rasa tak lengkapnya jalan raya. Haha. Oh ye! Ada lontong jugak! Agar² Pjah sedap. Banyak menu Pjah hari tu.


#gbsbbaraanraya2016 - Klang

Kemudian, kitorang ke rumah Sue pula. Ini pun ada kes sesat. Mimi, Khai dan Nadt berserta Umie. Hehe. Nasib baik jumpa juga. Kitorang yang ikut bontot kereta Az dah kenyang makan. Haha.

Menu Sue pula ialah ayam bakar, cekodok, pisang goreng, pizza dan roti. Kitorang syok ratah ayam. Hohoho. Sambil suap cekodok kat anak². Kat rumah Sue anak² main sakan. Yatie susah hati anak sepah²kan barang sebab rumah Sue lawa dan kemas sungguh. Hihi.


#gbsbbaraanraya2016 - Serendah

Esoknya, kami baraan ke Serendah pulak. Gigih tak? Haha. Yatie sampai awal gile. Dah offer My nak tolong tapi dia tak nak. Hahaha. Tapi tak la awal dari masa.jemputan. Pukul 12 tepat dah sampai. Tak lama lepas My call dah sedia, Ekin pun sampai. Hihi.

Menu My banyak oi, meriah. Sedap belaka. Nasi hujan panas, ayam masak merah,rendang, lemang, nasi impit, kuah kacang, lodeh, brownies pastu biskut² homemade dia. Omnomnom terbayang² mak tengah diet ni. Hahaha. Dannnn. Merasa la nasi dari periuk noxxa. Hakhakhak.


#gbsbbaraanraya2016 - Rawang

Lepas kekenyangan rumah My (haha) kami beransur pula ke rumah Aznor di Rawang. Kami geng singgah masjid lambat sikit sampai. Zila sesat juga katanya ke salah. Hihihi.

Aznor hidangan rare. Nasi lemak! Tapi sedappp. Yatie kalau bukan sebab kenyang mahu tambah 2 3 kali. Pastu kalau bukan sebab rushing mau tambah juga sebab surely nyembang panjang kalau x ada program apa². Haha. Pastu puding dia sedapppp. Sedih tak dapat makan keropok lekor panas. Hahahahaha.


Minggu lepas rumah Ros Anis tapi kami balik Ipoh. Kena juga balik Ipoh di bulan Syawal kann. Jujurnya, Yatie happy sangat bersahabat dengan geng gbsb. Terasa nikmat berhari-raya kat Semenanjung ni. Alhamdulillah.

Gambar² adalah ihsan dari Khai dan Mimi terutamanya.

Terima kasih geng gojes gbsb!

Terima kasih suami ku.

Terima kasih Allah atas segalanya.

Selamat hari raya korang. Jumpa lagi tahun² akan datang. InshaAllah.


August 5, 2016

Syawal 1437 #TeamRayaSarawak

Kita cerita sekaligus. Jadi, awas entri ini penuh dengan gambar raya. Hehe. Alhamdulillah, insan² tersayang semuanya sihat jadi Syawal dirai dengan penuh kegembiraan. #syukurselalu hehe.


Minta Ampun Minta Maaf Bapak
Mintak Ampun Mintak Maaf Mak
Mintak Ampun Minta Maaf Abang

Lepas solat sunat dan makan² sikit, sesi bermaafan. Masa ni la sebak² ngalir air mata salam peluk cium dengan mak bapak. Huhu. Tapi dengan pakwe tu.. Gelak ada la. Dia punya melawak tak kira masa. Kita nak melayan perasaan pun tak dapat. Tambah pula ada budak kecik dok menyelit tengah² tak nak berganjak langsung. Haha.


Legasi KAAB
Saya anak sulung
Semoga sihat selalu mak pak

Lepas bersalaman of course sesi bergambar. Siapa tolong ambilkan? Haaa. Sepupu Yatie serah diri awal pagi datang beraya kat rumah. Hihi. Tak ada rupanya gambar berdua dengan pakwe. Hoho. Tapi tak apa. Gambar² ni dah mencukupi untuk tatapan masa hadapan. InshaAllah.


Rumah Mak Pak
Family Mak
Family Bapak
Family Bapak Lagi
Family Datang Rumah Pulak
BFF InshaAllah

Lepas sesi bergambar, kitorang pergi rumah nek wan sebelah mak dan kemudian nek wan sebelah bapak. Nek wan tu nenek perempuan tau. Alhamdulillah keduanya sihat. Then, pergi rumah adik beradik bapak jumpa sepupu² yang bila kami nyembang macam orang gaduh tu. Haha. Selesai ziarah, Yatie duduk rumah tunggu tetamu dan malamnya jumpa bff. Sedih tahun ni sebab kami tak dapat jumpa berempat. Lumrah bila hidup bekeluarga. Pasrah. Huhu.


Raya Pertama
Raya Kedua
Raya Ketiga
Raya Keempat
Raya Kelima
Raya Ketujuh

Acah² pose OOTD dua beradik ni. Haha. Suka² je. Caca merba pun. Sebab beza umur diorang ni agak jauh. Sorang dah kategori kids. Sorang kategori baby. Nak dondon² payah. Jumpa lebih kurang pun dah #syukurselalu. Ehhh. Haha. Lepas tu nak ambil gambar elok berdua ni memang payah. Terjerit² mak diorang ni macan orang bergaduh. Hahaha.


Juadah hari raya
Kuih muih raya
Mi bandung Pes Mak Pon
Daging Dendeng

Menu raya. Arghhh! Terliur dah. Apa yang buat istimewanya raya kali ini ialah Yatie masak rendang ayam, kari daging berkerisik, kuah kacang instant mama fill with daging (haha), daging dendeng dan mi bandung pes mak pon. Haha. Jujur mana yang pakai instant pakai pes tu sebab nanti orang ingat daku pandai masak sungguh la pula. Hihi.


Malam Raya
Nek Aki dan Kakak
Nek Wan dan Kakak
Hantar si adik balik asrama
King dan Queen of My Life
Sisters! Rindu 'abang'
Warna warni kelip²

Random pictures. Balik raya ni memang syok tapi masa pun agak limited sebenarnya. Sebab masa raya nak berkunjung, orang berkunjung. Pastu masa raya juga orang kenduri. Jadi, terhad sangat masa dengan family. Tak puas! Tahun depan, inshaAllah planning lain. Sebab tahun depan inshaAllah #teamrayaperak pula. Hehe.


Habis dah kot cerita raya sana. Semoga diizinkanNya untuk beraya lagi bersama pada tahun² yang akan datang. InshaAllah. Aamiin. Dan nanti Yatie sambung cerita balik beraya di Semenanjung pulak. Hehe.


August 4, 2016

30 Syawal 1437

Pejam celik hari ni dah 1 Zulkaedah. Syawal tahun ni bagi Yatie meriah banyak sebab balik Sarawak satu hal, then dah balik Semenanjung pula setiap hujung minggu ada baraan. Baraan GBSB lah apa lagi. Hoho. Gigih Yatie tahun ni. Singsing lengan. Eh eh! Hehe.

Nasib baik semalam tekad rajin juga nak isi duit dalam sampul. Arissa dari lepas balik Sarawak berzikir, 'Ica nak bagi duit raya kat kawan² Ica'. Tapi, mak dok tangguh² sebab duit seringgit pun dah yilek. Haha. Nasib baik ada staff yang masih ada balance duit raya. Jadi, tukar dengan dia. Tercapai lah hajat buah hati nan seorang tu.





Seronok sangat bila tengok anak ceria. Hehe. Kalau selalu bila cikgu ambil gambar di sekolah, muka dia mesti buat mak.rasa tak best. Haha. Sebab cikgu ambil gambar tak bagitau ke apa, jadi muka dia nampak macam masam je. Huuu. Arissa kan boleh tahan bergaya kalau tengok kamera. Tapi tak tahu la kalau kat sekolah dia behave.kawal diri. Hahahaha.


















Rajin cikgu melayan ambil gambar dia bagi.duit raya kat kawan². Alhamdulillah. Seronok.sangat Yatie tengok dia. Bila Yatie tanya seronok tak bagi duit raya, oanjang dia jawab.. SERONOKKKKK.. Pastu pot pet panjang ceritanya. Haha. Alahai anak ku sayang.

Apa pun, Alhamdulillah. Tercapai hajat Nur Arissa Batriesya. Sebagai mak ayah, kami happy tengok anak happy. Semoga jumpa lagi tahun hadapan. InshaAllah. Aaminnn.

Dan semalam juga kami mengakhiri Syawal dengan makan lemang dan nasi impit digandingkan dengan rendang daging, kuah kacang dan serunding daging. Nyum nyum. Haha.

Blog design by Rainy Day