July 5, 2016

#TeamRayaSarawak

Wahh gitu tajuk kita hari ni setelah sekian lama tak membebel di blog. Lol. Alhamdulillah, Yatie sekeluarga dah selamat sampai di kampung halaman Yatie di Sarawak. Turn Yatie kali ni walaupun tahun lepas dah balik Sarawak juga. Hehe. Eh tapi betul lah juga. Turn sambut hari raya pertama. Gituuuu.

Kitorang gerak dari rumah kelmarin jam 6 pagi. Lepas sahur je terus gerak. 'driver' pun datang awal weh. Sebelum Subuh dah sampai. Kalut kitorang. Haha. Susah hati kot orang tunggu kita. Oh ye, kami guna khidmat suami Leenda Asyura sebab As sekarang memang register dengan Uber. Jadi, hari tu cuba nasib tanya kat Leenda. Sebab senang, kita dah kenal orang kan. Hoho. Terima kasih As sebab dari Gombak ke Cheras amik kitorang bawa ke KLIA2. Heee.


Tak nampak pula muka As haha

Flight kitorang pukul 9.45 am. Ramai yang kata awal sangat kami gerak tapi kebiasaan kami memang akan pergi awal supaya tak rushing dan kena ada margin masa in case ada benda² yang tak kita duga. Sekarang pula, tag pun kena print sendiri. Huhu. Dan berat beg kami over dari tempahan 45kg. Nasib baik boleh bawa naik atas. Nak bayar 1kg RM30+. Huhu. Sah² tak berbaloi nak add 3kg. Phew! Lepas check in kami terus masuk balai berlepas. Bukan boleh makan pun kalau nak tunggu di luar sampai pukul 9. Hihi. Rezeki kali ni pintu berlepas kami J4 adalah pintu pertama sebaik sahaja kami turun ke 'sayap kiri'.


Anak² kemain aktif, mak ayah ngantukk.. Huuu..

Semua lancar pada hari tu. Tak ada delay ke apa. Malah kami sampai lebih awal dari yang dijadualkan. Alhamdulillah. Cuma kami terasa lama sebab mek Aflah tak nak tidur langsung. Mek Arissa pun tak tidur tapi boleh kawal sebab dia dah besar dan.faham. Cuma dia nangis part telinga sakit dan dia tak boleh dengar suara dia dengan jelas. Katanya, "kenapa suara ica macam ni?" Haha. Siannnn dia. Aflah? Haa. Macam² ragam dia. Nak turun, nak baca buku, nak susu, tak nak baring. Ich! Amboi sangat dia. Hihi. Dulu masa dengan kakak, sorang² je mak naik flight naik bas. Elok je. Eh! Mak ni membandingkan ke? Hee. Idok. Mengimbau. Hehe.


NABNAD Balik Sarawak

Dah sampai, mak pak Yatie dah tunggu siap. Rindu gila. Huu. Lepas tu beli la barang sikit² mana yang nak topup. Tapi, mak Yatie kemain tau.. Bila tanya, "tok tek mak?" Jawabnya, "aie iboh.. manyak d umah nun". Hihi. Sabo je la.. Haha. Kitorang sampai kampung lebih kurang sejam sebelum berbuka. Juadah pun Bazaar mari. Arissa macam biasa dengan peramah dia. Huhu. Aflah pula huhu.. Lambat sikit sebab dia memilih orang. Selalu dia peramah juga tapi agaknya berpusu² yang datang kat dia. Tu yang dia pun dilema kot. Haha.


Acah² ootd kelmarin. Hihi.

Semalam, semua debar² tunggu pengumuman raya. Takut raya jatuh hari ni. Haha. Pertama sekali, persiapan tak lengkap lagi. Kedua, cuti percuma tak Jumaat nanti. Hahaha. Tapi kebiasaannya takwim Msia tak silap. Betul je 1 Syawal hari Rabu. Jadi, semalam ronda sekejap naik moto adik tengok kampung. Lepas tu 'ajar' mek Arissa main bunga api. Dia kan takuttt. Bila dah berani sikit main, dia nyanyi lagu "berlalu lah sudah ramadon.." Haha. Kemainnn. Cuma bapak tak pasang pelita. Jelaga katanya. Habis lubang hidung nanti. Ich!. Hahaha. Sabo je laaa. Huhu.


Arissa belajar main bunga api hihi

Seronoknya raya adalah bila anak² seronok meraikan. Seronoknya raya bila kita adik beradik berkumpul sama di rumah mak bapak apatah lagi Yatie yang setahun sekali je berkumpul ni. Huhu. Seronoknya raya bila kita telah melalui Ramadhan dengan jayanya. Siapa kata makin tua makin tak seronok raya? Sian anak² kalau kita melayan tak seronok tu. Bagi Yatie, biar anak² lalui juga zaman kecik² kita dulu. Hehe.

Blog design by Rainy Day