June 2, 2016

Susun Atur Bilik Anak² | NAB & NAD

Assalammualaikum. Hai korang. Yatie muncul lagi hari ni. Maaf entri tertunggak belum buat sebab gambar² tiada dalam handphone. Hehe.

Buat yang tak tahu, kami dah pindah kuarters. Alhamdulillah. 1 Jun semalam kitorang dah masuk bulan kedua duduk kuarters. Dah tentu keutamaan kami adalah keselesaan anak-anak. Jadi, bilik diorang lah Yatie paling excited nak siapkan walaupun diorang tak tidur situ pun. Huhu.



Tak siap sepenuhnya lagi. Nak cat inshaAllah dan nak letak kipas dinding. Kipas siling macam tak puas. Nak pasang aircond? Errr. Besar sangat modalnya. Haha. Tapi ok la juga dah sebenarnya bilik tu. Takyah cat pun takpe. Xde kesan seni pun. Hoho


Almari pakaian dan sudut belajar. Ewahhh.


Sudut atau ruang bermain.


Katil queen dengan cadar patchwork.

Haaaa. Tiba-tiba rasa macam tak muat tau bilik diorang ni sebab diorang ada tent. Kalau pasang tak tau nak letak mana. Surely padat ruang tu. Haha.

InshaAllah slowly memang nak bagi Arissa tidur bilik sendiri walaupunnnnn... Hihi. Tapi, kalau bagi dengan Aflah rasanya dia ok. Cuma kesian pula kalau Aflah awal-awal dah nak kena tidur asing. Haha.

Kalau bilik macam tu selalu alangkah bahagianya mak. Tapi, itu hanya dalam mimpi. Realiti? Macam kapal pecah. Lol.

2 comments

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day