June 7, 2016

Owlery Cafe di Ampang

Assalammualaikum. Hai korang. Selamat menyambut bulan Ramadhan. Selamat berpuasa! Haaa. Nak share dengan korang satu cafe yang korang boleh jadikan sebagai salah satu cafe pilihan untuk berbuka puasa iaitu Owlery Cafe. Lokasinya di Taman Dagang Avenue, Ampang.

Dari sehari ke sehari kitorang nak pergi tak berkesempatan. At last, Sabtu malam kitorang pergi. Yatie memang teringin nak makan Oglio Olio sebab tak jumpa lagi yang betul² sedap kena tekak selera. Hehe. Plus kedai kawan kan.. Haruslah support. Tapi, tak inform rara pun. Malas nak ganggu mak yong. Hehe.


Sudut anak-anak

Apa yang menariknya Owlery Cafe ni ialah ia ada sudut untuk anak² bermain. Walaupun si Arissa tu ada permainan yang sama tapi dia tetap excited. Tambah pula ada kawan² lain jadi diorang main bersama. Jadi mak ayah boleh makan dengan tenang sambil pantau anak² bermain. Tapi jangan lupa pula nak suap anak yang tengah main tu. Lol.




Yatie suka suasana Owlery Cafe. Exclusive. Tenang. Damai. Ewah! Dan kreatif.


Menu Owlery Cafe

Menu dia simple macam ni je. Comel! Cuma kena rajin membaca sebab tak ada gambar. Tapi, apa ada hal. Korang boleh buka ig owlery cafe masa nak order tu. Sila tiru macam Yatie. Haha.




Yatie order Iced Choc dan suami pula Teh Tarik. Dua dua sedap. Dan teh tarik suami memang bagi thumbs up 2 3 4 kali. Hoho. Oh ye! Owlery Cafe ni bagi kita air masak siap-siap tau masa kita sampai. Sementara menunggu boleh minum air masak tu. Diorang bukan bagi segelas sorang tapi satu botol. Haa mana-mana yang diet tak minum air manis tu dah kira advantage la dapat air masak siap². Ngee.


Grilled Chicken Aglio


Steamed Mackerel Fried Rice


Tiger Prawn Fried Noodle

Ehem! Tudia menu kami. Sedap weh! Jangan risau. Ini bukan entri berbayar. Ini review ikhlas tulus dari lidah. Ehhhh! Haha. Trust me, inshaAllah korang tak akan menyesal makan kat sini. Ketiga-tiga menu yang kitorang order ni sedap. Tetapi! Nak bagi tips kat korang eh.

Kata tokey Owlery Cafe ni, konsepnya memang a bit spicy. Berbeza dengan kebanyakan cafe / restoran, disini kita kena cakap nak kurang atau tak nak pedas. Kalau menu yang spicy memang akan sungguh spicy. Macam kitorang memang masing² tak berapa nak tahan pedas, jadi berair-air mata makan. Kembung perut minum hihihi. Jadi lepas ni kalau pergi lagi kena request kurang pedas. Nasib baik nasi goreng Arissa kami dah remark, 'not spicy'.




Overall kitorang memang puas hati. Cafe yang menarik, selesa dan family friendly. Makanan sedap dan portion besar. Service cepat dan masing² peramah. So kita makan pun happy je. Hehe.


Wajah² happy. Ehh! Hehe. Alhamdulillah. InshaAllah ada rezeki, bila² kita pergi lagi.

Bulan puasa ni Owlery Cafe buka juga tau. Ada Opening & Ramadhan Promotion, korang g usha IG OWLERY CAFE. Nombor telefon, emel, alamat semua ada kat IG tu.

Ok, then. Jumpa lagi bila berkelapangan. Hehe.

5 comments

  1. alamak ternampak lak entry ni tengah2 pagi ni lapo lak hahaha.

    ReplyDelete
  2. Alahai, TQSM Yatie, terharunya baca! siap dh ada entry! seronok baca, TQSM tauuu! aah mmg pedas sikit. sian korg. hehe. Nanti dtg lg tau.

    ReplyDelete
  3. sukanya spagethi oglio olio...
    cantik sangat cafe dia tau...bila la nk dpt singgah ni..

    ReplyDelete
  4. harga dlm range berapa? macam sedap je tgk ni. hehe

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day