June 1, 2016

OPPO F1 Selfie Expert

Siapa yang pakai OPPO F1 ni nanti akan jadi Selfie Expert dan lawa macam Nora Danish. Haaaa. Lawa macam Nora Danish tu menarik. Haha. Tapi, jangan mimpi ok. Jangan. Awak memang dah lawa seperti yang Allah ciptakan. Nora Danish tu salah satu kecantikan ciptaan Nya juga. Hehe.

Eh lupa nak bagi salam kat readers. Ewahhh! Ajet² glamor ada readers. Assalammualaikum. Hai korang. Ingat Yatie lagi tak? Hihi. Yatie ada je ni. Alhamdulillah sihat semakin gebu. Hoho.


Ok. Nak kenalkan 'kawan' baru Yatie - OPPO F1 Selfie Expert. Kawan yang tak dirancang. Gituuu. Haha. Entahlah, kebelakangan ni tahap 'mengidam' melampau. Perubahan hormon yang membahayakan. Hihi. Sebenarnya nak trade in tab sebab malas dah nak bawa ke hulu ke hilir. Tapi, dah sampai di kedai tab tak tolak, ASUS yang di tolak. Plan asal nak Samsung, ambil OPPO. Haha.


Kenapa? Sebab salesman tu memang pandai dok highlight OPPO ni. Lepas tu dalam banyak² OPPO, ini yang dia highlight. Cuba try test. Menarik! Tengok spec. Menarik! Tengok design. Menarik! Tengok harga. Not bad! Ok, bungkus mari. Haha. Ketar weh juga nak bayar. Itupun ada hati nak Iphone 6. Kalau beli Iphone 6 rasanya sawan nak bayar. Hahaha.

Yatie share sikit spec dia eh. So far, Alhamdulillah. Tak mengecewakan. Nice. Gambar selfie memang lawa. Haha.









Secara fizikal, OPPO ni size 5' dan nipis. Ala-ala Iphone. Kiranya mana-mana yang tengok handphone Yatie ni dari kejauhan akan ingat Yatie pakai Iphone 6. Hoho. Boleh la ala-ala Iphone pun kan. Hehe. Dan Yatie pilih warna pink. Haruslah kalau tak ada merah ku pilih merah jambu.

So far, puas hati lah. Kamera lawa. Kamera selfie bertambah lawa. Haha. Cuma jari gemuk jadi selalu je typo. Solutionnya, lepas raya kita diet ok. Hihi.

Oklah sekian review ringkas dari ku. Harga beli hari tu RM1,098. Berbaloi. Dan of course terima kasih suami sebab layan kehendak si isteri yang 'ngidam' ni.

p/s Ngidam sebab hormon mak kacau bilau lepas mak buat kaedah perancang secara suntikan lebih kurang 3 minggu yang lalu. Hahaha. Korang jangan ingat Yatie ngidam ngandung lak. Hihi.

2 comments

  1. Jari gemok salu typo ya nang bena..hahaha..

    ReplyDelete
  2. Adoi oppo plak..geram tau tengok nora danish selalu sgt selfie kat iklan dulu...jgn terpengaruh gak sudah...hahaha

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day