June 3, 2016

Nan Cheese Leleh RSMY

Assalammualaikum. Selamat pagi. Berpagian iols hari ni tau. Hehe. Btw, lama sangat dah teringin nak makan Nan Cheese Leleh RSMY ni. Mana tak nya, sana sini kawan² FB tayang makan roti nan yang cheese nya bertali. Tak terganggu kau? Yatie yang kuat makan ni sudah tentu teringin sokmo. Hoho.

Bila dah mudah parking sekarang, inshaAllah kalau ada urusan malam² kami boleh pergi termasuk makan. Haha. Tempoh hari, lepas jumpa auntie GE ambil polisi Aflah kami konon lajak nak ke dataran merdeka. Tapi, tak jadi. Menghala ke RSMY. Haha. Yatie la punya plan. Siapa lagi, yer dak? Hehe.

Ramai gak. Kami tunggu sekejap je dah dapat tempat dan kami order Nan Cheese Extra add on kuah dal dan Nasi Beriyani Sambal Udang. Kedua-duanya sedap! Dan roti nan tu bukanlah sekandar indah khabar dari rupa. Sedapnyaaa. Alahai, teringat-ingat.


Ayah dan kakak tengah pilih menu pilihan


Nan Cheese Extra dan Kuah Dal


Nasi Beriyani Sambal Udang

Serius, memang rasa nak ulang semula makan kalau berkesempatan. Malam tu Arissa berselera sungguh makan beriyani dan roti nan cheese tu. Seronok tengok dia makan. Selera.


Nampak cheese yang bertali tu. Dush!


Haa. Ada siapa yang nak buat dialog? Haha.

Adui la teringat-ingat. Cerita pula masa kat kursus yang makannya tak berapa nak best, aduhai teringat weh. Entah bila nak repeat. Tapi sebelum nak repeat rasanya nak makan kat tempat yang tak pernah lagi pergi. Salah satunya, Owlery Cafe. Hehe.

3 comments

  1. mmg fav saye gak makan cheese nan kat rsmy ni hehehe sedapp meleleh

    ReplyDelete
  2. pernah makan nan cheese ni kat kedah, dia punya Q nak order bukan main panjang. nasib baik sedap.. cheese dia berbaloi la..

    ReplyDelete
  3. ni kat mana ni sis...akk dah lama tak makan yg dekat danau kota...
    skang susah dah nak kua supper sebab dak aish makin noty...hehehehee

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day