June 4, 2016

Review Hotel: Akar Beach Resort

Ehem! Sabtu pun up entry. Hehe. Hai korang. Assalammualaikum. Selamat hujung minggu. Tengah prepare nak sambut Ramadhan ke tu? Yatie masih lagu di PD menghabiskan hari-hari akhir kursus. Huhu.

Kursus Yatie kali ni di Akar Beach Resort, Port Dickson. Lokasi resort ni tak jauh dari Ancasa Hotel Port Dickson dan agak ke dalam tetapi ada kawasan pantai yang tak berapa besar tetapi agak bersih.


Akar Beach Resort, Port Dickson

Bilik yang kami dapat ialah Superior Twin Room with balcony. Apa yang best ialah biliknya luas. Jadi, kalau pergi dengan family ia adalah sangat selesa. Boleh muat ramai. Hehe.


Superior Twin Room

Luas kan? Haaa. Ni sudut-sudut lain pula.


Keperluan biasa dengan mini bar


Bilik air


Meja solek dan TV


Balkoni


Swimming pool

Ok tak? Ok la bagi Yatie. Not bad. Cuma bila minta iron, memang dia bagi iron je. Diorang tak ada iron board. Hoho. Lepas tu makanan dia (Yatie fokus breakfast ok), tak banyak pilihan. Bak kata kawan Yatie, tak.ada istilah nak bangun 2 3 kali. Haha. So far nasi lemak, bubur, mi goreng, kueteow goreng, bihun goreng, kentang, sosej, roti kosong, cocoa crunch dan honey star.

Cuma kalau nak buat family day rasanya sesuai juga sebab di bahagian belakang ada padang kecik dan juga ruang untuk berkelah / bbq. Pantainya pun boleh mandi. Cemburu tengok dorang mandi. Haha.


Pemandangan matahari terbenam

Cantikkan? Subhanallah. Ciptaan Allah SWT tiada tolok bandingnya.

p/s: Kos bilik disini bermula dari RM210.

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day