April 7, 2016

Jalan-Jalan Langkawi | Langgura Baron Resort (Part 8)

Langgura Baron Resort | Tempat kediaman sementara merupakan satu perkara yang mengambil masa lama untuk buat keputusan. Google sana sini untuk dapatkan review dari blogger terutamanya dan juga baca dari trip advisor. Bagi Yatie, kita perlu tahu apa tujuan kita ke sini. Cuti tepi pantai atau membeli belah? Haaaa.

Yatie memang fokus untuk berehat / bercuti. Shopping tu jatuh nombor berapa entah. Yatie suka laut, jadi dah tentu pilih lokasi tepi pantai. Tapi, Yatie juga nak kawasan yang macam-macam ada. Jadi, tentunya Pantai Cenang. Hihi. Akhirnya kitorang pilih Baron hotel dan berharap Langgura Baron Resort yang macam chalet tu available. Alhamdulillah rezeki. Hehe.



Baron ni ada beberapa hotel. Booking memang yang biasa tapi tanya juga resort sebab ia macam rumah kayu dan letaknya tepi pantai cenang.



Haaa. Nampak? Tu belakang Langgura Baron je. Tak perlu untuk pergi jauh untuk menikmati keindahan pantai ciptaan Allah SWT. Mandi laut pun tak susah hati sebab 'rumah atas tanah'. Gituu. Hihi. Banyak aktiviti boleh buat dekat sini cuma kitorang tak buat pun. Hehehe.


Cantik kan dari luar? Rasa macam kat kampung I tell you walaupun rumah kitorang tak la rumah kayu. Hihi. Tengok kat dalam pun best! Hehe.




Bilik luas. Luas sungguh! 2 katil queen. Kiranya kalau bawa 2 3 family inshaAllah muat cuma kena bentang toto. Hehe. Serius, selesa.



Bilik pun ada bath tub. Arissa kata, 'wahhh ada kolam kecikkkk..' Haha.



Dua ketul budak sedang rehat. Haha. Masa ni kitorang baru masuk bilik. Masing2 seronok dapat baring luruskan pinggang. Yelah, gerak dari rumah jam 3 pagi dan baru dapat lurus badan lunjur kaki jam 2 petang macam tu. Huhu.

Apa yang lagi best ialah lokasinya dekat dengan Cenang Mall dan Underwaterworld. Kawasan sekitar ada banyak kedai makan termasuk Pizza Hut, Secret Recipe, McD, Chatime, Starbuck dan banyak lagi lah. Korang boleh jalan kaki je. Peluh sikit. Tapi kalau naik kereta pun berpeluh juga nak cari parking. Hoho.

Kalau korang nak tengok details, pergi kat web Baron Group Hotel ni. Korang boleh pilih kat hotel mana korang nak duduk. Hehe.

Langgura Baron Resort (2016)
Sewa RM180 / malam

Ok, dah sampai penghujung. Bercinta! Hahaha.

3 comments

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day