April 2, 2016

Kenapa Menangis?

Kenapa Kita Menangis | Yatie menjawab bagi pihak diri Yatie sendiri sebab setiap seorang itu berbeza walau keluar dari rahim yang sama. Ada yang mudah terusik hatinya. Ada yang kental jiwanya. Ada yang begitu rapuh empangan air matanya. Ewah! Maaf kalau perumpamaan bagai tak kena. Haha.

Yatie, kalau nak dikatakan selalu menangis tu.. tidak. Kadang-kadang tu rasa macam tertanya pada diri sendiri, 'orang lain sibuk kata sedih menangis, tapi kenapa aku macam biasa je.. hati aku ni hitam dah ke?' Haaaa. Sampai begitu tau persoalan terutamanya bila ada video viral yang menyayat hati. Paling hebat pun Yatie sebak je, tak sampai air mata mengalir. Hihi.

Walaubagaimanapun, Yatie manusia biasa. Walau sehabis daya menjadi 'kuat', ada ketika menangis juga. Bila menangis tu tandanya Yatie penat menjadi seorang yang 'kuat'. Tanyalah mana-mana pelakon, berlakon itu bukan mudah. Macam tu la Yatie. Kenapa perlu berlakon kuat? Haha. Ada orang peduli kalau kau lembik lemau sentiasa? 

Kebiasaannya bila Yatie rasa 'penat', Yatie akan nangis bersendirian. Jarang sekali di hadapan orang lain. Dan jika ia berlaku, itu tandanya Yatie dah tak mampu bertahan. Yatie dah tak ada daya untuk pretending yang Yatie ok. Yatie dah tak mampu berlakon kuat. Dan itu juga tandanya, cukup! Tak perlu teruskan lagi. Just follow the flow. Hidup, kita semua ada perancangan dan impian. Tapi, ia mungkin tak sama dengan perancangan Allah. Serahkan pada Allah je lah. Kita dah buat yang terbaik. Gituu..

Well, hidup siapa yang tak ada ujian? Kecik atau besar, semuanya perlukan kekuatan dalam diri. Kalau tak kuat, itu yang jadi kes tak tentu hala macam dera, bunuh dan sebagainya. Lagi bagus menangis sampai bengkak mata daripada kita buat kerja gila. Menangislah! Menangis sepuasnya. Lagi bagus jika berkesempatan serta berpeluang, menangis dan mengadulah pada Dia bertapa penatnya kita. Allah Maha Mendengar, Pengasih dan Penyayang. InshaAllah ketenangan kembali pada kita jua.

Usah Ragu Mahu Menangis
;)
Haaaa... ini Yatie kongsikan dari EraMuslim tentang keajaiban air mata.

1. Membantu penglihatan

Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada mata yang dapat membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria

Tak perlu obat tetes mata, cukuplah air mata yang berfungsi sebagai antibiotik. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 menit.

3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis bisa menurunkan kadar emosi kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya dari mata.

5. Mengurangkan stres

Bagaimana menangis bisa mengurangkan stress? Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh yaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membina komunikasi

Selain baik untuk kesihatan fisik, menangis juga membantu seseorang untuk bangun dengan semangat dan azam baru. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya pada teman-temannya atau seseorang yang memberikan bantuan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan lebih tenang.

7. Melegakan perasaan

Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera berbagai macam masalah dan cobaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam kerana anda bisa menangis dengan penuh penyesalan.

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day