Pages

Apr 3, 2016

JJCM Perak | Paknil's Place BBQ & Grill, Ipoh

Paknil's Place BBQ & Grill, Ipoh | JJCM Perak katanya, kemainnn. Haha. Bila balik Ipoh, kalau berkesempatan pergu juga cuba makan di kedai yang baru. Balik tempoh hari, kitorang ke Paknil's Place BBQ & Grill yang dikatakan terkenal dengan western food yang murah dan bersaiz besar. Keluar mata Shin Chan ku! Haha.

On the way nak pergi baca komen di page Paknil's Place ni katanya ada yang sampqi menunggu dua jam. Komen tu 2 hari sebelum je dari hari kami nak pergi. Hampir dibatalkan niat nak pergi. Lokasi adalah area Silibin tu. Senang cari. Tepi jalan je. 

Nak nasi katanya..
Ruang masak Paknil's Place BBQ & Grill
Beliau yang buat masa ini hanya pemerhati haha.
Jauh berbeza dengan apa yang di complain dalam FB Pages Paknil's Place, service diorang ni sangat cepat! Terkejut mak. Haha. Beria order meatball konon makan sebelum heavy meals sampai, sekali nasi goreng dulu yang sampai. Cia! Cia! Cia! Haha.

Nasi Goreng Chicken Chop Special - Suami
Spaghetti Aglio Olio (Chicken) - Yatie
Meat Balls (7 pcs)
Arissa? Kongsi sudah. Semua makanan sedap! Suka sangat terutamanya Spaghetti Aglio Olio tu. Ngee! Dan paling best harganya murah! Berbaloi sangat ke sini. Sedap. Murah. Portion ngam kenyang! Hahaha. Service pantas. Tapi, kalau nak order yang berasaskan ikan kena tempah awal sebab katanya masak ikan ni kena betul supaya tak hilang kesegaran ikan dan stay juicy. Gituu.

Kitorang tapau juga Spaghetti Aglio Olio untuk orang rumah rasa dan Mix Combo Meal. Mix Combo Meal ni ada lamb, beef, chicken, meatball & fries. Adik-adik ipar kata sedap! Alhamdulillah. Walaupun makanan beli, tapi orang kata sedap kita pun suka tau. Hihi. 

Serius, recommended untuk korang try. Tapi ingat, lain orang lain seleranya. Adik ipar Yatie kata, tukang masak diorang ni asalnya chef dari overseas sana. Lupa lak negara mana. Hihi. Sejak anak dua ni lupa menjadi-jadi. Huhu. Kiranya ni diorang dah balik Malaysia dan buka kedai. InshaAllah kalau diorang maintain / improve rasa makanan, pasti boleh kekal lama. 

No. 4, Lengkok Kledang Raya, 
Taman Keledang Jaya, 
30100 Ipoh, Perak

Buka setiap hari kecuali SELASA.
5 petang sehingga 1130 malam.

PakNil BBQ & Grill is specialized in 
Western cuisine & catering services for any event with affordable price. 
Call them @ +6019 753 5457.

Oklah, bila-bila nanti kita sambung lagi JJCM Perak ni. Hihi.

No comments

Blog design by Rainy Day