April 18, 2016

GBSB Family Day 2016 (9 April)

GBSB Family Fun Day 2016 | 9 & 10 April lepas Alhamdulillah kitorang berjaya merealisasikan Family Day yang ke-2 di Gold Coast Morib. Buat korang yang mungkin tak tahu apa itu GBSB, ia sebenarnya team blogger para mak - Gojes Blogger Supermom & Baby. GBSB ni merupakan 'kawan' dan 'keluarga' Yatie di Sem. M'sia ni.


Kami gerak dalam pukul 9 lebih macam tu. Singgah makan di satu kedai yang tak jauh dari roundabout tah kat mana. Hahaha. Makan pagi sekali tengahari. Masa tu dalam pukul 11 gitu. Sedap makan kari ikan jenahak. Haha. Kitorang terus ke hotel dengan harapan boleh check in awal. Atas sebab Yatie nak nombor genap, bilik tak ada lagi. Rezeki Anez dan Fizah dapat awal. Disusuli Aznor dan Ekin. Kitorang pula terus pergi mencari speedmart dan isi minyak kereta.


Akhirnya kitorang dapat check in juga sebelum jam 3 petang. Kenapa kitorang sanggup juga tunggu bilik nombor genap? Haaa. Ini tips buat korang yang nak stay di Gold Coast Morib, pilih bilik nombor genap jika nak bilik menghadap pool. Bilik kitorang adalah studio suite dan semua ada jacuzzi. Urusan penginapan kitorang dengan GMC Travel dengan kos RM220 termasuk sarapan dan tiket waterpark 2 orang. Harga tiket waterpark kanak-kanak pula RM21 seorang.


Walaupun si kakak dok cakap nak mandi kolam, nak mandi kolam tapi kitorang rehat dulu. Sempat tidur. Nasib baik perut dah kenyang. Hoho. Dalam pukul 4 petang, kitorang turun kat bawah. Mula-mula, nampak Leenda je. Kemudian Rara then beramai-ramai kami bertenggek di tepi pool. Hoho.


Seronok tengok anak-anak main bersama. Arissa, Incess dan Hannah kemain 'bespren' ke sana sini bersama. Ewahh sangat. Hehe. Masa ni la para mak mak berborak sakan. Cerita pasal anak. Tak habis-habis sembang pasal anak.


Haaa. Masa ni la jugak para mak ni ambil peluang ambik gambar bersama dan beramai-ramai. Bak kata Khai, 'pantang tengok kamera!' Haha. Mesti lahhh kannnn. Masa ni baru kenal Jasmine dan Mimi Najmie. Oh ye. Para bapak pun masa ni la saling berkenalan. Eh kiranya semua la menjalinkan silaturrahim. Alhamdulillah.


Dah selesai mandi, naik atas bersiap nak gi makan pula. Kami dah tempah Restoran Juvita yang dikendalikan oleh Jasmine. Bayangkan, orang dari Johor deal makan malam yang kat morib. Hihi. Thanks Min! Kitorang makan di Restoran Juvita dengan menu best sedap! Tomyam, Sayur, Pepahat Sambal, Sotong Goreng Tepung dan Telur Dadar. Diselitkan juga dengan sambutan lahir Aqilah Husna yang kedua tahun.

Masa makan ni tak sempat nak beramah mesra sangat sebab ruang sempit, panas dan anak-anak surely mengantuk nak tidur weh. Uk ek uk ek je. Masing-masing dengan pantasnya menyempurnakan misi makan malam. Hahaha. Makanan sedap dah. Cuma sempit dan panas. Kipas satu je. Huhu. Hope nanti diorang tambah la kipas dalam kedai tu. Kedai pemes gak rasanya. 

Selesai hari pertama. Seronok jumpa semua. Teringat yang mana tahun lepas ikut serta tahun ni tak. Jumpa ahli baru. Eh syukur Alhamdulillah. Ia satu pertemuan mengukuhkan ukhwah. InshaAllah.

6 comments

  1. ko pakai spec yatie? matured sgt iye

    ReplyDelete
  2. Meriah geng gojes...tak dapat join sbb mertua dah lama jemput untuk kenduri tahlil arwah atok di kampung kuantan...all the best!

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day