Pages

Mar 30, 2016

Jalan-Jalan Langkawi | SkyCab - Cable Car (Part 5)

SkyCab, Oriental Village Langkawi | Sambungan cerita Langkawi. Hehe. Hari kedua kitorang sarapan nasi lemak murah lagi. Nikmat weh! Hihi. Kemudian, cepat bersiap nak naik cable car. 




Sampai di Oriental Village, kitorang terus beli tiket. Hampir tak jadi naik sebab katanya angin macam kuat. Dan of course ada delay around half an hour. Tapi, masa kitorang nak beransur tiba-tiba dengar announcement beroperasi semula. Apa lagi, terus pergi beli tiket. Kitorang ambil yang basic sahaja. SkyCab, SkyDome & SkyRex.

Harga tiket;
Dewasa - RM30
Kanak-Kanak - RM22

Jumlah: RM82



Sementara tunggu turn, diorang kata kitorang boleh la ke SkyRex dulu. Semangat kami menghala ke SkyRex tetapi terhenti di tengah jalan bila husband nampak signboard 0 - 5 tahun tak dibenarkan masuk. Frust juga tapi dalam kami mengeluh, ada suara halus kata 'huh.. selamat ica tak payah masuk'. Haha. Untuk elak pembaziran, kami ikut rentak Arissa juga untuk tak masuk 3d Art Museum.






Tak sampai setengah jam kitorang dah dipanggil untuk beratur masuk. Singgah SkyDome pulak. Arissa kata macam cerita upin ipin. Haha. SkyDome ni kita tengok animation macam roller coaster. Kita feel la dalam tu. Rasa macam kita naik roller coaster betul-betul. Gitu..




Orang yang paling excited naik cable car of course encik suami. Hehe. Tapi katanya cukuplah dah merasa sekali ni. Haha. Sesuailah sebab hari tu angin memang agak kuat. Seram weh! Semakin dekat nak sampai angin semakin kuat. Gondola tu memang goyang sungguh. Rasa macam menyesal naik. Hahaha. Dah la bawa anak-anak. Seram rasanya. Hihi.





Takut, gabra semua tu hilang bila lihat ciptaan Allah yang sempurna dan indah. Subhanallah. Syukur dapat melihat ciptaan Allah bersama suami dan anak-anak tercinta. Kat atas tu angin kuat dan sejuk. Kami dinasihati untuk tak ke SkyBridge sebab sejuk, Aflah baby lagi katanya. Masa ni SkyGlider rosak jadi memang kena menapak. Suami rasanya kena repeat semula ke situ naik SkyBridge. Hehehe.




Dah turun, kitorang saja pusing ronda. Then cari sang kuda nak bagi Arissa naik. Kuda dah tak ada. Rehat katanya. Huhu. Dekat sini kitorang ambil masa dari pukul 10 pagi hingga jam 1 petang macam tu. Terus pergi cari tempat makan. Ok, nanti Yatie sambung lagi k. Bye! 

1 comment

mrs kayrul said...

Mesti gayatkan bila angin tiup kuat...cantik la view

Blog design by Rainy Day