Pages

Apr 1, 2016

Jalan-Jalan Langkawi | Restoran Haji Ramli (Part 7)

Mandi-Manda dan Makan Malam di Pantai Cenang | Lepas makan Laksa Kaw Ikan Sekoq, kami balik hotel. Tidur! Haha. Perancangan asal tak menjadi jadi kita set mandi laut. Arissa dan ayahnya je la. Aflah 'cicah' sikit je.

Kakak excited, semestinya.
Kali pertama dak Aflah.
Alah, rindu!
Yatie dengan Aflah sekadar di pinggiran. Haha.
Nampak birthday girl seronok sungguh! Hehehe.
Lepas diorang mandi, Yatie menapak dengan Aflah pergi Secret Recipe beli 2 slice kek untuk birthday girl. Dapat Oreo Cheese dan Durian Cheese. Favorite birthday girl - Durian Cheese Cake. Malam kitorang menapak lagi pergi makan di Restoran Haji Ramli, Cenang. Ada baca review tentang restoran ni dan ada juga rasa macam nak pergi ke restoran lain tapi sebab rasa macam Pekan Kuah tu jauh, jadi pasrahlah.

Restoran Haji Ramli, Cenang
Siakap Tiga Rasa
Sotong Goreng Tepung
Telur Dadar
Harga makanan mahal, tapi sedap Yatie boleh terima. Tapi kalau tak berapa tu macam alahai gitu. Biasa biasa je, kos RM70+ termasuk air yang mana menu ni, tambah satu jenis sayur kalau KL boleh dapat yang harga RM45. Tapi, yelah kena faham Langkawi tu pusat perlancongan. Mahal la kan..

Cuma yang mana stay di Cenang, kalau rajin better cari restoran yang lain somewhere in Kuah. Yatie ada baca satu restoran ni dan kawan pun recommend, lupa pula namanya - korang boleh pergi try. Segala makanan lain pun banyak kat situ macam kebab semua tu. Macam-macam ada la sebenarnya. Ikut selera.

Apa pun, kami tak aim pada makanan untuk trip ke Langkawi ni. Jadi, makan sahaja apa adanya. Alhamdulillah burppp! Kenyang juga. Syukur selalu. Ehhh! Hehe.

2 comments

Chekgu Azrine said...

wahh...dha nak hbs dah dia citer langkawi..akk mulakan lagi pun belum..hahahaha

Julia Johari said...

Yup kedai ni byk kali julia baca review dlm blog lain diorang cakap mmg mahal yati...its okey bab tu jgn berkira kan bab makan...janji halal tu lebih baik...bestttt!

Blog design by Rainy Day