March 29, 2016

BoBoiBoy The Movie

BoBoiBoy The Movie | Hari Ahad (20 Mac) seminggu yang lepas, kitorang bawa Nur Arissa Batriesya tengok wayang. Ini kali pertama dia tengok wayang. Hihi. Dulu rasa macam kecik sangat dia nak bawa pergi tengok wayang bunyi dum dam dum tu. Tapi tengoklah sekarang, Nur Aflah Dayyina banyak mengubah mak dia ni. Haha.

Pada mulanya, Arissa tak nak masuk. Katanya takut nanti bunyi bising aka bunyi kuat. Dia bab bunyi kuat ni memang takut. Dia tak suka. Siap nangis la bila dah masuk tu. Sebab takut. Gelap pun ye. Tak nak duduk dengan ayah. Nak mak peluk. Haha. Sabar je la. Mak cuak ni takut bazir. Kah!

Nampak tak bertapa sugulnya wajah si kakak? Hihi. Adik? Jangan cakap la.. haha.
Beralih kejap dekat mak. Sengih pun macam tak ikhlas. Hoho.
Tak lama sebenarnya dia duduk dengan Yatie. Yatie pujuk dia duduk dengan ayah. Kesian dekat adik nanti nak susu. Pastu ayah lagi best peluk. Gebu. Hahahaha. 

Nampak gaya dua beradik tu? Macam disuruh. 
Buah hati intan payung selalu.
Sekejap je takutnya pun. Dah mula BoBoiBoy dia tak ingat dah tadi dia takut. Haha. Dok gelak sakan. Kemain tau pandai tengok kartun. Nasib baik part ocobot nazak tu scene dia tak lama, kalau tak Yatie rasa mau dia melalak. Hati tisu tuuu. Tengok video matahari si Hafiz AF pun nangis. Haha.

Budak melasak.. haha.
Adik? 15 minit begitu je dia tengok. Lepas tu tidur dari mula sampai habis. Hoho. Tenteram mak. Tak rugi ambil couple seat. Mak boleh luruskan kaki. Hahaha.

Couple Seat
Couple seat kat bahagian belakang. Kitorang tengok kat TGV Cinemas AEON Station 18, Ipoh. Selesa. Movie nya? Haaaa. Mak bagi 4.5 bintang! Kalau anak dia seronok, mak ayah pun seronok layan. Best! Jalan cerita santai dan ringan untuk anak-anak menghargai sebuah persahabatan. Eh bukan untuk anak-anak je, mak ayah sekali la.

Happy Girl
Sekarang, bila tanya dia 'kakak nak tengok wayang lagi?' 'Nakkkkkk!, katanya. Hahaha. InshaAllah kalau ada filem animasi lain, kita tengok lagi ye kakak. 

Pengalaman Pertama Tengok Wayang
Tips bawa anak ke wayang? Ok ada dua tips mengikut kategori dari seorang beginner mengikut umur. Hahaha. Nampak benar mak ni nak pergi lagi. Kah!

Tips bawa anak tengok wayang;

  • Pastikan susu disediakan siap kecuali bf (bayi).
  • Pastikan anak perut dah kenyang cukup makan minum (kanak-kanak).
  • Pastikan anak dah kencing dan berak (kanak-kanak).
  • Bekalkan/pakaikan baju sejuk atau lengan panjang untuk elak sejuk.
  • Pilih tempat duduk di bahagian belakang sedikit.
Apa pun. Tahniah Animonsta Studios. Awesome movie! Tak menyesal tengok. Setanding dengan filem animasi luar dah. Thumbs up.!

3 comments

  1. last wayang saya tgk ngan wife cite kungfu panda best. layan gak.

    ReplyDelete
  2. Suka tgk gaya icha...pandai betul dia posing tau hehehhe....wah amik couple seat ye...baikkk leh try2 nanti...

    ReplyDelete
  3. Amsyar sebelum msk pintu wayang tu dia xmau msk..sebab gelap..tkt ada hantu...siap tanya ada hantu tak? hahaha..tp bila dh msk ok aje...tv besar dia kata...apapun, we enjoy the movie very much...tp paknya sempat zzzzz...nampak sgt terpaksa....kuikuikui...

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day