March 31, 2016

Jalan-Jalan Langkawi | Padang Beras Terbakar & Laksa Ikan Sekoq (Part 6)

Padang Beras Terbakar & Laksa Ikan Sekoq | Tak rancang pun nak pergi Padang Beras Terbakar ni tapi dah ada staff nak kirim barang, maka kami ke Padang MatSirat. Alang-alang kata orang kan, jadi kitorang ngintai la padang yang luas tu. Hihi. Tak lah. Gurau je kata Arissa. Hehe.

Padang Beras Terbakar
Mokcik tu moody sebenarnya tapi tak ingat kenapa. Haha.
Tapi, moody pun tengok la dia pose macam mana. Kah!
Padang Matsirat
Kedai Jualan Padang Matsirat
Gamat Centre Padang MatSirat
Kami tak beli apa pun. Tujuan tu sebab staff kat office minta tolong carikan halia madu yang mana tak ada seorang pun yang tahu. Haha. Barang kat situ pun macam tak meriah. Berbeza dengah apa yang di review. Positif, mungkin sebab kami pergi weekdays. Balik, kami terus singgah di Laksa Kaw Ikan Sekoq. Haaa.

Laksa sedap, pekat!
Rojak dia pun sedap!
Puas hati wish list kesampaian. Boleh balik. Haha.
Beginilah kita dengan anak-anak. Makan ikut turn. Hihi.
Laksa dan rojak ni memang recommended. Bukan indah khabar semata. Puas hati. Pekat kuahnya. Lokasi betul tepi laut buat lagi syok makan. Makan sedap, angin menyapa, minum  air sejuk - boleh tidur terus. Haha. Laksa Kaw Ikan Sekoq ni dekat je dengan airport. Sambil makan, sambil layan angin laut serta ombak .. tengok kapal terbang turun naik. Pakej! Hehe.

March 30, 2016

Jalan-Jalan Langkawi | SkyCab - Cable Car (Part 5)

SkyCab, Oriental Village Langkawi | Sambungan cerita Langkawi. Hehe. Hari kedua kitorang sarapan nasi lemak murah lagi. Nikmat weh! Hihi. Kemudian, cepat bersiap nak naik cable car. 




Sampai di Oriental Village, kitorang terus beli tiket. Hampir tak jadi naik sebab katanya angin macam kuat. Dan of course ada delay around half an hour. Tapi, masa kitorang nak beransur tiba-tiba dengar announcement beroperasi semula. Apa lagi, terus pergi beli tiket. Kitorang ambil yang basic sahaja. SkyCab, SkyDome & SkyRex.

Harga tiket;
Dewasa - RM30
Kanak-Kanak - RM22

Jumlah: RM82



Sementara tunggu turn, diorang kata kitorang boleh la ke SkyRex dulu. Semangat kami menghala ke SkyRex tetapi terhenti di tengah jalan bila husband nampak signboard 0 - 5 tahun tak dibenarkan masuk. Frust juga tapi dalam kami mengeluh, ada suara halus kata 'huh.. selamat ica tak payah masuk'. Haha. Untuk elak pembaziran, kami ikut rentak Arissa juga untuk tak masuk 3d Art Museum.






Tak sampai setengah jam kitorang dah dipanggil untuk beratur masuk. Singgah SkyDome pulak. Arissa kata macam cerita upin ipin. Haha. SkyDome ni kita tengok animation macam roller coaster. Kita feel la dalam tu. Rasa macam kita naik roller coaster betul-betul. Gitu..




Orang yang paling excited naik cable car of course encik suami. Hehe. Tapi katanya cukuplah dah merasa sekali ni. Haha. Sesuailah sebab hari tu angin memang agak kuat. Seram weh! Semakin dekat nak sampai angin semakin kuat. Gondola tu memang goyang sungguh. Rasa macam menyesal naik. Hahaha. Dah la bawa anak-anak. Seram rasanya. Hihi.





Takut, gabra semua tu hilang bila lihat ciptaan Allah yang sempurna dan indah. Subhanallah. Syukur dapat melihat ciptaan Allah bersama suami dan anak-anak tercinta. Kat atas tu angin kuat dan sejuk. Kami dinasihati untuk tak ke SkyBridge sebab sejuk, Aflah baby lagi katanya. Masa ni SkyGlider rosak jadi memang kena menapak. Suami rasanya kena repeat semula ke situ naik SkyBridge. Hehehe.




Dah turun, kitorang saja pusing ronda. Then cari sang kuda nak bagi Arissa naik. Kuda dah tak ada. Rehat katanya. Huhu. Dekat sini kitorang ambil masa dari pukul 10 pagi hingga jam 1 petang macam tu. Terus pergi cari tempat makan. Ok, nanti Yatie sambung lagi k. Bye! 

March 29, 2016

BoBoiBoy The Movie

BoBoiBoy The Movie | Hari Ahad (20 Mac) seminggu yang lepas, kitorang bawa Nur Arissa Batriesya tengok wayang. Ini kali pertama dia tengok wayang. Hihi. Dulu rasa macam kecik sangat dia nak bawa pergi tengok wayang bunyi dum dam dum tu. Tapi tengoklah sekarang, Nur Aflah Dayyina banyak mengubah mak dia ni. Haha.

Pada mulanya, Arissa tak nak masuk. Katanya takut nanti bunyi bising aka bunyi kuat. Dia bab bunyi kuat ni memang takut. Dia tak suka. Siap nangis la bila dah masuk tu. Sebab takut. Gelap pun ye. Tak nak duduk dengan ayah. Nak mak peluk. Haha. Sabar je la. Mak cuak ni takut bazir. Kah!

Nampak tak bertapa sugulnya wajah si kakak? Hihi. Adik? Jangan cakap la.. haha.
Beralih kejap dekat mak. Sengih pun macam tak ikhlas. Hoho.
Tak lama sebenarnya dia duduk dengan Yatie. Yatie pujuk dia duduk dengan ayah. Kesian dekat adik nanti nak susu. Pastu ayah lagi best peluk. Gebu. Hahahaha. 

Nampak gaya dua beradik tu? Macam disuruh. 
Buah hati intan payung selalu.
Sekejap je takutnya pun. Dah mula BoBoiBoy dia tak ingat dah tadi dia takut. Haha. Dok gelak sakan. Kemain tau pandai tengok kartun. Nasib baik part ocobot nazak tu scene dia tak lama, kalau tak Yatie rasa mau dia melalak. Hati tisu tuuu. Tengok video matahari si Hafiz AF pun nangis. Haha.

Budak melasak.. haha.
Adik? 15 minit begitu je dia tengok. Lepas tu tidur dari mula sampai habis. Hoho. Tenteram mak. Tak rugi ambil couple seat. Mak boleh luruskan kaki. Hahaha.

Couple Seat
Couple seat kat bahagian belakang. Kitorang tengok kat TGV Cinemas AEON Station 18, Ipoh. Selesa. Movie nya? Haaaa. Mak bagi 4.5 bintang! Kalau anak dia seronok, mak ayah pun seronok layan. Best! Jalan cerita santai dan ringan untuk anak-anak menghargai sebuah persahabatan. Eh bukan untuk anak-anak je, mak ayah sekali la.

Happy Girl
Sekarang, bila tanya dia 'kakak nak tengok wayang lagi?' 'Nakkkkkk!, katanya. Hahaha. InshaAllah kalau ada filem animasi lain, kita tengok lagi ye kakak. 

Pengalaman Pertama Tengok Wayang
Tips bawa anak ke wayang? Ok ada dua tips mengikut kategori dari seorang beginner mengikut umur. Hahaha. Nampak benar mak ni nak pergi lagi. Kah!

Tips bawa anak tengok wayang;

  • Pastikan susu disediakan siap kecuali bf (bayi).
  • Pastikan anak perut dah kenyang cukup makan minum (kanak-kanak).
  • Pastikan anak dah kencing dan berak (kanak-kanak).
  • Bekalkan/pakaikan baju sejuk atau lengan panjang untuk elak sejuk.
  • Pilih tempat duduk di bahagian belakang sedikit.
Apa pun. Tahniah Animonsta Studios. Awesome movie! Tak menyesal tengok. Setanding dengan filem animasi luar dah. Thumbs up.!

March 16, 2016

Jus Caliph Untuk Anakanda Nur Arissa Batriesya

Saya Pengedar Caliph Supplement Kids Expert | Yatie yakin ramai dah yang bagi anak-anak makan Caliph kan? Arissa juga Yatie bagi makan Caliph. Dulu, sebelum Arissa makan Caliph Yatie rasa macam caya tak caya je dalam tempoh satu minggu mak bapak boleh nampak kesan atau perubahan pada anak. 

Well, belum cuba belum tahu. Tak kenal maka tak cinta. Kannn? Bila dah makan Caliph, dalam tempoh 1 minggu apa perubahan yang paling ketara ialah dia nak buka buku dan buat aktiviti menulis. Sejak dia tadika, prinsip dia ialah buku buka di sekolah je. Huhu. Jadi, memang jarang sekali dia nak buka buku apatah lagi buat aktiviti buku tu.

Numbers
Hahaha. Kemain yakin jawapan anakanda. 
Nampak no 8 tu dah macam ketul taik kambing kecik comey hihihi
Three
Haaa. Ni buku yang Yatie kirim kat Mimi masa Big Bad Wolf tempoh hari. Best buku ni sebab boleh pakai ulang-ulang. Marker pun Yatie pakai yang beli kat stationary. Marker yang dibekalkan dengan buku ni dah lama Arissa campak entah ke mana. Huhu.

Under The Sea
Bugs. Pets.
Tracing
Satu lagi buku tracing. Percayalah, sebelum ni dia memang sangat tidak tertarik. Alih-alih, benda ni siap begini. Siap Yatie cakap dia tipu la. Haha. Teruk kan mak ni? Huhu. Katanya, 'mana ade. ica buattt.' Serius, rasa macam tak percaya sebab yelah kita mak ni kan lebih kenal anak kita macam mana. Tak begitu?

Yatie bukan bercerita bukan semata sebab Yatie jual tau. Tapi, sharing. Berkongsi akan kebaikan sesuatu produk yang diamalkan. Alhamdulillah, ia memberi kesan positif buat Arissa. Benda yang baik kita kongsi untuk kegunaan bersama dan yang sebaliknya sebagai pedoman bersama. Tak begitu?

Dan apa yang menariknya lagi tentang Jus Caliph ni ialah ramuannya terdiri dari makanan-makanan sunnah iaitu; kurma, madu, kismis, buah delima, aprikot dan omega. Harga pun berpatutan dan setiap botol inshaAllah boleh bertahan sebulan. Kita sebagai mak ayah ni cuma berikhtiar dan memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Selebihnya, atas kuasa dan kehendak Allah SWT.

Info lanjut korang boleh refer di link berikut;

Blog design by Rainy Day