February 16, 2016

Jalan - Jalan Langkawi | WIldlife Park & Pantai Cenang (Part 4)

Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise dan Pantai Cenang | Meh la kita teruskan perjalanan. Haha. Rupanya kitorang ke Wildlife Park & Bird Paradise lepas rehat-rehat. Sepatutnya nak ke MARDI tapi suami kata macam tak best je bawa Arissa. Bukan dia faham tumbuh-tumbuhan pun katanya. Cehhh. 


Total tiket RM64 untuk kami 3 beranak. Aflah free lagi. Dewasa RM24, dan kanak-kanak RM12. GST kot tu yang jadi RM64. Hihi. Tak perasan pula pada hari kejadian. Dan bila masuk je beli 2 pek makanan burung / binatang kat sini. Ralat sangat sebab macam wajib je beli. Masuk je diorang dah hulur. Ingatkan tak perlu bayar apa-apa lagi. Huhu. 






Bawa anak kecik walaupun dikendong, still tak selesa nak bawa makanan tu semua. Penhujungnya Yatie buang ok. Dah la awal-awal kat depan ramai. Bahagian tengah-tengah tak ada orang boleh assist. Lepas tu Arissa pula boleh takut sangat. Adududu. Menyesal masuk. Rugi duit RM64 ok! Haha. Musykil sebab masa kat Farm in The City Sri Kembangan tempoh hari elok je dia. 



Dalam tu juga ada kedai mutiara dan batu asli. Kami masuk. Lalu je. Haha. Ingatkan wajib lalu masuk ikut tu. Rupanya boleh je nak buka pagar masuk jalan pintas. Hahaha. Ada banyak sebenarnya binatang kat situ. Ular, buaya, burung unta, burung merak dan macam-macam lagi. Tapi kamu lalu je. Orang Sarawak kata "limpas jee". Sebab Arissa seriously takut. Nangis beria-ia walaupun sekadar tengok gambar ular.


Dalam perjalanan balik, kitorang dok fikir nak buat apa malam. Nak makan kat mana. Lepas tu itenary dah lari untuk keesokan harinya bila Arissa dah takut-takut. Underwaterworld of course dikeluarkan dari senarai serta-merta. Then, kitorang ternampak pasar malam. Apa lagi! Singgah la tengok makanan apa jual kat Pasar Malam Langkawi. Kami jumpa karipap dan sate sedap. 


Balik hotel, simpan barang-barang kami terus ke belakang - Pantai Cenang! Subhanallah indah sungguh ciptaan Allah SWT. Ramai orang. Tapi tak lah sampai tak ada space. Kami cuma datang nak tengok-tengok dan bukan tujuan nak mandi-manda. Mandi-manda dalam program esok hari. Dalam hati ni rindu sungguh pada kampung halaman Yatie di Sarawak nun.




Syukur Alhamdulillah diizinkanNya untuk bersama dengan keluarga kecil kami menikmati keindahan ciptaan Allah SWT. Pantai serta lautan yang luas memberikan kelegaan dan ketenangan. Banyak aktiviti disini dan ada pelbagai tawaran untuk island hoping, snorkeling, etc. Kena rajin survey. InshaAllah dapat yang murah.




Aflah dah mandi sebab dia yak yak sebelum nak ke pantai. Haha. Aktiviti malam itu, tiada. Kami makan malam dan semua tidur dengan nyenyak sampai pagi. Kemain letih oiii. Pukul 3 pagi gerak dari rumah kan.

Ok, nanti kita sambung lagi. Syukur hari ini di hari pertama anak-anak behave tak meragam, tak buat perangai.

3 comments

  1. Assalammualaikum..

    seronok nyer dapat jejalan kat langkawi nie kan... Alhamdulillah.

    mselim3

    ReplyDelete
  2. yg beli makanan utk animals tu mmg rasa ralat sgt..patunya xyah beli pun xpe kan..tp masuk2 dorang dah hulur mkanan tu..ingatkan da xpayah bayar pape..sekali terbang RM12..huhuh..

    ReplyDelete
  3. cantiknya pantai cenang.. xsabo! huu

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day