February 5, 2016

Jalan-Jalan Langkawi | Sarapan di Warung Desa Tanjung (Part 2)

Sarapan di Warung Desa Tanjung | Selesai urusan kereta sewa, kami terus ke Pantai Cenang untuk confirmkan bilik. Kami booking Vios tapi tak ada. Diorang bagi kami Honda City. RM180 untuk sepanjang 25 sehingga 27 Jan 2016. Acah-acah test drive. Hahaha. 

Kami sewa kereta dengan Shah Kawi Holidays Sdn Bhd. Sebelum ni, deal dengan orang lain. Tetapi malam sebelum nak gerak, orang tu call suruh contact orang lain. Bab macam ni Yatie memang tak gemar. Terus Yatie google cari orang lain. Kaunter ni ada dekat airport. Senang.

Shah Kawi Holidays Sdn Bhd
Pergi hotel, nak confirmkan bilik. Dengan harapan chalet available. Ada, cuma kami tak boleh masuk lagi. Perlu check in ikut masa biasa, jam 1 petang. Arissa dan Aflah tukar baju semata. Semua buat dalam kereta dan kami terus pergi cari Fave Hotel yang merupakan landmark warung nasi lemak yang popular di Langkawi ni. Kita bagi si ayah dan si kakak makan dulu dengan tenang sampai kenyang. Haha.

pipi adik, sampai je dah mula naik merah. panas weh!
mak sampai2 je dah sunburn. wakaka. alasan! walhal memang gelap.
Kemain khusyuk makan kedua-duanya. Hehe.
Giliran Yatie si mak pulak makan. Haaa. Tengok la ayahnya selfie dengan si adik, over. Haha. Adik pun layan je la kan. Haaa. Nampak tak kereta sewa kitorang tu? Itulah dia yang si kakak dok sibuk kata "besarnya kereta baru ayah". KehKehKeh.

Warung Nasi Lemak Murah Langkawi
Warung Berhadapan Fave Hotel Langkawi
Warung Desa Tanjung, Langkawi
Ada pelbagai pilihan nasi lemak tau dekat sini. Harga murah. Sedap pula tu. Diorang siap buat 'code' lagi untuk setiap jenis nasi lemak. Contohnya, BT - Nasi Lemak Bilis Telur. Harga standard; RM1.20 sebungkus. Sepanjang kitorang makan, ramai juga datang beli nasi lemak yang pasti lebih dari 1 silih berganti. Gittuuu..

Suasana Warung Desa Tanjung
Nasi lemak yang kitorang paling suka ialah Nasi Lemak Bilis Telur. Suami sekali makan dengan Arissa buka 5 bungkus. Haha. Yatie sendirian berhad makan 2 bungkus, 1 Bilis Telur dan 1 lagi Nasi Kuning Daging Kicap.
 
Nasi Lemak Bilis Telur
Nasi Kuning Daging Kicap
Oh ye! Ini sarapan di sekitar Pantai Cenang, ok! Ada je sekitar tu KFC, McD tapi bagi Yatie.. kat mana-mana pun kita boleh makan. Tak gitu? Hehe. Kat sini memang sesuai sangat bagi yang percutian bajet macam kitorang. Hotel kitorang pun tak provide breakfast. 

Sewa kereta di Langkawi;
Shah Kawi Holidays Sdn Bhd.
Kaunter di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
------------------------------------------------------------------------
Sarapan pagi nasi lemak di Langkawi;
Warung Desa Tanjung.
Berhadapan Fave Hotel.

1 comment

  1. langkawi, destinasi percutian yang menarik untuk seisi keluarga. macam macam ada di langkawi kan :D

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day