February 11, 2016

Jalan-Jalan Langkawi | Dataran Lang dan Kompleks HIG (Part 3)

Dataran Lang dan Kompleks HIG, Langkawi | Bercinta nak sambung cerita cuti Langkawi weh! Hahaha. Peringatan! Entri ini penuh dengan gambar. Hehe. 

Lepas breakfast, kitorang terus ke Dataran Lang. Settle kan dulu yang di Pekan Kuah sebab macam jauh je Cenang ke Kuah. Huhu. Dalam pukul 11 juga kalau tak silap. Aflah masa tu dah tertidur tapi bila keluarkan je dari carrier, walaweh ceria sungguh. Hihi. Jom, layan!




Sekitar burung ni diorang tengah renovate / repair sikit kot. Kalau tengok dari dekat memang tak menarik. Cacat la kata orang pemandangannya. Dah ambil gambar dari kejauhan dengan full view, still cantik.  Arissa memang pose diva sesaje. Dan Aflah juga tak kalah dalam memberi kerjasama. Mak fefiling Memori Cinta Suraya weh kat situ. Haha. Tapi tak dapat pose romantik sebab ada dua 'handbag'. Haha.







Dah puas ambil gambar, kitorang terus gerak pergi Kompleks Haji Ismail Group. Memang dalam plan siap-siap beli ole-ole apa yang patut sebab tak nak ada yang tertinggal, terlebih bajet, terlepas pandang. Nasib baik Yatie bukan jenis yang teruja nak shopping. Kalau tidak, tak mustahil lari bajet berlari-lari. Haha. Beli coklat je. Ngam-ngam. Apa yang ada lagi kat HIG, korang tengok la gambar suami ku. Katanya tak mampu beli kita ambil gambar je. Haha. Adeh!







Murah ke? Jujur Yatie tak tahu. Tak pernah ambil tahu. Huhu. Bila tengok sampai 3 4 ratus tu bagi Yatie mahal aje. Ateee... Biasa pakai yang set murah-murah kat Giant, Jusco je. Hihi. Lagipun, tak ada masuk list nak shopping benda gini. Mungkin, suatu hari nanti Yatie akan macam tu. Sawan tengok pinggan mangkuk macam sawan tengok buku di bookstore. Hahaha.

Hari pertama kitorang memang santai-santai je. Lepas beli coklat, kitorang terus ke hotel. Alhamdulilla rezeki chalet available. Suka sangat! Kitorang masuk bilik, rehat dan petang tu ke Pantai Cenang. Dekat je. Dekat giler! Hihi. Ok then, assalammualaikum!

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day