February 1, 2016

Jalan-Jalan Langkawi | Dari KLIA2 ke LIA (Part 1)

Jalan-Jalan Langkawi; Dari KLIA2 ke LIA | 25 Jan lepas kitorang ke Langkawi. Macam Yatie cakap sebelum ni tiket dah beli setahun yang lalu. Kos masa tu untuk Yatie, suami dan Arissa hanya RM115 pergi balik (tiket bogel). Murah kan? Kemudian, barulah tambah belian beg, infant dan juga seat.

Tiket kitorang jam 7.30 pagi. Lebih kurang dekat nak pukul 4 kitorang gerak dari rumah. Setelah buat kira-kira, kami pilih untuk drive sendiri dan park di KLIA2. Lebih jimat dengan kos RM42 sehari. Kitorang sampai anak-anak pun masing-masing segar bugar. Angin pun agak kuat masa tu. Sejukkkk.

Parking di KLIA2; RM42 1 hari
Sampai kami parking level 7. Rezeki dapat park dekat dengan pintu lift. Tak jauh sangat nak menapak. Kami cuma bawa 1 luggage besar dan 1 backpack. Senang. Sumbat je semua barang dalam satu tempat. Kami beli luggage 35kg. Timbang 26kg. Huuu. Kitorang terus drop luggage dan check in. Nak breakfast pun awal gila. 5 pagi tu. Huhuhu.

Beristirehat di KLIA2
Beristirehat lah sangat! Haha. Apa yang best bila kitorang dah awal sampai sini, kitorang dah santai tak rushing. Jalan pun lenggang kangkung. Hoho. Sempat solat Subuh kemudian terus masuk flight. 

Tidur di KLIA2
Arissa sempat tidur la juga sementara tunggu ayahnya solat. Hihi. Mau tak ngantuk. Bangun awal. Tidur pun lambat. Huuu. Lepas tu bukan ada benda dia nak main. Hihi. Sian dia. Aflah? Selamba sokmo. Hihi.

Ke Langkawi Ke Kite?
Excited to fly. Yeke? Haha. Gabra juga takut dak dua orang ni nangis. Yela, takut telinga sakit. Adik takpe dah ada puting. Yatie ambil seat biasa. RM6/seat. Dapat 1 row.

Jom Langkawi!
Arissa request nak duduk tepi tingkap. Kemain sekarang, demand. Tapi marah bila tak boleh buka tali pinggang masa flight berlepas sebab dia tak dapat nak ngintai kat luar. Huhu. Sabar je la.

Nur Aflah Dayyina
Adik selesa tidur. Kiranya anak tidur dalam flight adalah satu 'kelegaan'. Hihi. Sudah tentu dia mengantuk sebab bangun awal kan. 

Nur Arissa Batriesya
Kakak yang tak henti bercakap. Macam-macam topik. Sikit lagi boleh sembang politik dengan ayahnya. Hahahaha. 

Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
Haaa. Dah sampai. Dekat sini tak ada pula crew bertugas yang tegur atau halang kita dari ambil gambar dengan kapal terbang. Haha. Musykil Yatie masa tu. Kiri kanan kami masing-masing ambil gambar berlatar belakang aeroplane. Suami cakap mungkin sebab tak banyak flight kat sini. Tak sibuk sangat.

Peta Langkawi
Disini kita! Langkawi! 1st NABNADVacay 2016. Mungkinkah ada vacay yang lainnya nanti? InshaAllah. Kita buka tabung baru. Hihihi. Arissa tu sebenarnya nak ambil gambar dengan map. Tapi bila tengok orang ramai dia malu-malu kucing. Hahaha.

Promosi Shaklee bulan Feb 2016; VIVIX, Zinc Complex, Nutriferon dan VitaLea for Children. Info lanjut di DYatieShop - Projek Niaga Ent..

5 comments

  1. Replies
    1. Alhamdulillah mami. Rezeki. Rajin. Haha.

      Delete
  2. nak tanya, yg tambah tiket infant tu bli on9 atau pergi kaunter?

    ReplyDelete
  3. sis, mcm mna nk beli seat, sy dh book, tp mcm nk beli seat, nk buat takut salah lh. n kene ade acc airasia ke

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day