February 22, 2016

2016 Mini Gath GBSB

2016 Mini Gathering di Shah Alam 21022016 | Alhamdulillah. Berjaya juga perjumpaan kali ini. Lokasi di Taman Tasik Shah Alam. Mak mak gojes yang hadir ialah Ciknaa (Admin), Leenda, Khai, Ena, Umie, Fizah, Aznor, Anis, Mimi, Nadt, Sue, Ctmah dan Liza. Meriah dengan makanan yang sedap belaka. Yatie bawa nasi lemak tunjuk je. Haha.

Gambar makanan Khai banyak la. Yatie tak sempat nak ambil. Xiaomi sedih! Battery husb tak charge. Dapat 3 keping je. Sedih! Huuu. Tapi tak apa. Still, ada moment untuk dikenang. Tak gitu?


Masing-masing muka fresh lagi kot masa ni. Paling awal sampai; Umie, Leenda dan Khai. Tengok makan, meriah kan? Ada macam-macam. Bagi sesiapa yang sedang diet boleh lupakan sebentar diet itu apa. Haha.  Ada mi goreng, spageti, nasi lemak, nugget, sosej, kentang, karipap, sandwich telur, puding jagung, cheesekut, creampuff, kek batik, kek coklat, ABC fradoo, satay ikan pangkor dan kek birthday.




Selamat hari lahir Mumtaz Aqilah. Semoga menjadi anak solehah yang membahagiakan orang tua dunia akhirat. Aamiin. Arissa tu sungguh-sungguh kat situ. Makan pun sungguh-sungguh. Sedap katanya kek tu. Dia dok diam-diam kat situ. Tuan punya kek pun dah tak ada kat situ. Hihi.




Haa.. bila dah berjumpa mula la menjemah kiri kanan depan belakang. Haha. Aflah duduk diam-diam kat atas tikar. Tak larat mak nak bawa jalan-jalan tasik. Baik tengok mak makan yer dik. Haha. Sekejap-sekejap amik kentang pastu amik puding pastu amik cheesekut. Menternak lemak sungguh.





Bila dah selesai, of course ambil gambar beramai-ramai. Kalau tengok gambar geng mak tu memang berkeping-keping. Biasalah kan mak mak ni. Kecoh. Muahaha. Ada yang ambil berat kat member lain belum ambil tempat, ada yang kecoh dengan anak tak nak bagi kerjasama. Macam-macam. Haha. Tengok ayah? Masing-masing muka steady. Hahaha.

Oklah. Sehingga kita jumpa lagi bulan April nanti. Semoga dipermudahkan perancangan kita semua. Semoga ukhwah ini terjalin sehingga akhir hayat. Aamiin. *sayang korang*

6 comments

  1. Allhamdulillah... wow meriahnya sis... selamat hari lahir mumtaz... :)

    ReplyDelete
  2. Meriah rasa...makanan byk sampai x tau nak makan yg mana

    ReplyDelete
  3. tenkiu yatie hadiah untuk mumtaz tu..
    sukaaaaa tgokk arissa mkn kek tu selera sungguh dia

    ReplyDelete
  4. meriah nye...

    salam perkenalan dari akak

    ReplyDelete
  5. Singgah & follow dari segmen Emas Putih.

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day