January 1, 2016

Selamat Tahun Baru 2016

Selamat Tahun Baru 2016 | Assalammualaikum. Hai korang! Apa azam baru tahun ni? Hehe. Semoga setiap apa yang dirancang mendapat perkenan oleh Nya dan segalanya dipermudahkan. InshaAllah. Aamiin. Seperti biasa, tak dinafikan bila masuk tahun baru kita akan ada semangat yang baru. Jadi, sama-sama kita berdoa semoga kita semua istiqamah. Allahhummaamiin.

Throwback sikit boleh? Hehe.

2015; ada begitu banyak nikmat Allah yang dipinjamkan buat Yatie sekeluarga. Tak upaya untuk digambarkan dengan kata-kata. Hidup; Suka Duka. Tangis Tawa. Pahit Manis. Semua ada. Semuanya Allah pinjamkan dengan penuh hikmah buat hamba-hambaNya yang bersyukur dan redha. Allah Maha Adil, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Ia tidak akan membebankan kita dengan perkara yang kita tak mampu tanggung. Kan?

Nikmat terbesar yang dipinjamkan buat kami ialah; Nur Aflah Dayyina. Lahirnya pada bulan Ramadhan, sama tarikh pula dengan Yatie iaitu 7 Julai. Menghampiri 6 bulan usianya hari ini. Sihat gebu sejahtera tubuh badannya. Hehe. 


Pada tahun 2015 juga kami tukar kereta dari manual ke auto. Kereta 2nd hand sahaja. Tujuan? Sebab Lee dah tak berapa nak sabar menempuh jalan sesak di Kuala Lumpur. Hahaha. Yatie pun dah pandai la bawa auto. Tapi tak berperasaan. Bawa manual juga best. Hoho. 


Perniagaan pula dari hanya sebagai Pengedar Sah Shaklee dan Agen Pekasam Azrieyta Resepi Ibunda, Yatie juga menambah lagi produk jualan iaitu Instant Shawl MMOC (stop sebab supplier stop hihi), Bawang Goreng MT dan Produk Bayi Tropika. InshaAllah nak perluaskan lagi produk perniagaan. Kami juga dah daftar perniagaan atas nama Projek Niaga Enterprise pada 23 Disember 2015 yang lalu. 


Sebagai seorang blogger, Yatie menjadi salah seorang ahli Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) yang diterajui oleh blogger terkenal Ben Ashaari. Beberapa event Yatie dah sertai bersama dengan KBBA sebelum bersalin. Selain itu, kami geng Gojes Blogger Supermom & Baby (GBSB) juga telah berjaya mengadakan GBSB Family Day. 



Apa lagi eh? Haha. Bila nak senaraikan memang terbantut. Sebelum menaip, macam-macam rasanya dalam fikiran. Tapi tak apa. Ini bermakna yang di atas tu adalah yang paling terbesar berlaku.

2016; tak ada apa yang lebih Yatie mahukan selain dikurniakan kesihatan yang baik seisi keluarga, dilapangkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan bahagia dunia akhirat. Semoga jua kami dilimpahkan dengan rezeki supaya dapat membantu mereka yang memerlukan terutamanya di kalangan saudara mara sendiri. Semoga segala yang kami rencanakan diperkenan dan dipermudah oleh Allah SWT. Dan paling penting! Semoga kami tidak sedikit pun culas dalam menempatkan Allah di tangga yang teratas dengan menjalankan ibadah Nya yang wajib mahupun sunat. Allahhummaamiin. 

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri. 

1 comment

  1. selamat tahun baru 2016, semoga tahun 2016 memberi sinar harapan yang terbaik :D - adarain.com

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day