January 25, 2016

Advance Birthday Present NAB dari Ayah

Advance Birthday Present NAB dari Ayah | Semalam, suami balik dari One Baby World dok bebel wife dia order dengan ailio semata. Haha. Tapi, dua tiga kali juga dia jawab soalan Arissa. "Ayah beli barang untuk Arissa la". Hati ku gundah sebab tak ada masuk dalam list pun barang Arissa. Kang ada yang melalak kalau barang tak ada.

Bila suami panggil Arissa, terdetik dalam hati. Ohh. Mungkin sebab esok birthday anak, sebab tu ayahnya tiba-tiba pula pandai beli hadiah bagai. Tahu tak apa yang dalam imaginasi Yatie? Haa. Set playdoh yang si Arissa dok nak nak nak bila jumpa. Tak pernah tunaikan sebab Arissa bukan reti lagi nak main playdoh sepenuhnya. Huhu. 

Nak tahu ayahnya beli apa?
TAARRRRAAAAA!

Boleh agak tak apa tu?


Haaaa. Comel kan? Itulah dia si comel Safety Harness untuk Arissa dari ayahnya. Mak tak tahu nak nangis ke nak gelak. Hihi. Kata ayahnya, takut dengan keadaan sekarang. Salah satu ikhtiar / usaha kita untuk melindungi anak tercinta.

Pejam celik, tepat jam 1.37 petang nanti Arissa dah empat tahun. Besar dah dia. Dah jadi kakak. Dah sekolah. Dan selalu juga kena marah. Ehhh! Hehe. 

2 comments

  1. hehe memang comel gift tu..:-) sweet sgt :-) yelah zaman skrg kan sekelip mata mcm mcm boleh jadi..

    ReplyDelete
  2. Happy birthday kakak NAB :) dh 4tahun kan. Kejap nya. Maksudnya dh 4tahun lebey gakla baca belog ni. Hihi.

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day