January 14, 2016

6 Bulan Penyusuan Eksklusif (EP Mom)

6 Bulan Penyusuan Eksklusif | Assalammualaikum. Hai korang. Pejam celik buah hati Yatie yang kedua dah enam bulan usianya. Alhamdulillah Aflah membesar dengan sihat sempurna. Alhamdulillah diizinkan menyusukan Aflah secara eksklusif dengan cara yang eksklusif. Hehe.

Tak sampai 6 bulan tapi lebih kurang 3 bulan menyusukan Aflah dengan cara yang eksklusif, bagi Yatie ia bukan satu hal yang sangat mudah. EP Mom memerlukan kekuatan, ketahanan dan keazaman yang tinggi. Lebih tinggi dari biasa. Usaha yang berlipat ganda. 

Sepanjang 6 bulan ni banyak perkara juga yang menggugat hati dan menguji kesabaran. Down bila penghasilan susu kurang. Sudahlah susu kurang, tumpah pula selepas mengepam. Menitis juga air mata ni. Sudahlah sedih anak tak mahu DF. Huhu. Tapi, jelas perbezaan semasa Aflah ada DF dengan fully pumping. 

Bila tak DF makanya tak ada natural stimulating. Jadi, apa yang Yatie buat? Kerap pumping. 2 / 3 jam sekali. Lagi perit rasanya bila Aflah menghampiri usia 6 bulan. Jumlah oz sekali penyusuan meningkat. Susu Yatie pula semakin berkurang. Kesibukan tempat kerja juga menghalang untuk mengepam dengan kerap.

Beberapa kali juga melecet. Allahhuakbar. Demi anak Yatie gagahkan diri seperti Hulk Hogan. Surrender, Yatie usahakan tandem nursing sehingga yang melecet pulih. Usahakan juga dan set dalam minda - sikit masa sahaja lagi hendak menghampiri usia 6 bulan.

Sekarang, Aflah dah tak bf sepenuhnya. Yatie masih lagi sedaya upaya pam susu. Bila tak cukup, barulah dibancuhkan susu tepung. Setakat ini Aflah serasi dengan Anmum. Alhamdulillah. Jadi, genap usia Aflah 6 bulan susu tepung dah masuk list perbelanjaan. Hahaha.

Cabaran nak full bf ada pelbagai. Arissa yang dulu berjauhan pun, dah 3 bulan berjauh dan hanya berjumpa hujung minggu still df. Aflah yang baru 2 3 hari kena tinggal, dah bye bye terus. Gggrrrr. Rasa nak kunyah-kunyah. Hihi.

Apa yang buat Yatie boleh juga dalam tempoh 6 bulan ni ialah;

  • Keep on pumping dan power pumping
  • Keep on saying yes! you can do it 
  • Consume supplement (Yatie ambil Shaklee dan Habbasyi Oil)
  • Sokongan padu dari pasangan tanpa henti

"6 bulan je pun. Bukan 2 tahun." Ya. Rezeki seseorang itu kan berbeza jumlah, bentuk dan keadaannya. Inilah yang Yatie lakukan sepanjang perjuangan 6 bulan. Still, I am proud of myself. Haha. Sebab kalau ikut down, dah lama dah Yatie bagi susu tepung kat Aflah. 

6 Months Old

7 comments

  1. tahniah yati..wowww 6 bulan yang penuh dengan cabaran kan! hebat mommy yati ni..:)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...nak ke 6 bulan tu pun memang besar cabarannya. apa lagi kalau bby mula xnak DF. good luck mak

    ReplyDelete
  3. tahniah..kite sempat 3 bulan je..lepas tu dah campur..sbb pengasuh xboleh handle ebm...sedih

    ReplyDelete
  4. Salam. Jealousnye tgk of blh bf baby. Myb blom rezeki ank sya. Inshallah utk next baby nk kne jgak bf baby. Pape pon tahniah yang. And gud luck k

    ReplyDelete
  5. Respet pd EP mom sbb bkn mudah nk maintain supply tanpa natural stimulating dr baby.. Tahniah yatie...

    ReplyDelete
  6. kite still fully bf skrg, alhamdulillah.. ade lg 10bln, insyaallah~~

    ReplyDelete
  7. alhamdulilah..faham sgt..apa pun tahniah atas usaha..itu yg paling penting..;-)

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day