December 15, 2016

Pekasam Telur Sotong


Assalammualaikum. Hai korang! Sihat? Didoakan semua sihat ceria selalu hendaknya. 

Ada yang tak pernah dengar lagi tentang Pekasam Telur Sotong? Haaa. Biasanya korang pernah dengar Pekasam Ikan dan kebelakangan ni dah meluas juga nama Pekasam Daging. Kan? Haish. Teringat pula awal² dulu melibatkan diri dalam jualan pekasam ni. Dah 3 kali Ramadhan Yt jual pekasam. Hehe.

Pekasam Telur Sotong
Gambar ni 'fresh' lagi, Yt masak malam tadi. Just sedikit perkongsian dengan korang, dah 3 batch keluaran supplier guna Telur Sotong yang saiz kecil. Comel-comel ke seperti dalam gambar tu. Tak perlu dah nak potong ikut saiz yang comel². Dah sedia ada comel. Hoho. 

Cara masak Pekasam Telur Sotong kecil ni sama je macam masak pekasam lain. It is just a matter of size. Gituuu. Omputih celup tiba-tiba. Hahaha. Cuma ini pendapat dari selera Yt, telur sotong yang kecil ni lagi sedap. Sebab sebelum ni Yt memang kurang sikit dengan telur sotong. Selalu masak separuh pek, jenuh Yt nak habiskan sebab suami pun tak minat sangat. TAPI! Malam tadi habis satu peket pekasam telur sotong dan dua pot nasi. Hoho. Suami Yt siap ratah lagi.

Haaa. Korang kalau nak cuba pekasam telur sotong ni jangan malu jangan segan jangan lengah tau PM Facebook atau Whatsapp Yt. Pekasam laku keras kata orang. 

Ok then, jumpa lagi! Muahcikedddd!

December 6, 2016

CELCOM FIRST™ Gold Plus

Bila sebut data internet ni kan, Yt selama ni merupakan seorang yang selalu rasa data tak mencukupi. Entah buat apa entah sebenarnya, tiba² data habis. Huhu. Kalau blog update selalu boleh juga dimaafkan. Itu blog pun kadang² sebulan sekali pun susah nak update. Hehe.

So, memang dah menjadi kebiasaan Yt akan add data dan menjadikan jumlah bills around RM150. Oh ye! Yt sebelum ni pengguna Celcom Basic Plan 3gb RM48 sahaja. 3gb je memang celah gigi je kata orang haha. Itu handphone. Tab pula memang in contract RM90 untuk 20gb. Lebih setahun dah guna dan masa tu RM90 untuk 20gb adalah yang termurah.


Pada mulanya Yt tak ambil kisah sangat pasal plan ni. Sebab malas nak tambah komitmen kononnya. Tiba² satu hari tu, rasa macam belum apa² dah habis 3gb. (Rasa je. Entah anak² buka youtube Yt tak perasan kan. Haha.) So, masa tu macam geram la. Terus whatsapp husband untuk survey kan. Tapi, beliau bukan setakat survey. Beliau terus tukar plan time tu juga. Gigil badan Yt nak tunggu petang. Kah!

Bila Yt fikir², Yt rasa berbaloi kot untuk tukar plan. Sebabnya selama ni paling murah pun RM100 Yt bayar untuk Basic Plan Yt. Tapi offer plan Celcom ni lagi berbaloi. Yt pilih First™ Gold Plus sebab harganya beza RM18 sahaja (tak termasuk gst) berbanding dengan First™ Gold dan perbezaan jumlah data adalah 20gb.


Yt zoom gambar dan sila fokus pada First™ Gold Plus ye kawan². Ringkasan utama kat bawah ni. Hehe.

Bayaran bulanan:
RM98 tak termasuk gst

Data diterima:
40gb keseluruhan
(20gb internet bulanan dan 20gb hujung minggu)

Panggilan:
Tiada limit.

SMS:
20sen

Berbaloi sangatkan untuk Yt yang mana jika maintain plan lama;

RM48 (3gb) + RM50 (tambah data 5gb);
RM98 tak termasuk gst

8gb vs 20gb untuk harga RM98.

Berusaha menjadi seorang pengguna yang bijak kekdahnya. Haha.

So far memang berpuas hati. Yt memang pengguna celcom dari zaman mula² ada hp sehingga sekarang. Sebab Yt tak pernah alami kes kredit kena telan dan sebagainya. Hopefully Celcom sentiasa baik je dengan Yt selalu. Hihi.


December 5, 2016

Rindu Nur Arissa Batriesya

Pada saat ini, mak sangat rindu kakak. Rindu yang sama macam mak pernah lalui dulu. Perasaan yang sama penuh tak keruan mengenangkan kakak. Sakitnya rasa dalam hati ni kakak. Sakit merindu.


Dalam rasa terpaksa, mak ayah tinggalkan kakak kat Ipoh buat sementara. Kakak terjangkit chicken pox pula. Walaupun tak banyak, tak tergamak juga nak sewenangnya hantar ke taska sebab ia penyakit berjangkit kan. Nak bawa ke tempat kerja pun bukan selesa mana. Nak ambil cuti, mak ayah masing² cuti semput di hujung tahun.


Kebetulan, Ateh pun ada minta tolong tengokkan. Sebenarnya nak 'import' mak ude dari Sarawak, tapi mak ude ada iv yang bila² masa sahaja akan kena panggil bulan ni. Kos 'belon' time cuti sekolah ni mak boleh bayar gaji maid. Haha. Syukur sehingga hari ini kakak masih aktif. Tak ada demam. Tak meragam. Lega banyak dekat situ.


Memang banyak kali explain kat kakak kenapa perlu tinggal rumah mak tok sekejap. Kakak tak boleh pergi taska. Kakak kena sihat sepenuhnya dulu. Alhamdulillah dia faham. Cuma banyak la juga permintaan. Nak mainan. (Tu yang ada set masak lagi kat atas tu). Dah sihat nak cuti² lagi. Hahaha. Yelah, kat Bentong hari tu kakak behave sangat tak cakap sekali pun nak mandi kolam. Banyak kali juga pesan supaya baik² sahaja dekat sana, tak boleh susahkan mak tok dan atok, dengar cakap, jangan ngengada. Hihi.


Tadi, kakak ok je. Kakak tahu kakak kena tinggal. Kakak faham kenapa kakak kena tinggal. Nampak la muka kakak macam senyum tak berapa sempurna. Sobs! Mak memang tak daya nak senyum molek. Hati mak sakit kakak oi. Sakit bila terpaksa tinggalkan kakak. Kakak pun selamba je pakai payung tengok kereta berlalu pergi. Huhu.


Semoga cepat baik kakak. Jumaat ni mak ayah balik bukan semata nak jumpa kakak tapi nak bawa kakak balik. Mak rindu kakak sangat². Adik pun tercari-cari kakak. Bosan agaknya tak ada kakak teman bergaduh. Awal adik tidur malam ni kakak. Hehehe.

Terima kasih kakak, sebab selalu memahami situasi. Mak bangga dengan kakak. Mak tahu kakak boleh bawa diri. Walaupun kakak berjiwa lembut dan si hati tisu. Huhu. Semoga kakak sentiasa menjadi insan yang menyenangkan hati semua orang sekeliling.

Selamat malam kakak. Mak tak ada kekuatan nak video call malam ni. Mak pun tak nak kakak teringat sangat. Sebab Ateh kata siang tadi kakak pun tersebut² juga mak. Maafkan mak ayah tau kakak.

Mak, ayah, dan adik sayang kakak sangat². Rindu sangat².


November 29, 2016

Kiz Sports & Gym, Cheras

Assalammualaikum. Hai korang. Jumpa lagi kita. Heee.

Cuti sekolah dah bermula. Pasti ramai mak ayah mula nak mengatur perancangan untuk bawa anak bercuti. Buat warga Cheras, Yt nak share satu tempat permainan indoor yang sangat sesuai untuk bawa anak-anak. Yelah, sekarang kan cuaca kerap hujan terutamanya bila petang. 

Kiz Sports & Gym, Cheras
Kiz Sports & Gym ni baru dibuka lebih kurang 1 bulan di Tesco Extra Cheras. Yt yakin ramai anak-anak yang memang menanti indoor playground ni dibuka. Lokasinya memang sudah terang lagi bersuluh, sampai je atas terus nampak playground ni. Hahaha. Arissa lah salah seorang anak yang teruja itu. Setiap kali ke Tesco je tanya bila nak masuk. Huhu.

Indoor Playground di Cheras
Kiz Sports & Gym ni ada dua bahagian. Gambar atas adalah khusus untuk anak-anak 4 tahun ke atas dan gambar di bawah pula untuk anak-anak yang 4 tahun ke bawah. But still, anak-anak bebas untuk bermain di area mana yang diorang asalkan dengan pengawasan orang tua. Kita pun boleh je nak bawa anak kecik turun slides tu kalau berani. Huhu. Yt la tu tak berapa nak berani bawa Aflah. Debar rasa. Aflah dok gelak ngan kakak. Seronok. 

Indoor Playground. Indoor Padang Futsal.
Haaaa. Dekat sini ada 'padang futsal' juga. Yt dan pun teruja sebab indoor playground ni bagi Yt memang lain dari yang lain. Kawasannya pun luas jadi anak-anak bebas tak terlalu sesak. Pada awalnya, dua tiga orang budak je sibuk kejar sebiji bola dekat sini termasuk dak Aflah tu. Bila dah tengahari, ramai juga anak-anak lelaki main. 

Ruangan Sambutan Hari Lahir
Dekat sini juga ada sediakan tempat untuk sewaan sambutan hari lahir. Dua tempat tau seperti gambar di atas ni. Kawasan luas sangat bagi Yt. Sure selesa la kalau ada yang nak celebrate birthday anak-anak. Dorang ada pakej juga untuk birthday celebration ni. Nanti Yt kongsikan pamplet dia. Btw, Yt sendiri idok ler mampu. Hahahaha.

Ruang Rehat & Menunggu Ibu Bapa
Haaaa ini yang paling menarik. Turut disediakan ruang rehat dan menunggu untuk ibu bapa. Actually ada banyak lagi tempat duduk yang disediakan di tepi playground dan dinding. Ada peti keselamatan untuk kita sewa. Siap ada tandas, sinki dan ada kerusi urut. Berbanding dengan indoor playground yang biasa Yt pergi, ikut dan la mak ayah nak duduk kat mana kan. Huhu. Dan disini juga boleh bawa makanan. Nasi pun boleh katanya tapi, of course kita kena sama-sama jaga kebersihan tempat ni lah.

Yt suka Kiz Sports & Gym ni sebab selain menyediakan aktiviti berserta kawalan keselamatan anak-anak, dorang juga memberikan keselesaan kepada ibu bapa. Jadi, sama-sama la senang hati kan. Sebab bila pergi tempat macam ni, kena duduk paling kurang dua jam sebab bayar boleh tahan jugak. Tak gitu? Hehe. Yt kalau pergi tempat berbayar ni memang akan pergi seawal 10 atau 11 pagi dan akan stay hingga ke petang. Keluar hanya untuk bawa anak-anak lunch dan continue main lagi. Gittuuuu...

Harga? Haaaa. Ini Yt lupa. Pamplet dia mana tah. Takpe, nanti Yt update k. Cuma kos untuk Arissa 4 tahun dan Aflah 1 tahun 4 bulan = RM25 sahaja Sabtu lepas. Kitorang sampai sebelum jam 11 pagi, dan balik pukul 4. In between, kami lunch dan solat Zohor. 

Indoor Playground: Kiz Sports & Gym
Location: Tesco Extra Cheras, Taman Midah, Cheras, KL
Open: 10 am

Ok then, selamat bercuti anak-anak! Bestnya cuti sebulan. Haha. 


November 27, 2016

Selesaikan Masalah Kulit Kusam Dengan Pure by Safiyyah Osman

Assalammualaikum. Hai korang. Lama tak jumpa. ;) Panjang sikit tajuk mak. Hehe.

Bila bercerita tentang kulit ni, kulit Yt memang berminyak dan jarang sekali kulit bebas dari jerawat. Yt bukan jenis jerawat yang banyak-banyak. Tapi, jenis jerawat yang dengan tiba-tiba dia menumpang seketul di hidung (tempat favorite dia), dan dahi. Ketul dia nak kata besar sangat tu tidak tapi bukan sejenis yang halus. Hahaha. Nak explain pun complicated rasanya. Lols.

Macam-macam juga la produk pencuci yang Yt dah cuba. Tak nafi ada yang berkesan untuk Yt. Ada juga yang setelah sekian lama guna, dah tak berkesan. Pffft! Dan bila dah makin dewasa ni Yt nak cari produk yang natural/organik. Nak bebas dari bahan-bahan yang Yt dah tentu tak tahu sejauh mana kesan isi kandungan produk terhadap Yt untuk jangka masa panjang. Huhu.

Dan produk pilihan Yt ialah produk natural PurebySO - Pure by Safiyyah Osman. Piya minta Yt describe kulit Yt macam mana terlebih dahulu sebelum dia nak cadangkan Yt sepatutnya guna produk skincare dia yang mana satu. Lepas tu bila produk dah sampai kat tangan, Piya akan consult cara nak pakai satu satu. Termasuk tips / petua tambahan.

Kesan Penggunaan Skincare PurebySO - sebulan
KIRI: Sebelum
KANAN: Selepas
Awal-awal mak dah tunjuk gambar sebelum dan selepas ye. Haha. Apa pendapat korang? Ada nampak beza tak? Heee. Cuma Yt nak share la sikit pandangan kawan yang terdekat. Lepas guna set skincare ni dalam seminggu, Hani tanya Yt - 'yang, produk tu memang boleh buat kulit awak jadi pinkish eh? sebab kita tengok muka awak macam pinkish la. kita pun macam nak la kalau gitu'. Dan sebenarnya Yt sendiri pada masa itu dah rasakan yang kulit pucat Yt tu dah jadi ada 'color'. Hehe.

Inilah dia Set Skincare PurebySO yang terdiri dari Detox Face & Body Soap - Comb. Ac-n, ESA Lavandula Mist Toner, Golden Jojoba Face Oil dan Pure & Choco Face Mask & Scrub.

Set Skincare PurebySO 
Detox Face & Body Soap - Comb. Ac-n

Setiap hari Yt akan cuci muka dua kali sehari dengan sabun Comb. Ac-n tanpa gagal. Hehe. Bab cuci muka inshaAllah tak akan gagal sebab dah tentu kita cuci muka setiap kali nak mandi kan. Bila muka tengah ada jerawat, Piya dah pesan untuk tak urut muka masa cuci. Dap dap je dalam seminit dan kemudian basuh muka dengan air bersih.

Detox Face & Body Soap Comb. Ac-n
Piya kata sabun ni memang disyorkan untuk yang kulit berminyak, berjerawat dan juga berparut kesan dari jerawat. Base soap ni adalah dari susu kambing yang mana susu kambing ni merupakan salah satu agen pengelupasan yang semulajadi. Sandalwood dan cocoa powder bagus untuk rawat masalah jerawat dan kulit berminyak. Dengan soap ni, flow darah muka akan jadi elok dan of course muka kita akan nampak fresh dan tak kusam. (terjawab dah apa yang buat kulit mak dah macam ada 'color'. Hohoho.)

Comb. Ac-n dibuat dari susu kambing organik, sandalwood oil, sandalwood powder, cocoa powder dan vitamin E dan berfungsi untuk:
  • tona kulit jadi sekata
  • kurangkan minyak pada muka
  • mengurangkan jerawat baru
  • mengecutkan jerawat
  • memudarkan parut
  • menghalang pertumbuhan jerawat baru

Harga: RM16 (45 gram)

ESA Lavandula Mist Toner

Lepas cuci muka dengan Comb. Ac-n Soap, Yt guna toner pulak. Sebelum nak apply pada muka, kena shake dulu toner tu tau. Spray kan pada tapak tangan, ratakan dan dap dap juga pada seluruh muka. Kalau kulit tengah tak berjerawat tu Yt sembur je kat muka dan ratakan pada seluruh muka. Toner ni pun Yt guna setiap hari. Piya kata, kalau nak fokus untuk kecilkan pori, nak calmkan kulit, nak segarkan dan buat kulit glowing, dalam rutin harian wajib kena ada mist toner.

ESA Lavandula Mist Toner
ESA Lavandula Mist Toner ni dibuat menggunakan minyak lavender, aloevera extract, witch hazel, rosechip oil dan vitamin E dan berfungsi untuk:
  • kecikkan liang pori muka
  • rawat parut jerawat dan jeragat
  • tingkatkan regenerasi sel
  • bunuh bakteria yang jadi punca jerawat
  • kawal pengeluaran minyak pada kulit
  • melembabkan kulit yang terlalu kering
  • mengurangkan kedutan pada wajah

Harga: RM35 (100 ml)

Golden Jojoba Face Oil

Lepas guna toner, Yt apply pula Face Oil. Goncang dulu, kemudian titiskan 1 titis kat tapak tangan dan warm lepas tu dap dapkan je pada muka. Lebih kurang 2 / 3 minit lepas tu Yt gunakan tisu untuk buang lebihan minyak dengan tisu. Still dengan teknik dap dap. Face oil ni kan mudah serap. Awal dulu rasa macam takut nak apply 'minyak' tapi dengan teknik yang betul tak terasa berminyak pun. 

Golden Jojoba Face Oil
Golden Jojoba Face Oil ni dibuat dari minyak jojoba yang mana ia sangat bagus untuk kulit yang sensitif kering atau sensitif berjerawat. Face Oil ni berfungsi untuk:
  • Melembabkan kulit & menyingkirkan minyak jahat dari kulit
  • Bagus untuk semua jenis kulit
  • Dijadikan primer makeup
  • Antiradang & antibakteria
  • Menyihatkan kulit muka
  • Kaya dengan vitamin A, B, dan E
  • Bagus untuk merawat kesan luka, parut,sunburn
  • Mengurangkan radang kulit, eczema @ psoriasis
  • Memudarkan parut jerawat
  • Mengecilkan liang pori

Harga: RM36 (50 ml)

Pure & Choco Face Mask & Scrub

Haaaa. Setiap minggu Yt akan pakai Scrub & Face Mask ni sekurang-kurangnya sekali. Bancuh je dengan susu segar atau air biasa untuk jadikannya pes kemudian ratakan kat seluruh muka. Aflah selalu menjauh bila mak dia pakai ni. Hahaha. Biarkan kering dan bilas hingga bersih. Face Mask ni boleh juga digunakan sebagai scrub muka. Tapi, jangan pulak di scrub kan jerawat yang ada tau. Kalau masa ada seketul jerawat kat hidung, scrub je tempat lain. Hehe.

Pure & Choco Face Mask & Scrub
Pure & Choco Face Mask & Scrub ni diadun dengan sedikit clay, serbuk cocoa dan rolled oat organik dan minyak asli. Fungsinya ialah:

  • kurangkan blackhead/whitehead 
  • kurangkan kemerahan kulit akibat jerawat dan sinaran matahari
  • kecutkan jerawat
  • pudarkan parut
  • kurangkan kulit dari menjadi terlalu sensitif pada persekitaran

Harga: RM25 (100 gram)

Close Up
Maaf, mak belanja close up gambar kat atas tadi. Hehehe. Parut yang atas bibir tu dan tepi hidung (gambar kiri) dah tiada (gambar kanan). Pipi yang pucat tu dah ada 'merah' sikit macam bubuh blusher. Gituuu. Hehe. Itu yang nampak dengan mata kasar lah kan. Dan memang tak dinafikan yang jerawat naik cepat kecut. Tak sempat dia nak berlama-lama dah terpaksa kecut. Kulit pun dah kurang berminyak berbanding sebelum ni. Tapi, still Yt ada jerawat yang kadang-kadang seketul di dahi, di hidung bagai tu. Yelah, jerawat ni naik punca dari macam-macam. Kalau dah tidur tak cukup, atau stress atau makan tak jaga. Guna la apa pun kat muka tu tetap juga naik. Dalaman tak di 'cuci' kan. 

Yt memang berpuas hati dengan Set Skincare PurebySO ni. Recommended sangat untuk korang yang masih lagi mencari produk yang bersesuaian untuk skin korang. Tapi, Yt ingatkan ye kat korang. Produk natural/organik kesannya mungkin tidak secepat produk lain. Tapi tak apa, biar lambat asal selamat. Daripada kita nak kesan yang cepat tapi bagi kesan jangka panjang yang memudaratkan disebabkan oleh segala macam bahan kimia yang digunakan. Betul tak?

Produk PurebySO ni semuanya dibuat secara homemade, semulajadi, tiada bahan kimia, bebas pewarna dan pewangi tiruan. Pengawet juga tak ada ye sebab PurebySO guna minyak vitamin E. Dan satu lagi yang best ialah, PurebySO boleh dipakai untuk solat. Apa yang best lagi? Haaa. Harga murah tapi boleh pakai lama. Tak best ke? ;)



Yt memang seorang perempuan yang yakin dengan 'naked face' beliau. Haha. Dan sekarang, beliau dah terlebih yakin. Lols!. Ok, sebenarnya nak bagitau gambar-gambar ini adalah tidak sedikit pun diedit kecuali untuk cantum dan text. Tanpa filter. Kulit pula memang tak ada calit walau bedak compact sekalipun. Serius kosong. Hehe. Dan, ada satu lagi rahsia seri wajah mak sekarang (perasan!) hahaha. Mak pun pakai Set Lips by PurebySO. Nanti Yt share lagi ok! 

Dapatkan produk PurebySO sekarang tau! Korang boleh tengok details produk dengan terperinci di IG, FB, Web purebysafiyyahosman dan juga di Blog Piya. 


INSTAGRAM : purebysafiyyahosman


BLOG FOUNDER :  safiyyahosman

CONTACT : +6019 416 3319 

Kalau korang nak tengok testimoni pengguna produk PurebySO, korang boleh tengok hashtag #testimonipbyso atau ke IG testimoni.purebysafiyyahosman.

Korang boleh juga dapatkan produk ni dari stokist/agent/dropship PurebySO. Korang tengok IG stokist.purebysafiyyahosman untuk senarai lengkap ok.

Ada berita baik untuk korang jugak! Sekarang PurebySO nak buat Lucky Draw Guna & Menang. Syaratnya mudah je. Dengan pembelian minimum RM30 sahaja dah melayakkan korang untuk 1 penyertaan. Korang berpeluang untuk dapat Iphone 6, Iphone 7 dan LED TV tau! Klik gambar tu di bawah ni untuk tahu dengan lebih terperinci tentang LuckyDraw ni. 


Ok then, sehingga kita bertemu lagi nanti dengan ucapan; 'THINK NATURAL THINK PUREBYSO'. Hehe. 

November 10, 2016

Peperiksaan Akhir Tahun NAB: 4 Tahun

Bismillahirrahmanirrahim. Semoga semuanya sihat sejahtera, bahagia, dilindungi dan dirahmati Allah SWT. 

Pejam celik, anakanda sulung Yt dah ada peperiksaan akhir tahun. Masa dapat tahu yang diorang akan ada exam juga, Yt rasa lucu tapi teruja campur berdebar. Over kan? Macam anak duduk SPM pula gayanya. Haha. Dan masa tu memang tak dapat bayang apa bentuk soalan diorang sebab kelas 4 tahun kan, apa lah aje soalannya. Hihi.

Selasa lepas, cikgu hantar whatsapp list kedudukan ikut markah. Arissa yang ke-6. Dan Yt terus forward kat ayahnya. Dengan pantas ayahnya reply, ok lah tu. Hoho. Yt sendiri pun kena sentiasa berpesan pada diri sendiri, anak 4 tahun Yt. Bukan tahun 4. Haha. 

Balik sekolah, Yt excited nak tengok kertas peperiksaan dia. Hehe. Alhamdulillah. Tak kisah walau macam mana pun bentuk soalannya, tapi bila tengok markah dia.. Alhamdulillah. Bukan semua markah penuh tapi still proud and will always proud. InshaAllah.

Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun NAB; 4 Tahun.
Dia tak berapa faham lagi tentang kedudukan dalam kelas. Dia seronok dapat nombor 6. Hihi. Markah penuh tak penuh pun dia tak kisah. Tangan di bahu, mata ke atas kekdahnya. Haha. Cuma Yt peluk dia, Yt cakap keputusan ujian kakak cantik.. bagus.. tapi kalau semua 100 lagi bagus. Dia angguk je. Faham ke tak, Yt kurang pasti. Haha.

Soalan 4 tahun ni seperti bulatkan huruf konsonan, huruf vokal dan etc. Simple je. Tapi, apa yang Yt jelas ialah dia tak tahu apa sebenarnya perlu buat seperti soalan Math; aada kotak kosong untuk susunan nombor - Arissa tulis balik nombor tu dari kiri. Tu yang math 82 je. Hihi.

Semoga segala urusan dunia dan akhirat anakanda Nur Arissa Batriesya dipermudah oleh Allah SWT. Allahhummaamiin.

October 28, 2016

Mandian Herba Murah dan Stoking Pantang Super Selesa

Panjang haaa tajuk entri Yt kali ni. Hehe. Semangat tau nak share dengan korang benda baik benda bagus yang murah. Haaa. Semua kita nak macam tu kan? Barang murah tapi kualiti dan hasilnya superb. Betul tak? Kenyit mata sikit! ;)


Mandian Herba Murah dan Stoking Pantang Super Selesa

Bila sebut mandian herba dan stoking ni, sinonimnya dengan berpantang selepas bersalin kan. Sebenarnya, memang kedai yang jual kedua² item ni fokus adalah kepada ibu berpantang dan bayi. Baca sampai habis tau kalau nak tahu kedai mana. Hehe.

Since Yt bukanlah mak dalam pantang, jadi dua item ni bersesuaian la dengan Yt yang rancangnya dua tahun lagi pantang semula. Haha. Mandian herba ni sesuai untuk kita buat secara berkala untuk apa? Ok jap lagi Yatie cerita kat bawah.


Mandia Herba Murah Yang Best

Mudah je kalau nak mandi herba ni. *sambil petik jari* hahaha. Rebus je korang. Pastu jangan lak mandi air rebusan tu gitu je. Hehe. Dah tentu korang kena campurkan dengan air mandian biasa. Serius! Kalau dapat bath tub mesti bahagia. Hari tu pergi Melaka, hotel ada kolam je. Tak ada bath tub. Kalau tidak, mesti syok berendam. Adududu.

Apa yang best sangat mandi herba ni? Haaa. Ini pengalaman Yt lah ye. Masa pantang hari tu Yt guna mandian herba ni juga lepas sesi 3 hari dengan makcik urut. Yang paling terasa dengan jelas sekali ialah kita rasa SEGAR sangat. Dan kita rasa TENANG. Faham²lah sewaktu pantang dan balik kerja perasaannya bagaimana walau berbeza. Hehe.

Sesuai sangat mandi herba ni buat kita. Minta sedikit ruang dengan suami untuk kita mandi dengan tenang bersama mandian herba ni. Seharian bekerja, tak boleh nak rewards diri sendiri pergi spa bagai (yt la tu haha) jadi mandi herba ni adalah yang terbaik untuk LEGAkan diri dari 'stressful' bekerja. Murah pun murah. Jimat disitu! Hehe.


Mandian Herba Bedung Barut Baby

Mandian herba ni campuran Daun Capa/Sembung, Daun Meringan, Daun Serai Wangi, Daun Cemumar, Daun Pandan, Daun lamuni, Daun Senduduk dan lain-lain. Daun² herba ni semua dah digunakan dari dulu² lagi dan masing² ada khasiatnya tersendiri. Yt ingat lagi masa pantang Aflah, makcik urut tu bawa macam² jenis daun untuk mandian Yt. Hehe. Kesian dia jenuh cari daun² tu semua.


Cara Menggunakan Mandian Herba

Kalau korang tak tahu nak guna macam mana, kat bungkusan ni ada cara²nya. Jadi korang jangan susah hati sangat. Mudah sangat nak guna. Jimat pun jimat sebab satu uncang boleh untuk kegunaan 2-3 kali. Best kan?

Mandian herba ni berfungsi untuk mengembalikan kesegaran dengan mengurangkan sengal pada sendi dan saraf akibat daripada proses kelahiran. Ia juga sangat sesuai digunakan bagi melancarkan peredaran darah serta membuang angin dalam badan serta sebagai aromaterapi untuk menghilangkan stress. Mandian herba ni juga boleh digunakan sebagai persediaan mandian bagi individu yang mengalami demam panas. Lagu best! Ia boleh juga digunakan untuk rendaman kaki. Kenyit mata lagi sekali! ;) Hihi.


Mama Socks Super Selesa

Abaikan budak gendut tu. Haha. Stoking yang Yt pakai tu namanya Mama Socks. Masa pantang budak gendut tu Yt memang pakai Mama Socks ni. Best! Lepas tu ceria je sebab colorful. Hihi. Kalau yang ni warna purple ada strawberry. Socks yang Yt pakai masa pantang dulu dah macam kek lapis. Hihihi.


Stoking Pantang Super Selesa

Tengokk! Colorful kan. Elok pula berpantang di hari raya. Memang terbayang-bayang kek lapis nun kat Sarawak. Haha. Tapi, cerialah hari pantang ku. Tak ada lah stoking hitam, stoking kelabu.

Selain ceria, material mama socks ni best sangat! Lembut. Arissa suka sungguh pegang, usap² haha. Material lembut tapi sedap pakai. Eh macam mana nak cakap eh? Dia 'cover' sejuk kat kaki tu haa. Hehe.


www.bedungbarutbaby.my

Panjang sangat celoteh Yt hari ni kan. Hehe. Haaa. Gambar kat atas tu la website untuk korang beli mandian herba, mama socks, bedung, barut dan macam² lagi keperluan berpantang.

Website: www.bedungbarutbaby.com.my
Instagram: www.instagram.com/bedungbarutbaby


Diskaun 10% untuk 10 Pembaca Terawal

Berita baik! Untuk 10 orang pembaca blog  Yt, korang boleh dapatkan diskaun 10% dengan menggunakan kod "dyatie10". Tetapi! Hanya sah untuk pembelian di website sahaja. Instagram, facebook, whatsapp dan selainnya ada tidak tertakluk ye. Jadi, siapa cepat dia dapat. Ingat! Guna code "dyatie10". Rebut peluang ni tau korang. Item² kat  Bedung Barut Baby ni memang best. Yt memang pengguna sejak pantang anakanda Nur Aflah Dayyina.

p/s doodle comel dari  Sue Haida dan selamat hujung minggu! Selamat bershopping barang berpantang!

Salam sayang,
DYatie ABakar.


September 27, 2016

'pulang'nya seorang sahabat

Semalam. Kami kehilangan seorang sahabat dari zaman sekolah. Ia sungguh mengejutkan. Yatie sendiri rasa macam percaya tak percaya. In fact, tak nak percaya mangsa maut kemalangan jalan raya adalah sahabat sendiri.

Menggeletar satu badan dan hati resah sejak awal pagi. Masih lagi cuba menafikan selagi tak dapat pengesahan. Akhirnya, Sulia mengesahkan 'Nor dah tak ada wahai sahabat ku'. Allah ya Allah. Rasa macam nak lemah sangat. Kebetulan Yatie ada meeting. Tak mampu langsung nak fokus. Tak berdaya.

Sedih sangat bila scroll gambar² ni di FB. Sungguh rasa macam tak percaya perkara ni berlaku ke atas sahabat sendiri. Kemalangan di Sg Rayu, Feri Rambungan - dalam perjalanan sahabat untuk bertugas di SMK Lundu (cikgu) yang melibat Perodua Viva (kereta Nor) dan Proton Persona. Punca dan keadaan kemalangan masih tak diketahui.

Majlis Iza
Majlis Sulia
Majlis Sulia
Majlis Iza
Antara kenangan bersama dengan Nor. Jujurnya Yatie agak kurang rapat dengan Nor ni sebab Yatie berpindah ke sekolah lain masa Tingkatan 4. Tapi, kami masih berhubung melalui teknologi - FB. Dan Yatie tahu Sulia adalah yang paling terkesan dengan kepulangan Nor.

Nor ni memang seorang yang baik dan ceria orangnya. Dari kejauhan kita dah boleh nampak di tersengih-sengih. Hehe. Kelakar pun dia jugak. Alahai. Terngiang-ngiang intonasi dia dalam bercakap.

Al Fatihah buat sahabat kami Noriza Mohd.

Inna lillahi wa inna ilaihi ra’jiun.
Allahummaghfirlaha warhamha wa ‘afiha wa’fuanha.”

Semoga Allah mengampuninya, merahmatinya, memberikan keselamatan dan memaafkan kesalahannya. Amin Allahumma amin.

Selamat pulang Nor. InshaAllah kita akan berjumpa kembali di tempat yang kekal abadi. Allahhumma amin.

September 22, 2016

Sambal Kering Bilis Pedass Melatopppp!

Bukan tajuk rekaan. Memang benar ia bernama SAMBAL KERING BILIS PEDASSS MELATOPPPP!!! Dan bukan sekadar nama. Sambal ni memang PEDASSS MELATOPPPP uolsss! Tak menyesal mak beli 4 botol terus. Haha.

Yatie pernah makan sambal kering bilis yang lain. Tapi nyata berbeza. Ikan bilis yang digunakan tak kecik tak besar. Sedang elok saiznya. Bila kunyah, rangup oiii. Memang makan krup krap krup. Pedasnya pula bukan acah² pedas tapi bukanlah pedas berapi sampai telinga keluar asap. Hehe.

Sambal Kering Bilis Pedasss Melatopp
Haaa. Inilah dia paras rupa luaran sambal melatopppp ni. Bekas ni pun berkualiti. Tak ada tumpahan minyak berlaku walaupun dapat dibayangkan pengendalian semasa pengeposan. Haha. Cuma tak selamat bila penutup di buka sebab orang yang buka tu akan nak lagi nak lagi dan lagi. Hahaha.

Sedapnyaaa! Hehe.
Semalam, Yatie bawa salad as breakfast. Biasalah. Salad orang Melayu. Haha. Ada hati nak diet tapi tak berapa nak kuat. Haaaa. Untuk menaikkan selera, Yatie bubuh la sambal ni. Fuhhh alhamdulillah habis salad pagi tu. Haha. Siap rasa tak puas rata begitu sahaja. Sambil membayangkan tengah makan ngan nasi panas. Adududu. Sedapnyaaa.

Sambal Kering Bilis Pedasss Melatoppp ni sesuai sangat untuk korang travel terutama ke obersea. Sesuai sangat kat orang yang kadang² dah tak tahu nak masak apa, meh kita tanak nasi makan ngan sambal kering. Hahaha. Dan kalau bulan puasa, memang sesuai sangat naikkan selera masa bersahur.

Kalau korang nak juga, korang boleh direct contact melalui FB Myzatul Akma - https://www.facebook.com/maizatulakma - atau whatsapp 0193364122.

Sekian dengan pesanan beli jangan tak beli. Hihihi. 

September 17, 2016

Rindu?

4.28am; bangun jam 1.37am tadi. Tak terasa nak tidur semula. Entah. Rindu barangkali. Rumah kembali sunyi. Mak bapak dah balik Sarawak jam 3.25pm semalam. Tadi sebelum tidur kakak nangis. Rindu katanya. Sobs.

Rezeki masing-masing kan? Ada yang duduk dekat dengan mak bapak. Ada yang duduk jauh. Ada yang duduk negeri lain. Ada yang duduk negara lain. Tak kira dekat mahupun jauh, apa yang paling penting adalah jangan pernah putus mendoakan kesejahteraan mak bapak dunia akhirat.

Aku selalu terkenang dan mengenang. Sambil mengingatkan sesama sendiri terutama adik beradik. Guna peluang sehabis baik untuk jaga mak bapak sementara masih diizinkanNya. Amat bertuah jika kita boleh balik jumpa mak bapak seminggu sekali. Kalau tidak daya bermalam, cukup sekadar datang jenguk sekejap.

Mak bapak aku jauh. Dan sedikit pun aku tak kisah kalau suami nak balik 'kampung' dia selalu selagi ada masa dan poket mengizinkan. Aku sedar hakikat yang aku hanya mampu jumpa mak bapak aku sekurang-kurangnya setahun sekali. Lagipun, mak ayah suami adalah mak ayah aku juga. Tok dan Mak Tok anak-anak juga. Kenapa perlu aku nak berkira.

Senang cerita, aku rasa semuaaaa yang boleh drive je pergi nak balik jumpa mak ayah adalah sangat bertuah. Termasuk suami aku. Anytime rasa nak balik, start enjin dan gerak balik. Jadi, jangan sia-siakan kelebihan tu.

Kitorang kebiasaan akan balik Ipoh bila ada cuti deret atau akan ambil cuti at least sehari. Unless dah lama sangat rasa tak balik, kitorang balik Jumaat dan kembali ke sarang hari Ahad. Tak puas sebenarnya. Huhu.

Eh panjang pula cerita sebelum Subuh ni. Siang karang mengantuk satu apa pun tak termampu nak buat gamaknya. Hahaha.

Aku bukanlah anak yang terbaik. Tapi, aku sentiasa berusaha dan sehabis daya memberikan yang terbaik buat mak bapak aku dari kejauhan. Aku harap adik-adik aku juga akan berbuat benda yang sama sepertimana mak bapak telah memberikan yang terbaik buat kami. (Eh sambung pulak haha).


Semoga Encik Awang Bakar dan Puan Kamsiah dikurniakan kesihatan yang baik, diluaskan pintu rezeki, panjang umur dan dipermudahkan urusan dunia akhirat. Allahhummaamin.

September 14, 2016

Wordless Wednesday: Sometimes

Dush! Terjebak juga dengan handbag Sometimes. Haha. Tapi, penangan cucuk. Kali ni mengidam sungguh dengan handbag. Bayangkan, bulan lepas Yatie beli 3 handbag dalam masa 2 hari. Terbang melayang duit suami bagi untuk bulan itu. Huhuhu.


Haaaa. Inilah dia koleksi pertama (errrr macam lain jeeee statement ni haha) Sometimes Yatie;Piko-Piko Amber design by Nicole W.

Komen? Haaa. Material best. Besar pun ye. Muat baju anak² setiap kali pergi jalan. Harga pun not too expensive. Affordable la bagi mak rakyat marhaen ni. Haha. Cuma harapan dan doa mak agar lepas ni tak terjebak melampau. Huhu.


September 13, 2016

Short Escape di Pullman Putrajaya

Pullman Putrajaya

Al kisahnya minggu lepas, Yatie kena ikut Pengarah ke Kunjungan Hormat di sebuah jabatan kerajaan jam 4 petang. Kebetulan hari Jumaat jadi dalam kepala ni mula la merancang. Haha. Lagipun, dah lama rasanya tak bawa anak² rehat hotel dan swimming. (Bukanlah gaya orang kaya tapi saja bawa anak ambil angin.)

Tapi malangnya, kunjungan hormat batal jadi kami gerak dari office Yatie jam 5. Huhu. Dan boleh pulak terlepas simpang MEX. Dah terlepas MEX, terlepas pula 1 simpang. Jauhlah pula pusing. Pasrah je anak² tak dapat nak mandi petang tu. Huhu. Kitorang sampai lebih kurang pukul 6 lebih macam tu. Jakun sikit. Hahaha.


Dari pintu masuk
Pandangan ke pintu
King Size Bed
TV

Belanja sikit gambar dari pintu masuk, katil dan tv. Hahaha. (Tiba² mak blur camner nak review. Huhu.) Suka sangat bilik dia. Luas, of course. Klasik. Arissa kata, "bilik Elsa". Istana katanya.. Bergandalah imaginasi 'princess' dia. Hihi. Tapi, memang best. Lampu of course la acah² romantik. Haha.


Bilik Mandi
Tandas

Bilik mandi + tandas. Keluasan dia lebih besar dari dapur rumah Yatie. Haha. Anak² mandi dalam bath tub je petang tu. Boleh la. Haha. Kolam kecik kata si kakak.


Cantik tak? Cantik kannn. Hahaha. Cuma Yatie pelik kenapa hotel susah sangat nak sediakan lampu 'putih'. Nasib baik Yatie tak mekap. Kalau tak mau tak sekata. Hahahahaha. Dah la tak reti, bertemankan lampu kuning lagi tak reti. Huhu.


Ruang Menunggu

Ni sementara tunggu ayahnya 'cop' tiket parking. Kami nak g makan kat Ayer 8. Hoho. Tu nanti Yatie belanja gambar makanan nyum nyum. Hahaha.


Breakfast
Sekitar

Breakfast di Restoran Bunga Tanjung. Not bad menunya yang pelbagai. Menu kitorang (diet kan ahahaha); omellete, bubur ikan untuk Aflah, roti bakar untuk Arissa, dan macam² dalam pinggan daku. Haha. Ada la sup² juga.

Lepas breakfast, kitorang ronda² kejap. Cantik weh persekitaran. Tenang rasa. Hehe. Masa tu pulak redup je. Segar. Rasa tak nak balik. Kalau layan sengal, mau juga tambah 1 malam lagi. Hahaha. Tapi kena balik juga sebab itu je masa ada nak kemas² rumah. Hihihi.


Kids Room
Playroom

Ku sangka redup hingga tengahari, rupanya gerimis sebelum pada 8 pagi. Haha. Jadi, kitorang bawa anak² ke kids playroom. Macam² ada. Cartoon kanak² memang ditayangkan non stop walaupun tak ada orang. Arissa la paling seronok. Dia boleh 'berlakon' kat situ. Hehe. Aflah macam biasa. Ganggu kakak dia je lebih. Hoho.


Dak Aflah Yang Kuciwa
Dak Arissa Yang Tak Sabar
Kakak Dah Berani

Dah hujan reda, kami terus ke swimming pool di tingkat 2. Baru sampai tiba² hujan balik. 'Stress' la kakak. Dia dok kata boleh je dia mandi. Haha. Hujan slow sikit, ada yang bawa anak² mandi jadi ayahnya bawa Arissa g mandi dulu. Adik ek ek nangis nak ngikut. Aflah ni memang suka sangat mandi. Lagi dia nampak air banyak tu, agaknya meronta² dalam hati nak terjun. Hahahaha.


Haaa. Dah nak balik pergi la amik gambar empat beranak sana sikit situ sikit sini sikit sinun sikit. Hahaha. Dengan cuaca panas, erm anak² mak 2 2 puteri lilin. Lagi² si kakak. Mood dia memang lari habis. Jangan kata saja² macam ni. Balik sekolah ada matahari pun gaya dia macam balik time matahari tengah kepala. Huuuu.

Alhamdulillah. Seronok juga cuti² dekat ni. Tak penat sangat. Dari Cheras ke Putrajaya je. Anak² happy. Kita pun happy. Syukur.


Blog design by Rainy Day