Thursday, July 30, 2015

Salam Aidilfitri 2015

Raya 2015 | Assalammualaikum. Selamat hari raya korang! Hihi. Berapa kali nak ucap raya la Yatie ni kan? Haha. Syawal sebulan jadi, ucapan dan cerita hari raya masih sah. Betul tak?

Terus terang, atas sebab Yatie memang dah tahu akan berpantang di hari raya makanya persediaan hari raya memang tak ada. Kami suami isteri memang tak ada baju raya baru. Belikan untuk NAB dan NAD je. Baju NAD Yatie tawakal je beli. Ngeeee.


Bersalin di Ipoh makanya beraya pun di Ipoh la. Join la #TeamRayaPerak walaupun gambar idok la banyak beno. Haha. Walaupun tahu raya ketiga nak balik Sarawak, sayu dengar takbir raya tu tetap ada. Hari raya ni bagi Yatie kegembiraan maksima boleh dicapai dengan meraikan bersama keluarga besar di kampung pada malam dan pagi raya. 


Tak apa. InshaAllah panjang umur, ada jodoh dan murah rezeki tahun hadapan #TeamRayaSarawak pula dari awal. Lama tak merasai nikmat sambut raya di kampung sendiri.Hehe.



Apa pun. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali Yatie sekeluarga. Dan semoga Allah merahmati kita semua. 

Nak baca pengalaman singkat ayah NAB & NAD beraya di Sarawak tahun ni? Jemput ke SINI.

Read more>>>

Tuesday, July 28, 2015

Kalam D'Yatie

Template & Nama Baru | Assalammualaikum. Perasan tak dyatie[dot]com dah berwajah baru? Dan bernama baru gitu.. Ngee. Sebenarnya berserta semangat baru. Semangat dah masuk usia 29 tahun. Semangat anak dah dua. Ewah! Haha.



Roses Template dari Blog Sihatimerahjambu. Ready made design dari sis Azhafizah. Cantik tak? Hehe. Senang dan pantas serta mudah berurusan. Kelebihan beli ready made design ni bagi Yatie; blog berubah wajah sepantas kilat. Kita sendiri tak perlu pening nak membayangkan design kehendak hati. Yatie je la yang suka sangat kerja nak pening. Haha.

Kalam D'Yatie; Kalam ni bermaksud perkataan. Kalam D'Yatie jika ditafsirkan secara langsung perkataan D'Yatie. Tapi, maksudnya bagi Yatie sendiri adalah lebih kurang - catatan/tulisan/coretan dari Yatie. Bagaimana boleh terfikir nak letak kalam? Errr. Entah ek. Tiba-tiba je pada hari berurusan dengan sis Azhafizah 'kalam' tu terbang melayang dalam fikiran. Hehe.

Harapan dan azam; semoga selain menjadi catatan memori sendiri Kalam D'Yatie juga dapat memberi manfaat pada orang lain. Semoga juga Yatie lebih matang dan mencapai matlamat seperti dalam motto KBBA "Bukan Sekadar Blogger". Allahhummaamiin.
Read more>>>

Monday, July 27, 2015

Line Celcom Teruk, E!

Line Celcom E! | Assalammualaikum. Hai! Yatie dan internet tak dapat dipisahkan dan bila sampai kampung, tengok signal Celcom E; stress! Haha. 


Macam mana tak stress kalau buka facebook pun lembab yang amat. Nak tengok gambar, 15 minit loading belum tentu boleh tengok. Jangan kata nak buka blog. Sobs! Sadis je Yatie rasa. Walhal banyak yang dah Yatie rencanakan sepanjang berpantang ni. Huuu. Kad sim yang data 20gb tu pun dengan penuh pasrah serahkan dekat suami sebab kalau Yatie pegang pun membazir je tak boleh pakai. Huhu.

Jadi, macam mana Yatie boleh update blog ni? Haaa. Demi internet, Yatie beli kad Maxis. Tak pernah sepanjang umur 29 tahun ni Yatie beli sim telko lain selain dari Celcom. Haha. Yatie pun tak faham kenapa Celcom tiba-tiba teruk sangat dekat kampung Yatie ni. Sedangkan sebelum ini Celcom juara. Dan Yatie agak, tak ada aduan terus kepada Celcom. InshaAllah Yatie akan buat aduan tu. Sebab, Yatie pengguna setia Celcom. Sehingga hari ini, Yatie berpuas hati dengan Celcom.

 

Jika Yatie tak update blog, tak reply komen d FB mahupun di IG; Yatie minta maaf. Bukan sombong tapi kekangan internet. Grrrr. Nak cepat nak senang, Whatsapp Yatie. Nak nombor maxis? Tak perlu rasanya sebab balik SM nanti Yatie dah ucap selamat tinggal kat no Maxis tu. Hihi. 

Arissa pun stress juga. Kerap juga dia tanya; "nak buka ti-tiub boleh?" Hihi. Alhamdulillah dia dah faham bila Yatie cakap tak ada line. Kalau tidak, bertambah stress Yatie tengok Arissa stress. Hahaha. Macam tau je Arissa stress. Hoho.
Read more>>>

Sunday, July 26, 2015

MYRYL | DVD Colours & Career

DVD Colours & Career, MYRYL | Assalammualaikum. Hai korang! Selamat hari raya! Maaf zahir batin dari Yatie untuk semua yang mengenali. Hari ini Yatie nak kongsikan tentang DVD Colours & Career, kesinambungan dari Bengkel Warna & Kerjaya yang Yatie ikuti tempoh hari. Korang boleh baca tentang bengkel tu dekat SINI.


Dengan kelebihan dan kepakaran yang dimiliki, MYRYL telah menghasilkan DVD ini dan ia merupakan DVD pertama yang dihasilkan oleh MYRYL untuk membantu golongan dewasa yang bekerja tetapi ingin membuat perubahan kerjaya ataupun ingin memulakan perniagaan; namun tak tahu apakah kerjaya ataupun perniagaan yang perlu diceburi.

Modul Khas DVD Colours & Career
Sepertimana yang kami ikuti dalam Bengkel tempoh hari, DVD ini turut memuatkan tiga modul yang disampaikan oleh pengasas MYRYL, Puan Shuhada Alauddin. Beliau merupakan pakar Pembentukan Personaliti, Terapi Warna dan Analisis Perlakuan. Puan Shuhada juga merupakan seorang yang pernah melalui perubahan kerjaya sebelum ini. Modul-modul yang disediakan ini membincangkan topik tertentu bagi membantu setiap individu menghasilkan apa yang diingini. 
Teknik Diagnosis Warna  dan Nombor Diri
Dalam DVD ini, Puan Shuhada berkongsi tentang bidang kepakaran dan juga pengalaman beliau dengan tujuan untuk membantu orang ramai untuk mengenalpasti apa yang mereka inginkan, apa yang mereka boleh jangkakan dan juga langkah yang perlu diambil tatkala membuat perubahan kerjaya atau pun memulakan perniagaan baru.
Cara Kira Nombor Luaran
Maksud Warna Dalaman

Maksud Warna Luaran
“People always have a dream job that they wish they could be doing and most often these people already have a steady career that has nothing to do with their dream job. So to get started all over again and do their dream job [even without leaving their current job] is going to be scary and normally people will choose to let it go and let it remain a dream.  So that’s what I’m trying to do here today; help them see and charter the way so that it can reduce their anxiety about starting from square one and hopefully get them one step closer to their dream” – kata Shuhada yang mempunyai pengalaman sendiri tentang pertukaran kerjaya apabila beliau membuat keputusan untuk meninggalkan kerjaya beliau sebagai peguam dalam bidang korporat selama 10 tahun bagi memulakan MYRYL dan kini menjadi perunding dan pakar dalam pembangunan personaliti, terapi warna dan analisis perlakuan.

Jadi, dapatkan DVD Colours & Career dari MYRYL ini secepat mungkin. Tak rugi! Dan yang bestnya; ia mudah untuk difahami! Siapa yang Yatie galakkan untuk beli DVD ini? Sudah tentu korang yang punya impian macam Yatie untuk tukar kerjaya (hihihi) dan korang yang duduk jauh-jauh terutamanya yang menetap di borneo.

Untuk maklumat lanjut tentang bengkel selanjutnya, korang boleh ke www.myryl.net. Jika ada sebarang soalan atau nak dapatkan maklumat, korang boleh emel ke ask.us@myrylpoint.net. Media contact; Nadhir Nordin (nadhir@myrylpoint.net) - 019 9390135.

Salam Sayang, 
DYatie. 
-------------------------------------------------------------------------------- 
Nak dapatkan Instant Shawl Labuh, Shaklee & Barangan Wanita
Jemput ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop

 Ingin mendapatkan khidmat "SHOOT & BURN"? 
Hubungi Lee Mohd Ali sekarang!
Read more>>>

Tuesday, July 14, 2015

Kronologi Kelahiran Nur Aflah Dayyina

Pengalaman melahirkan Nur Aflah Dayyina | Assalammualaikum. Hai korang! Dah balik kampung? Seronok bila tengok kawan-kawan buat persediaan raya. Yatie? Hehehe. Dah seminggu berpantang. Sementara masih segar dalam ingatan dan punya kelapangan waktu, Yatie nak kongsi pengalaman melahirkan puteri kedua kami. 

6 Julai 2015
EDD Yatie; 6 Julai 2015. Masa dapat tahu EDD, Yatie memang ada berharap semoga si adik keluar 7 Julai sama tarikh dengan Yatie. Hehe. Malam tu Yatie memang ada rasa adik mengeras. Sebenarnya beberapa malam sebelumnya juga adik kerap mengeras. Tapi, dalam lingkungan jam 10 / 11 malam. Selepas itu semuanya seperti biasa. Tak ada rasa kontraksi.



7 Julai 2015
Yatie bangun solat Subuh. Sembang-sembang sekejap dengan mak mentua. Mak tanya Yatie tak ada rasa apa-apa ke? Hehe. Lepas solat Yatie duduk sekejap. Ingat nak sambung mengaji. Tiba-tiba rasa kontraksi sekejap. Yatie duduk bersandar, tertidur dan tersedar dalam setengah jam kemudian sebab ada rasa kontraksi. 

Suami, mak dan ayah keluar cari barang dapur. Yatie menolak untuk ikut sekali. Badan rasa tak sedap. Yatie makan, minum secukupnya. (Ye, tak puasa hihi). Suami balik Yatie terus bagitau yang Yatie dah ada rasa kontraksi yang agak kerap. Yatie SMS mak dan sudah tentu mak terus suruh Yatie ke hospital. 

Yatie mandi, kemudian solat Zohor dan solat Hajat. Tak bagitahu mak mentua pun, Yatie cuma bagitahu suami. Terkejut juga mak tiba-tiba suami cakap nak ke hospital. Hehe. Masa nak pergi, satu hal yang amat menyedihkan ialah tinggalkan si kakak. Peluk cium kakak. Kakak memang nangis nak ikut. Nasib baik ada Ateh nya.

Sepanjang jalan nak ke hospital Yatie terus baca doa Nabi Yunus. Set 'contraction timer', Yatie  kontraksi Yatie selang 4 minit dengan tempoh masa lebih kurang 30 - 40 saat. Kami sampai hospital dalam jam 2.20 petang. Yatie cuma sempat SMS mak minta ampun minta maaf dan redha segalanya. Yatie daftar, check BP dan nadi. Tinggi dari kebiasaan. 

Jam 2.50 petang Yatie ke tandas, dan tengok dah keluar tanda darah. Yatie maklumkan pada nurse di kaunter dan Yatie diarahkan untuk ke ruangan untuk monitor jantung adik dalam tempoh 20 minit. Syukur Alhamdulillah masa tu ada sister bawa 2 orang budak praktikal. Ada la soalan dari budak-budak ni. Cuma masa kontraksi yang kuat, kena soal Yatie rasa nak marah pun ada. Haha. 

Sister tengok bacaan macam tak normal. Bukan Yatie yang tak normal tapi mesin tu rupanya rosak. Huhu. Bila Yatie mengalami kontraksi, ada satu bacaan tu tak bergerak langsung yang mana ia sepatutnya 'menaik' bila Yatie mengalami kontraksi. Sister tanya samada Yatie kontraksi tahap nak meneran ke? Yatie sungguh-sungguh jawab ye sebab sesungguhnya masa tu Yatie nak meneran.

Kalau ikut yang jaga mesin tu, dia nak Yatie ulang semula bacaan dan suruh Yatie kencing. Yatie menolak sebab Yatie takut lain jadinya. Huhu. Sister pun tak bagi dan di suruh segera ke bilik VE. Di bilik VE, bacaan Yatie dah 8 cm. Dan dengan segeranya Yatie diarahkan ke labor room. Masa tukar baju, Yatie memang dah tak tahan. Huuu.

Doc buat VE, pecah air ketuban dan VE semula; F. Doc terus suruh teran. Semua yang ada terkejut. Masing-masing ambil tempat dan sediakan apa yang patut. Yatie sendiri pun rasa macam tak teratur meneran. Haha. Sebab segalanya berlaku dengan pantas. Jam 4.12 petang, lahirnya amanah Allah untuk Yatie dan suami. 

Adik diletakkan di dada Yatie. Allahhuakbar. Kuasa Allah. Segalanya Allah permudah. Terima kasih Allah perkenankan doa Yatie. Masa proses mengeluarkan uri, baru semua perasan yang suami Yatie tak dipanggil. Haha. Tak ada siapa yang ingat termasuk Yatie sendiri sebab semuanya sangat pantas. 

Yatie tengok whatsapp husband jam 3.05 petang tanya sela masa untuk bersalin. Hihi. Terkejut dia jam 4.30 petang nurse dah bawa anak perempuan dia keluar. Bak kata suami, "dah la awak bersalin tak tunggu saya". Haha. Yatie jawab, "Itu pun nasib baik saya tak bersalin dekat ruangan monitor jantung baby". Huuu. Apa pun syukur Alhamdulillah.

Ramai yang cakap best nya sekejap je dah bersalin. Sister masuk LR terkejut tengok dah selesai. Budak praktikal yang 'interview' awal tadi mencari nak ucap terima kasih pun terkejut tengok Yatie dah proses menjahit. Ye. Ada sedikit jahit tapi bukan episotomi. Alhamdulillah.

Dengan ini Yatie perkenalkan puteri kedua kami, adik kepada Nur Arissa Batriesya; Nur Aflah Dayyina. Semoga Nur Aflah Dayyina menjadi anak solehah yang memberikan cahaya keindahan buat semesta alam, taat beragama dan berjaya dalam hidup. Allahhummaamiin.

Hari Pertama
Hari Ketujuh
NUR AFLAH DAYYINA MOHD FADHLIL RAHMAN
07.07.2015
4.12 PM 
3.2 KG
Alhamdulillah. Dipermudahkan segala urusan sepanjang mengandung dan bersalin kali ini. Diperkenankan oleh Allah segala doa dan pengharapan yang diserahkan kepadaNya untuk semuanya berjalan lancar, normal dan dipertemukan dengan doktor serta jururawat yang lemah-lembut serta baik belaka. Diizinkan oleh Nya untuk Yatie berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anak dan masih dipinjamkan nyawa untuk bersama insan-insan yang Yatie kasihi dan cintai sampai mati.

Nak baca pengalaman melahirkan kakak NAB? Kronologi Kelahiran Nur Arissa Batriesya.
Read more>>>

Sunday, July 5, 2015

2nd Pregnancy Journey; Satu Hari Sebelum EDD

Menunggu Kelahiran Khalifah Allah | Assalammualaikum. Pejam celik hari ini dah 5 Julai 2015. Ini bermakna esok 6 Julai 2015; tarikh jangkaan bersalin anak kedua Yatie. Allah SWT sahaja yang tahu bertapa hati ini tak sabar untuk melahirkan seorang lagi umat Muhammad serta bertapa cuaknya dalam hati untuk berdepan dengan proses kelahiran yang tidak ada siapa boleh duga atau ramal 'rezeki'nya. 

 

Yatie dah mula cuti sejak Isnin lepas. Ambil cuti rehat seminggu sebelum tarikh jangkaan sebab perancangan kali ini melahirkan anak di negeri ayahnya; Ipoh. InshaAllah lepas 2 minggu kami berangkat ke Sarawak. Ada juga yang mempertikaikan perancangan kami ini tapi Yatie serahkan pada Allah SWT mohon kesihatan yang baik dan perlindungan-Nya.

Yatie juga sedaya upaya untuk menghabiskan masa dengan kakak; Nur Arissa Batriesya. Ragamnya sudah tentu semakin banyak menduga kesabaran mak ayah tapi Yatie tahu tu semua sebenarnya untuk menarik perhatian kami suami isteri dan orang sekeliling. Nak marah lebih-lebih pun tak guna. Ada dia kisah? Tak sampai 1 minit kena marah, dia buat semula macam tak ada apa yang berlaku. 



Buat kakak NAB, maafkan mak jika mak terlampau tegas dalam membesarkan kakak sepanjang tiga tahun ini. Bukan tak sayang, tak mak mahu kakak jadi anak yang kuat! Kasih sayang mak tidak akan pernah berkurang walau sedikit pun terhadap kakak. InshaAllah, panjang umur mak akan pastikan kakak tak akan rasa terabai atau tersisih dengan kehadiran adik. Mak yakin kakak akan jadi kakak yang baik untuk adik-adik nanti. Allahhummaamiin.

Di kesempatan ini Yatie memohon kemaafan dari semua yang mengenali Yatie. InshaAllah, panjang umur bertemu lagi kita di lain entri. Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah SWT. Semoga segala ibadah kita diterima oleh Allah SWT. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lembayung rahmat kasih sayang Allah SWT. Mohon dihalalkan mana yang terlebih dan terkurang dari Yatie. 

p/s: luahan hati seorang wanita yang berada di penghujung kehamilan. ;)

Salam Sayang,
DYatie.
Read more>>>
"Ya Allah, peliharalah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina, dan sihatkanlah mereka. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, jadikankah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Amin.

Iklaneka

Popular Posts

Copyright © Kalam D'Yatie Designed by azhafizah.com