Wednesday, April 22, 2015

ZIKRA 2015 #2; Bertemu Asnaf-Asnaf | KBBA

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Yatie sambung sesi Jelajah Kasih Bersama Asnaf; Program ZIKRA 2015, Lembaga Zakat Selangor (LZS). Selepas melawat Kompleks Asrama Anak Asnaf Fakir dan Miskin (Bait Al-Hasanah), kami teruskan kembara Jelajah Kasih Bersama Asnaf ini ke lokasi penerima bantuan zakat yang lain.

Menerusi program ZIKRA ini, kita tahu kemana hala tuju duit zakat yang telah dibayar oleh umat Islam kepada LZS. Atas sebab itu Yatie memuji usaha LZS menjadikan program ZIKRA ini sebagai acara wajib setiap tahun.

Butik D'Qaseh
Persinggahan pertama kami ialah di Butik D'Qaseh yang dimiliki oleh Puan Siti Salbiyah. Beliau merupakan penerima bantuan modal perniagaan bagi daerah Klang.



Puan Siti Salbiyah merupakan ibu tunggal yang mempunyai empat orang anak masih belajar dan mula menjadi asnaf LZS pada tahun 2010. Antara bantuan yang diterima termasuklah bantuan makanan dan kewangan bulanan, bantuan sewa rumah dan bantuan pendidikan untuk anak-anak.Yatie suka tengok wajah ceria Puan Siti Salbiyah menyambut kehadiran kami. Dan pada saat dia mengucapkan sepatah dua kata, wajah dia tak berhenti mengukir senyum. 


Haaaa. Bagi yang berdekatan, boleh buat tempahan baju disini. Beli baju yang dah siap pun boleh. Ada banyak baju dalam butik. 
____________________________________________________

Jelajah Kasih diteruskan ke rumah Encik Jali yang merupakan penerima bantuan bina rumah bagi daerah Klang. Simbolik penyerahan mock up kunci disempurnakan oleh Y.A.D Dato' Setia Mohd Tamyes Wahid iaitu Mufti Diraja Negeri Selangor.

Penyerahan Mock Up Kunci


Encik Jali mula menerima bantuan dari LZS sejak tahun 2014. Antara bantuan yang diterima termasuklah bantuan hari raya dan bantuan pembinaan rumah tiga bilik yang bernilai RM48,800.

Acara Tanam Pokok
Pada hari itu kami turut dijamukan dengan kuih-muih dan juga air sirap oleh keluarga Encik Jali. Alhamdulillah. Dan dapat juga kad jemputan inshaAllah bulan Mei nanti beliau akan menerima menantu. Tahniah Yatie ucapkan. Ada kelapangan Yatie akan pergi.
____________________________________________________

Selepas itu, kami ke rumah penerima bantuan modal perniagaan juga untuk penyerahan kaki palsu. Encik Saharune merupakan asnaf bagi daerah Kuala Langat. Beliau merupakan OKU yang dilahirkan tanpa kaki kiri dan menjalankan perniagaan sate untuk menampung kehidupan.


En Saharune mempunyai tanggungan isteri dan lima orang anak. Beliau mula menerima bantuan zakat pada tahun 2014. Antara bantuan zakat yang diterima ialah bantuan hari raya, sewa rumah dan pendidikan. Beliau merupakan asnaf yang disasar keluar pada tahun 2015.

Pemasangan Kaki Palsu
Dalam ucapan beliau pada hari itu, beliau berharap dapat dikeluakan dari asnaf dan menjadi salah seorang pembayar zakat pula. Allahhummaamiin.


Untuk pengetahuan korang, selama ni dia pakai kaki palsu yang beliau buat sendiri yang diperbuat dari batang nangka. Subhanallah. Kreatif sungguh kan? 
____________________________________________________

Terserlah kegembiraan di wajah setiap asnaf menyambut kunjungan kami. Bukan sekadar disambut dengan senyuman tetapi juga ada jamuan ringan turut disediakan sedangkan rasanya tak perlu untuk buat sedemikian. Tapi mereka tetap juga mahu menjamu. Lagipun memberi/bersedekah tidak akan menjadikan kita seorang yang rugi. Kan?

Besar harapan Yatie semoga umat Islam yang bekerja di negeri Selangor khususnya dan seluruh umat Islam amnya membayar zakat. Zakat yang kita bayar itu adalah untuk membersihkan diri dan harta, inshaAllah dan lihatlah apa yang LZS buat dengan duit zakat tersebut; ia membantu ramai orang. Dan sebenarnya ada lagi asnaf yang menerima bantuan tetapi jelajah kami tempoh hari sempat bertemu tiga asnaf sahaja.

Selepas itu kami ke mana pula? Tunggguuuu.. :)

Salam Sayang, 
DYatie. 
-------------------------------------------------------------------------------- 
Nak dapatkan Instant Shawl Labuh, Shaklee & Barangan Wanita
Jemput ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop

 Ingin mendapatkan khidmat "SHOOT & BURN"? 
Hubungi Lee Mohd Ali sekarang!
Read more>>>

Monday, April 20, 2015

ZIKRA 2015 #1; Bait Al-Hasanah | KBBA

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

ZIKRA merupakan singkatan bagi ‘Program Ziarah Korporat dan Media Bersama Asnaf' yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi tujuan untuk bersama kongsi kejayaan zakat. Ini merupakan usaha LZS untuk dedahkan aktiviti agihan secara langsung kepada umat Islam. Program ini merupakan program tahunan LZS. Tahun ini program ini bertemakan 'Jelajah Kasih Bersama Asnaf'  dan LZS memilih medium blogger iaitu Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)
 


Seawal jam 8 pagi kami telah berkumpul di Lembaga Zakat Selangor. Yatie pergi bersama Allene dari Cheras. Sarapan pagi disediakan untuk kami sebelum 'penjelajahan' bermula. Kami turut diberikan penerangan ringkas tentang perjalanan hari tersebut yang mana kami akan menziarah 6 lokasi. Pada masa ini kami berkesempatan beramah mesra dan merapatkan lagi ukhwah sesama blogger dan juga pihak korporat serta LZS.

 


Kami naik enam buah kenderaan dan Yatie, Allene, Yaya, Adik Yaya, Aten dan Kak Liza naik Van (kenderaan no 6). Oh ye! Sebelumnya ada Anil dan Kak Mas tetapi kemudian diorang berpindah ke kenderaan lain. Pengalaman pertama Yatie sendiri bila perjalanan diiring oleh polis depan belakang. Pengiring kami dalam Van ialah Ima Syuhada. Sepanjang perjalanan ke setiap lokasi beliau memberikan penerangan tentang aktiviti-aktiviti LZS.

Lokasi pertama kami ialah ke Kompleks Asrama Anak Asnaf Fakir dan Miskin (Bait Al-Hasanah) yang bermaksud Rumah Yang Baik. Lokasi Bait Al-Hasanah ialah di Kg. Perepat Klang yang menempatkan seramai 168 orang pelajar dari umur 10 hingga 16 tahun. 


taklimat ringkas
Kami melawat sekitar Bait Al-Hasanah dan diberi penerangan oleh Pengurus Besar Pejabat Agihan, En Abdul Basith Hamid sepanjang lawatan. 

bilik gerakan naqib
laman pahlawan
perpustakaan lelaki
bilik bincang
perpustakaan perempuan
Bait Al-Hasanah telah beroperasi pada tahun 2009. LZS menyediakan kemudahan asrama yang kondusif dan selesa untuk anak-anak asnaf. Kami dimaklumkan yang anak-anak asnaf ini datangnya dari pelbagai latar belakang serta cerita. Dengan kemudahan yang ada di asrama ini seperti perpustakaan dan bilik komputer serta kemudahan-kemudahan yang lain, inshaAllah mereka akan dapat belajar dengan tenang. 

bilik asrama
Gambar bilik di atas gambar bilik lelaki. Hehe. 4 katil double decker disediakan untuk memuatkan 8 orang tetapi setakat ini kebanyakannya 6 orang sahaja bagi satu bilik. Kami dimaklumkan bahawa setiap bilik di cat dengan warna yang berbeza mengikut psikologi.

Para pelajar di sini turut didedahkan dengan pelbagai program pembangunan yang dapat meningkatkan aspek spritual daninterlektual agar berjaya pada masa hadapan. LZS kini turut dalam perancangan untuk membina kompleks yang sama di Sepang, Banting dan Hulu Selangor.

barisan blogger dan korporat
Menariknya, Mufti Selangor dan CEO LZS juga turut mengikuti program ZIKRA ini.

Doa dan harapan Yatie juga semoga anak-anak yang menetap di sini dapat memanfaatkan segala kemudahan yang diberikan di asrama Bait Al-Hasanah. Semoga segala urusan LZS dan pelajar di sini lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Nak tahu lagi kemana hala tuju duit zakat yang di bayar ke Lembaga Zakat Selangor? Nantikan sambungan Jelajah Kasih Bersama Asnaf 2015 ini. ;)

Salam Sayang, 
DYatie. 
-------------------------------------------------------------------------------- 
Nak dapatkan Instant Shawl Labuh, Shaklee & Barangan Wanita
Jemput ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop

 Ingin mendapatkan khidmat "SHOOT & BURN"? 
Hubungi Lee Mohd Ali sekarang!
Read more>>>

Friday, April 17, 2015

Majlis Menandatangani MOU Rakan Korporat Aman Palestin | KBBA

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Ahad, 11 April 2015; Alhamdulillah Yatie berpeluang untuk turut hadir ke Majlis Menandatangani MOU Rakan Korporat Aman Palestin bersama Duta Palestine dan Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA). Alhamdulillah pada hari tersebut KBBA secara rasminya telah dilantik secara rasminya sebagai blogger Aman Palestin. 

Majlis Menandatangani MOU Rakan Korporat Aman Palestine
Aman Palestin merupakan sebuah NGO yang ditubuhkan bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan selain melibatkan diri dalam projek-projek kebajikan dan kemanusiaan khusus untuk rakyat Palestin. Yatie yakin ramai yang ambil tahu tentang isu Palestin kan? Untuk makluman semua, tahun ini Aman Palestin memfokuskan kepada Pembangunan dan Pemulihan Gaza selepas diserang selama 51 hari pada Ramadhan tahun lepas. Pejam celik, sebentar sahaja lagi kita bakal bertemu Ramadhan kembali. Majlis berlangsung di Hotel Bangi-Putrajaya dan Yatie ditemani oleh suami serta anak yang dikasihi. 

Majlis sudah tentu dimulai dengan ucapan alu-aluan dari pihak Aman Palestin dan juga bacaan doa. Seterusnya, ucapan dari wakil Az Zahrah, Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin dan juga KBBA.

Ucapan Wakil Az Zahrah
Ucapan CEO Aman Palestin
Ucapan Wakil KBBA
Siapa wakil KBBA? Haaa. Dengan hormatnya Yatie perkenalkan Razi, pemilik www.razzwey.com. Tahniah Razi kerana sedikit sebanyak berjaya memecahkan tembok kegugupan di khalayak ramai. Thumbs up! Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan sesi tandatangan MOU dan juga kontrak duta.

Sesi Tandatangan Corporate Partnership antara Aman Palestin dengan Hospital Az Zahrah
Sesi Tandatangan Kontrak Duta Aman Palestin
Untuk makluman korang, dalam majlis ini juga ada Majlis Pembaharuan Kontrak Duta Aman Palestin iaitu Heliza AF5 dan Maulana AF8. Kami juga turut dihiburkan dengan persembahan kedua-dua duta ini dengan lagu masing-masing, La Tahzan dan Aman. 

Maulana AF8 - Aman
Heliza AF5 - La Tahzan
Korang mesti dah tahu kan yang Heliza dah pernah pergi ke sana bersama Aman Palestin. Dan video lagu La Tahzan itu adalah video yang dia ambil dari handphone sendiri sepanjang berada di sana. Sebak rasanya bila diceritakan pada kami bila penduduk di sana makan sup dari cebisan kotak. Allahhuakbar. Besarnya dugaan untuk mereka di sana. Bukan itu sahaja, 100 letupan setiap hari juga kini merupakan satu perkara biasa buat mereka. Satu lagi yang Yatie kagumi dengan Heliza, dia sangat berani dan cekal hati untuk ke sana.  

Pelancaran Buku Diari Seorang Mujahidah-Kembara Syria
Majlis pada hari itu juga turut diisi dengan pelancaran buku Diari Seorang Mujahidah yang ditulis oleh Heliza Helmi. Ia menceritakan pengalaman dan cabaran yang Heliza lalui sewaktu menyertai misi kemanusiaan.

Penyerahan Sumbangan Tabung Pembangunan Gaza oleh UniKL
Akhir sekali sebelum aktiviti bersama Heliza, UniKL menyerahkan sumbangan bernilai RM28,650 kepada Aman Palestin. Aman Palestin mensasarkan kutipan sebanyak RM50 juta untuk Tabung Pembangunan Gaza bagi membiayai projek-projek di Palestin serta bantuan lain seperti perubatan, persekolahan dan sebagainya. Aman Palestin turut mensasarkan sebanyak 30 syarikat korporat yang akan bekerjasama dengan Aman Palestine sehingga penghujung tahun ini.

Tiada yang lain selain dari mendoakan semoga Aman Palestin mencapai sasaran. Semoga kerjasama bersama syarikat korporat, para duta dan KBBA akan dapat membantu Aman Palestin untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. InshaAllah, usaha dan niat yang murni akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Jika korang nak memberi sumbangan juga tiada masalah. 

klik gambar untuk ke laman rasmi Aman Palestin

Barisan VVIP pada majlis tersebut. :)
sebahagian ahli Kelab Blogger Ben Ashaari yang hadir
Tengok wajah kami masing-masing ada Nur.. Hihi. Tapi sebenarnya Yatie tak pandai edit kecerahan nak bagi jelas. Hehe.
 



Alhamdulillah. Ini merupakan pengalaman yang sangat berharga buat Yatie. Dikesempatan ini Yatie nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Ben Ashaari dan rakan-rakan blogger KBBA. Terima kasih juga kepada Aman Palestin! :)

Heliza, Kakak dan Mak Tumpang Sekaki :p
 Last but not least,

kakak tak sabar masuk syiling dalam tabung ;)
Maklumat lanjut dan lebih pantas, korang boleh terus ke:

Salam Sayang, 
DYatie. 
-------------------------------------------------------------------------------- 
Nak dapatkan Instant Shawl Labuh, Shaklee & Barangan Wanita
Jemput ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop

 Ingin mendapatkan khidmat "SHOOT & BURN"? 
Hubungi Lee Mohd Ali sekarang!
Read more>>>

Wednesday, April 8, 2015

Lone Ranger

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

"sorang je ke?"
"ko ni kan dari dulu memang lone ranger je."

Lone Ranger bukan nama sebuah filem Hollywood tetapi bermaksud sentiasa bersendirian/berseorangan ke mana sahaja. 

Dulu, Yatie selalu rasa kasihan bila tengok ada yang jalan-jalan seorang, makan seorang dan duduk sendirian di tempat orang ramai seorang. Yatie rasa macam seolah-olah dia tak ada kawan atau teman. Kadang-kadang Yatie rasa macam nak dekat dengan orang tu supaya dia ada kawan. Tapi, tak pernah buat sebab takut. Haha. Tiba-tiba je kau nak pergi dekat dia cakap nak berkawan. Silap-silap dia lari, kau yang malu. Hahaha.

Yatie tak pasti sejak bila tapi rasanya sejak kerja di KL semula, Yatie lebih seronok sendiri. Apatah lagi awal-awal dahulu Yatie memang sendirian di sini tanpa suami dan anak jadi Yatie dah terbiasa. Kemana-mana sendiri, makan sendiri, minum sendiri. Dan semua itu juga berlaku di pejabat. Mungkin faktor usia, faktor jawatan atau faktor bahagian. Yatie sendiri kurang pasti. Tetapi, apa yang pasti Yatie baik-baik sahaja dengan itu.

Bagi Yatie, bila sendiri kita bebas bergerak kemana sahaja tanpa perlu berjanji / menanti. Sebab bila kita pergi secara berkumpulan makanya semua tindakan perlu juga berjemaah. Tetapi, bukan bermakna Yatie tak berkawan. Cuma dalam bahagian Yatie sekarang Yatie yang muda belia kononnya dan kawan-kawan seusia semua bahagian lain. Kebiasannya bila terjumpa kami hai hai hello hello macam tu. Bila berjumpa menjemah tak ingat. Haaaa. 

Yatie pernah terfikir. Mesti orang kasihan juga tengok Yatie berseorangan sebab tu diorang cakap macam yang kat atas tu sepertimana suatu ketika dahulu Yatie kasihan tengok orang lain. Hihi. Tapi, tak kisahlah orang nak fikir apa pun sebab yang penting Yatie selesa dan baik-baik sahaja. Tak ganggu orang, dan sudah tentu tidak menyusahkan orang lain. Bila jatuh, bangun sendiri. Gituu. Haha.

Korang macam mana? Selesa tak berseorangan atau macam Yatie dulu, bila seorang nak pergi makan pun tak nak. Sebab malu.. Hehehe.. Cecite.. Cecite! ;)

Salam Sayang, 
DYatie. 
-------------------------------------------------------------------------------- 
Nak dapatkan Instant Shawl Labuh, Shaklee & Barangan Wanita
Jemput ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop

 Ingin mendapatkan khidmat "SHOOT & BURN"? 
Hubungi Lee Mohd Ali sekarang!
Read more>>>

Monday, April 6, 2015

Amalan Bungkus Lebihan Makanan

Bismillahirrahmanirrahim.

Amalan bawa balik lebihan makanan makan di kedai. Siapa pernah buat? Yatie sebelum ni pernah juga bungkus bawa balik tapi jika kuantiti yang banyak contohnya; Arissa makan nasi ayam tapi tak luak walau separuh atau Arissa kami order canai telur tapi dia makan telur separuh masak ayah dia sampai habis. Haaa. Kami biasa bungkus kalau macam tu. Kuantiti yang banyak kata orang.

Tetapi, kalau korang tengok gambar dekat bawah ni; kuantiti nasi sangat sedikit kan? Arissa makan pun tak cukup. Hahaha. Inilah dia penangan GST bagi Yatie, jimat selagi boleh. 

JM Beriani
Bungkus Lebihan Makanan Masa Makan di Kedai
Itulah nasi dan lauk yang Yatie bungkus bawa balik. Mungkin orang akan kata kedekutnya minah ni. Haha. Tapi, dah boleh bungkus apa salahnya bungkus. Boleh buat makan sarapan pagi esoknya. Alhamdulillah. Jimat portion breakfast Yatie pagi semalam. Lepas tu pening sampai tengahari sebab kambing. Sobs! Macam tak boleh makan kambing je pregnant kali ni. Huhu.

Ok lah. Esok Yatie cerita Yatie bungkus makanan kat mana ok. ;)

Salam Sayang, 
DYatie. 
-------------------------------------------------------------------------------- 
Nak dapatkan Instant Shawl Labuh, Shaklee & Barangan Wanita
Jemput ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop

 Ingin mendapatkan khidmat "SHOOT & BURN"? 
Hubungi Lee Mohd Ali sekarang!
Read more>>>

Friday, April 3, 2015

2nd Pregnancy Journey; Bedung, Barut & Tungku Bayi dari 'bedungbarutbaby'

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Hari ini Yatie dah 26 minggu 5 hari; 6 bulan 2 minggu 5 hari. Yatie dah perlahan-lahan beli barang untuk adik Arissa. Tak banyak sangat pun. Yatie cuma tambah mana yang patut. Pakaian insyaAllah Yatie tak beli lagi sebab dah rembat tempoh hari di Pureen Clearance Sales

Semalam, Yatie dah terima bungkusan dari Shaz Bedung & Barut Baby. Subhanallah seronoknya! Sebab barang yang diterima exactly sama dengan yang dilihat dalam IG Shop. Kualiti material yang tip top dari cotton flannel. Warna yang buat rasa nak kunyah-kunyah sebab menarik dan comel belaka. Puas hati! Ini serius!

bedung barut baby
bedung, barut, tungku dan herba mandian
Menarik tak warna bedung, barut dan tungku bayi dari Shaz Bedung Barut Baby ni? Menarik tertarik da boom kan?! Yatie memang berkenan sangat dengan warna-warni ceria sebegini. Warna-warni macam ni mampu memberikan kita aura bahagia dan ceria tau! ;)

Harganya sudah pasti berpatutan seiring dengan kekemasan dan material yang berkualiti. Yatie memang agak cerewet dalam membeli jadi Yatie dah survey lama dah. In fact, sebelum mengandung Yatie dah set dalam minda nak tempah dari Bedung Barut Baby. 

Jika korang sedang mencari barang persediaan untuk menyambut kelahiran anak syurga, Yatie syorkan korang cuci mata di Shaz Bedung & Barut Baby. Yatie sertakan sekali pautan untuk korang cuci mata, ok! 

Instagram: bedungbarutbaby

Salam Sayang, 
DYatie. 
-------------------------------------------------------------------------------- 
Nak dapatkan Instant Shawl Labuh, Shaklee & Barangan Wanita
Jemput ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop

 Ingin mendapatkan khidmat "SHOOT & BURN"? 
Hubungi Lee Mohd Ali sekarang!
Read more>>>

Thursday, April 2, 2015

2nd Pregnancy Journey; HB Awak Low Ni...

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Yatie mendaftar dan buku merah jambu kali ini agak lambat. Usia kandungan dah 12 minggu kalau tak silap. Seperti biasa prosedur urine test, timbang berat dan hb test. Rekod Yatie pada hari pertama check up, nurse ambil darah 3 kali sebab tak puas hati dengan hb. 
  • Bacaan pertama; 10.6
  • Bacaan kedua; 10.4
  • Bacaan ketiga; 11.0
Nurse cakap, 'hb awak low ni. sebelum ni (1st pregnancy) ada masalah ni juga ke.' Yatie jawab dengan yakinnya 'tak ada' sebab tak pernah pun nurse cakap HB Yatie low. Nurse ambil rekod bacaan yang ketiga. 

Bacaan HB sebaiknya 12 ke atas. Bacaan 11 tu dah kira border. Nurse nasihatkan Yatie untuk ambil makanan yang boleh naikkan HB. Antaranya ialah, makan kerang dan sayuran hijau. Nurse juga suruh Yatie ambil 2 biji iron tablet. Katanya; jangan makan iron dengan air susu. Sebaiknya dengan jus oren atau sekurang-kurangnya limau ais. Sebab minuman masam ni bagus untuk penyerapan zat besi yang optimum. Macam tu juga kalau dah makan makanan yang mempunyai kandungan zat besi tinggi. Jangan nak minum milo ais ke horlick ais ke. 

Nurse cakap dia bukan nak menakut-nakutkan Yatie kalau HB masih berterusan rendah. HB low akan buat wajah ibu mengandung pucat lesi, lemah dan lembik. HB low juga yang paling ditakuti boleh menjadi punca anak meninggal dalam perut (nauzubillahhiminzalik). Sebab apa? Sebab bila darah tak cukup, oksigen pun tak cukup. Jadi, macam mana nak salurkan oksigen tu kepada anak? Haaa. Cuak tak korang kalau dengar benda macam tu keluar dari mulut nurse? Yatie cuak kot. Huhu.

Yatie ikut nasihat nurse. Makan makanan yang kaya dengan zat besi. Kerang banyak kali juga sebab suami Yatie sekarang memang selera nak kerang. Kerang rebus homemade je. Puas hati makan beli sekilo. Hihihi. Dan selera Yatie memang lebih kepada ikan sekarang, bukan ayam. Minum pun sedaya upaya pilih minuman masam atau sekurang-kurangnya sirap. Kalau ikut tekak, lepas makan minum teh ais sedap oooo. Haha. Tapi, demi anak tercinta.

Yatie juga makan Vita-Lea Iron Formula Shaklee. Yatie tak makan iron tablet sebab Yatie kan Pengedar Sah Shaklee, jadi Yatie sendiri nak tengok keberkesanan suplemen yang Yatie jual. Alhamdulillah. Pengambilan sebiji Vita-Lea setiap hari diiringi dengan pengambilan makanan yang terbaik insyaAllah, bacaan HB Yatie baru-baru ini sangat memberangsangkan. Leganya Ya Allah. Semoga bacaan HB tu terus tetap macam tu hingga bersalin nanti.

Bacaan HB Yatie; 3 kali check up.
Yatie ambil gambar dari blogshop Yatie je. Tak jumpa pula gambar originalnya. Hehe. Alhamdulillah. Bila result 12.7 tu terkejut pun ye seronok pun ye. Nurse pun terkejut. Mungkin mendadak jugak kot naiknya. Dari 11 ke 12.7 dalam tempoh 20 hari. Berat badan? Ok. Tu jangan tanya. Hahahaha.

Panjang pula bebel. Pasal HB je pun. Hihi. Kalau nak tahu tentang kesan HB low ni kepada ibu mengandung dan anak yang di kandung, korang boleh ke SINI.

Betullah kata orang. Tak perlu bandingkan pengalaman kita dengan orang lain sebab sendiri mengandung untuk kali pertama kedua ketiga juga pengalamannya berbeza. Just enjoy the pregnancy moment.

Salam Sayang, 
DYatie. 
-------------------------------------------------------------------------------- 
Nak dapatkan Instant Shawl Labuh, Shaklee & Barangan Wanita
Jemput ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop

 Ingin mendapatkan khidmat "SHOOT & BURN"? 
Hubungi Lee Mohd Ali sekarang!
Read more>>>
"Ya Allah, peliharalah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina, dan sihatkanlah mereka. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, jadikankah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Amin.

Iklaneka

Popular Posts

Copyright © Kalam D'Yatie Designed by azhafizah.com