February 27, 2015

2nd Pregnancy Journey: Hi 2nd Trimester!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Dah 21 minggu 5 hari sibuk nak hai hai dengan 2nd trimester! Haha.

Alhamdulillah dah 5 bulan 1 minggu 5 hari kandungan Yatie hari ini. Terasa cepat masa berlalu sekarang. Masa trimester pertama tempoh hari terasa lambat menanti nak masuk 2nd trimester. Huhu.

Berbeza dengan mengandungkan si kakak yang bijak pandai, kali ini Yatie mengalami alahan. Pernah juga termuntah beberapa kali kot. Awal-awal masa tahu sah mengandung, dalam dua minggu juga Yatie mengalami sindrom sejuk bila balik kerja sampai ke malam. Siap pakai sweater pakai stoking tebal. Sejuk gila! Macam orang demam tapi tak demam. Sejuk je sampai tak nak bangun. Huuuu.

Kemudian bila sindrom sejuk hilang Yatie tak boleh nak cium bau orang masak. Alahan ni pun pada waktu petang. Ada satu hari Yatie sampai nak menangis masa suami tengah masak. Walaupun Yatie pakai tuala buat topeng ninja, bau tu menusuk juga ke lubang hidung ku. Huuu. At last, 4 bulan itu suami dan Arissa makan beli dari kedai je.

Yatie jarang makan malam. Yatie makan berat masa breakfast dan makan tengahari tak pernah skip. Sebab Yatie tahu malam Yatie tak boleh makan. Serius, cium bau nasi goreng suami dan Arissa makan Allahhu.. tiba-tiba jadi busuk. Huuu. Tekanan kot! Haha. Itu yang terasa lamanya alahai nak masuk 2nd trimester ni. Hihi.

Semuanya berakhir bila masuk 4 bulan kecuali sindrom kuat tidur dan malas! Okay! Ini sangat teruk bagi Yatie. Yatie dah beli domain untuk blogshop, Yatie dapat laptop baru (nanti Yatie review ye), Yatie tengah bersemangat dan Yatie tengah merangka macam-macam. Tup! Tup! Kalau tak mampu nak tahan, lepas Maghrib Yatie boleh tertidur. Biasanya lepas Isya' Yatie dah gedebum tidur sampai ke Subuh. Huuuu. Sedih tahu!

Nasib baik dekat office tak ada pula nak tidur. Haha. Kalau tidak, naya gue! Yatie bersyukur sebab alahan ni datang di petang hari. Bayangkan jika pagi atau tengahari. Sudah tentu banyak kerja Yatie akan terganggu. Dan Yatie besyukur sebab ada suami yang sangat ringan tulang (melebihi kebiasaan) dan anakanda bijak pandai yang sangat tak banyak ragam.

Sekarang, adik dah banyak bergerak. Tapi light light je. Ada cuba suruh si kakak pegang perut tapi adik tak bergerak pulak. Sama macam Arissa dulu, bila ayahnya nak rasa mula dia diam je jadi budak baik dalam tu. Hehe.

Apa pun, semoga adik dekat dalam sana sihat-sihat sahaja. 
Semoga Allah permudahkan segala urusan kami.

p/s: blog masih under construction. maaf jika tak semengah lagi wajahnya. hehe.

Jemputlah bertandang ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop untuk lihat info produk Shaklee, instant shawl, dan barang anak-anak.

Salam Sayang,
DYatie.
--------------------------------------------------------------------------------

 

February 26, 2015

Rezeki

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.


Rezeki yang Allah berikan pada kita ada dalam pelbagai bentuk. Bukan hanya sekadar nikmat kekayaan harta dan wang ringgit. Ada banyak lagi cabang rezeki yang wajib kita syukuri. 

Walaupun ada yang pertikai kita kenapa kita si isteri perlu bekerja, tak apa. Kita tahu apa niat kita, matlamat kita dan tahap kemampuan kita. 

Mungkin rezeki belum lagi untuk menjadi suri, tetapi Allah kurniakan kesihatan yang baik, pasangan yang memahami, anak-anak yang cerdik, teman sekerja yang menyenangkan, ilmu dan kemahiran yang bermanfaat, kebijaksanaan untuk dikongsi bersama. 

Nahhh. Nikmat yang mana satu mahu kau dustakan? 

Kadang-kadang, terasa hati juga bila ada yang pertikai tentang isteri bekerja. Seolah tidak percaya akan rezeki dari Allah. Seolah tidak sayang anak yang perlu dihantar kepada pengasuh mahupun taska. Seolah bekerja untuk memenuhi kehendak membeli-belah.

Setiap seorang itu ada bahagiannya masing-masing. Setiap seorang juga ada tujuan, matlamat dan impian. Sejujurnya Yatie juga mengutamakan mak bapak Yatie dalam setiap keputusan yang Yatie buat selain dari keluarga kecil Yatie sendiri. Jadi, Yatie belum mampu menjadi suri.

Yatie kagum dengan kawan-kawan sekeliling Yatie yang merupakan para suri berjaya dalam perniagaan. Berniaga Shaklee, buat tempahan design, buat roti, kek, pakaian, dan macam-macam lagi. Kawan-kawan sebegini yang memberikan aura positif pada Yatie setiap hari. InsyaAllah suatu hari nanti giliran Yatie pula.

Tak apa jika belum diizinkan menjadi suri. Asalkan kita dapat redha suami. Asalkan kita bukan kerja hanya kerana nak beli barang sendiri. Anak kita doakan semoga terpelihara di bawah lindungan Allah SWT, terhindar dari sebarang musibah dan perbuatan yang tidak baik.

Doa Yatie juga bukanlah nak suami jadi kaya raya (sebab nanti kalau kaya senang dia nak pinang Christine Suzanne, hahaha) tapi dilimpahkan dengan rezeki yang mencukupi yang boleh mencapai tujuan, matlamat dan impian kami bersama. Aamiiin.

Jika tidak di usia muda menjadi suri, insyaAllah umur panjang pencen nanti boleh menjadi suri dan sentiasa bersama suami ke masjid, surau dan majlis ilmu ditemani anak-anak dan cucu. Semoga Allah perkenan. :)

Salam sayang,
D'Yatie.

February 23, 2015

Review: MMOC Instant Wide Shawl

Bismillhirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Kalian sihat? Yatie Alhamdulillah sihat, InsyaAllah. Pergerakan adik NAB juga dah semakin jelas terasa. Semoga adik sihat-sihat sahaja dalam sana. Tak berkesempatan lagi nak tengok adik. Hehe.

Hari ini Yatie nak review tentang MMOC Instant Shawl yang Yatie kerap kongsikan di FB. Yatie nak kongsikan pada semua kenapa Yatie suka sangat MMOC Instant Shawl ini. 

MMOC Instant Shawl dibuat dengan ukuran standard iaitu 2 meter (panjang) dan 0.8 (lebar). Ukuran MMOC Instant Shawl ini adalah sama dengan ukuran Wide Shawl. Sebenarnya Yatie selesa juga perkenalkan MMOC Instant Shawl ini sebagai MMOC Instant Wide Shawl sebab bagi Yatie ia memang wide shawl.

Material MMOC Instant Shawl pula ialah kain chiffon. Material ini Yatie tahu ramai dah sedia maklum, ia tak panas. Dan sepertimana chiffon shawl yang lain; bagi tujuan menutup aurat dengan sebaiknya adalah perlu bagi kita untuk menggunakan inner neck yang agak labuh terutamanya plain shawl.

MMOC Instant Shawl juga sangat memudahkan Yatie. Yatie hanya perlu sarung dan adjust labuh yang Yatie kehendaki. Tak nak adjust pun tak apa. Bos Yatie cakap 'ok lah tu dayang. labuh macam tu'. Hehe. Tetapi, segalanya terpulang kepada si pemakai. Kan? Yatie tak perlu masa yang lama. Malah Yatie tak perlukan cermin sangat pun.

Nak tengok tahap labuh MMOC Instant Shawl? Ok. Rujuk gambar di bawah. Pemakaian MMOC Instant Shawl dalam gambar ini tanpa menggunakan satu pin pun. Labuh kan? :)

Plain Instant Shawl by MMOC
Dan gambar dekat bawah pulak Yatie adjust sedikit labuh. Yatie guna 2 pin kiri kanan untuk bagi kemas. Tahap labuh adalah terpulang pada kehendak masing-masing. 

Printed Instant Shawl by MMOC
Harganya murah sahaja.

Plain Instant Shawl: RM35
Printed Instant Shawl: RM45
Jannatul Alma Instant Shawl: RM39
Glitter Instant Shawl: RM40

Harga tidak termasuk pos

Jika berminat, korang boleh terus ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop untuk pemilihan warna dan corak yang dikehendaki. 

Salam Sayang,
DYatie.

--------------------------------------------------------------------------------

Promosi Beli 6 Percuma 1, Promosi Beli 3 Percuma 1, dan Promosi Beli 2 Diskaun 5% bagi produk Shaklee masih berlangsung. 

Info lanjut anda boleh lawati blog rasmi DYATIESHOP sekarang!

 

February 18, 2015

Farm In The City (FITC)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.


Ahad lepas, kami bawa Nur Arissa Batriesya ke Farm In The City di Sri Kembangan. Sebenarnya, Yatie baru tahu tentang Farm In The City ni lepas baca blog Ben Ashaari dan juga Yana Life 101. Farm In The City dah beroperasi sejak 2 June 2012 yang beralamat di Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan. Bagi yang tak tahu jalan jangan risau, taip sahaja Farm In The City - InsyaAllah korang akan sampai tanpa sesat jika tak derhaka. Hihi.


Kami gerak dari Cheras dalam pukul 9.30 pagi dan sampai di FITC jam 10.00 pagi dengan bantuan Waze sepenuhnya. Alhamdulillah. Cuaca sangat baik dan matahari pun dah mula naik. Tapi, paling awal boleh ke FITC pun jam 9.30 sebab FITC mula beroperasi jam 9.30 pagi bila hujung minggu dan 10.00 pagi pada hari bekerja. Orang kata, just nice sampai jam 10 pagi. Orang kata.. ;)

Sebelum Yatie ajak korang jalan-jalan FITC, Yatie nak ingatkan entri ini agak banyak gambar. Banyak tak banyak, Yatie rasa suami kena tingkatkan skop ambil gambar seperti seorang wartawan supaya tidak tertinggal walau satu info. Hehe. Tak apa. Ini 'job' pertama suami untuk blog Yatie secara rasmi. Hihi. So, biarkan gambar berbicara. 

An Eden of Nature & Animals
Anak dara yang excited
 "kura-kura! kura-kura boleh terbang.. jangan lepas.."
Berulang kali dia sebut dialog yang sama bila nampak gambar dekat atas tu. 
Penangan Pada Zaman Dahulu. 
Hihi.

Ayah & Anak sama level teruja nya. Hehe.
Sebelum sampai ke pintu masuk FITC, kita kena lalu souvenir shop terlebih dahulu. Kalau nak beli topi ke kipas ke untuk 'jorney' dekat dalam, bolehlah beli. Kami tak beli apa. Terus masuk dalam.

Mak & Anak kena ada jugak. ;)

Daftar di kaunter.
Dah turun tangga, terus ke sebelah kiri untuk beli tiket. Harga tiket bagi warganegara Malaysia;

Dewasa: RM30
Kanak-Kanak (bawah 12 tahun): RM25
Warga Emas (60 tahun ke atas): RM25

Yuran percuma bagi anak-anak yang ketinggian 90cm ke bawah.
  
Turtle & Tortoise Farm
 Turun tangga lagi, ke sebelah kiri juga korang akan terus jumpa "Turtle & Tortoise Farm".


Tengok ragam Nur Arissa Batriesya. Dia excited tetapi dia takut atau geli, Yatie kurang pasti. Jangan kata nak sentuh, nak bagi makan pun tak nak. Tapi bila sebut kura-kura dia teruja dan ulang ayat yang sama dekat atas tadi. Kura-kura terbang.. Hihi.


Ada pelbagai jenis penyu/kura-kura yang ada. Antaranya, pig nosed turtle. Tapi suami tak ambil gambar pulak. Huuu. Dinasour turtle tu mulanya Yatie ingat sekadar patung, rupanya betul. Nampak mata berkelip. Hihi.

Reptile
Kalau kualiti gambar macam ni memang tangan Yatie la. Hihi. Ular kat atas tu pun tak nampak. Yatie geli. So suami kena jadi wakil posing depan kandang ular. Huuu. Besar gila ular kat atas siling kaca tu. Suka fikir buruk kot tiba-tiba jatuh. Haha. Eee. Meremang bulu tengkuk ingat balik. 

Passion Fruit Garden
Markisa
Sebenarnya, bukan sekadar binatang je tau yang FITC pamerkan. Ada juga tanaman buah-buahan tempatan. Siap label lagi. :) Salah satunya buah markisa dekat atas tu. 

Bird Aviary
Kami teruskan penerokaan ke 'sangkar burung' pulak. Tapi kat sini bukan sekadar burung tau, ada ayam ada itik juga. Ayam itik burung semuanya bebas dalam sangkar besar ni. :)

suami yang cool!
ekspresi yang sangat tak cool ok. haha.
tapi bila dengan arissa kena la mak buat kuat hihihi,
Arissa suka itik walaupun tetap tak berani sentuh 
Itik berkeliaran jalan kedek-kedek. Hehe.
singgah sebentar di Savana Farm. Arissa memang tak toleh kambing & rusa ni. Huuu.
Dekat sini ada kangaroo tau. Tapi kami tak tengok dari dekat pun sebab Arissa nak keluar dah dari situ. Hihi. Sabar je lah. 

Vegetable & Fruit Farm
Tahu kenapa kami tak turun kat bawah tu? Sebab ada orang-orang kat belakang tuh ha. Arissa memang takut benda menyerupai manusia macam tu. Huuuu.


Tengoklah ragam Arissa dekat kandang arnab. Hihi. Memang dia sungguh-sungguh tak nak bagi makan arnab. Tapi tiba-tiba, dia tengok anak jepun bagi makan dia pun mula berani. Tapi bila dah arnab berkerumun kejar dia nak makan, apa lagi. Kecut semula. Haha.


Yatie cuba la nak tangkap anak ikan. Tapi tak berjaya langsung. Haha. Arissa? Dia dok ambil air masuk baldi kemudian buang balik dalam longkang. Huuuu.


Kemudian bagi ikan makan pulak. Arissa kemain excited tengok ikan-ikan ni berebut nak makan. "ica menang.." katanya. Nak lagi nak lagi dia bagi makan. 


Ada satu area kami skip. 'walk in the jungle' kalau tak silap. Tahu kenapa? Sebab ada iguana ni. Huu. Takut mak oi. Penjaga kata ada bersepah kat atas-atas pokok. Huuu. 


Sebelum keluar, ada satu area macam photobooth ni. Jadi bolehlah ambil gambar seisi keluarga dengan lebih proper. Hehe. 


Dekat area ni juga ada sangkar ular, burung kakak tua, telur ostrich, anak ayam dan lain-lain. Yatie tak sempat dah nak tengok satu-satu sebab anak dara dah kecoh lapar, nak makan. Huuu. Kesian dia.


Tapi, jangan risau nak kebulur ke apa. Sebelum keluar ada satu restoran bernama 'Kampung Style'. Tapi, jangan expect ada nasi campur pula. Hihi. Nasi lemak tu ada la. Dan banyak juga western. Kami order sandwich telur, nuget, french fries, choc cold dan ice lemon tea. Cost us RM24. :)

Ada satu lagi kaunter, kita boleh beli gambar kita. Ada certain tempat yang memang ada diorang nyer OP macam dekat tortoise & turtle farm dan ruang photobooth. Lepas dia ambil gambar, dia akan bagi kita satu kupon ada nombor siri untuk kita ambil gambar tersebut. Tapi, kami tak ambil pun sebab dah bawa dslr kan. Hihi. Arissa pula boleh dia langgar meja yang punya besar dekat situ. Haha. Mak dalam kalut pun gelak juga lah sebab anak buat lawak. Haha.

Pergi kaunter untuk check out dan kami pun terus beransur sampai Yatie tak ingat langsung pasal sijil untuk Arissa. Kan anak-anak dapat sijil kan kalau dah pergi situ. Huuu. Then, singgah sekejap di souvenir shop. Semua benda Arissa tak nak kecuali patung zirafah yang budak-budak biasa gantung kat beg tu. Suruh ambil yang besar tak nak langsung. Huhu. Tapi jimat juga duit mak ayah. Hoho. 

Family Package
Haaa. Last but not least, ini Family Package untuk anda. Menarik kan? Jangan risau, makanan yang Yatie bagi dekat haiwan-haiwan tadi semuanya percuma. Tak ada additional charge pun. Best kan?

Overall, Yatie memang berpuas hati ke sini. Ia bukan sekadar untuk anak-anak je sebab tak semua kita pernah jumpa binatang yang dipamerkan semua dekat sini. Kalau pernah pun, tak semestinya kita ada bagi makan. Contoh Yatie sendiri, bagi burung makan bertenggek kat tangan. Hihi. Penjaga dah siap pesan, jangan campak makanan. Biar dia datang dekat tangan kita. Gitu.

InsyaAllah nak repeat lagi sekali satu hari nanti dan berharap sangat masa tu Arissa tak takut-takut lagi. Sebab takutlah tak dapat naik poney. Mak pulak yang rasa rugi. Haha. Naik poney untuk anak-anak je rasanya. InsyaAllah, nanti Arissa naik poney. Hehe.

Farm In The City (FITC), Sri Kembangan merupakan salah satu destinasi menarik untuk dilawati bersama anak-anak. Pengalamannya sangat berbeza dengan pengalaman ke zoo yang hanya boleh dilihat dari jauh. 

Sampai disini sahaja celoteh Yatie yang rasanya sangat panjang ini.

Salam Sayang,
DYatie.

p/s: berminat untuk dapatkan INSTANT SHAWL BY MMOC yang Yatie pakai tu? Jemput ke FB Page DYATIESHOP untuk pilihan warna dan design.

--------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan

♥ Promosi Beli 6 Percuma 1
♥ Promosi Beli 3 Percuma 1
♥ Promosi Beli 2 Diskaun 5%

di

DYATIESHOP


 

Blog design by Rainy Day