December 3, 2015

Perkembangan NAD 2 - 4 bulan

Perkembangan adik pada usia 2 hingga 4 bulan | Assalammualaikum. Hai korang. Maraton cerita perkembangan Nur Aflah Dayyina. Hehe.

Masa usia 2 bulan Aflah check up di Sarawak. Tak inject sebab tak ada stok. Pada mulanya Yatie ingatkan kampung Yatie je, tapi rupanya kawan-kawan lain yang duduk tak jauh dari bandar pun mengalami ketiadaan stok. Jadi, timbang je.

NAD 2 Bulan - 5.1 kg


Check up usia 3 bulan pula di Bandar Tun Razak. Ingatkan nak cucuk sekali. Rupanya kat sini pun tak ada stok. Kekurangan stok. Siap rebut-rebut lagi sesama nurse. Huhu. Jadi, timbang berat je dan ukur panjang juga.

NAD 3 Bulan - 5.85 kg; 61 cm


Pertengahan 3 bulan, barulah Aflah inject untuk 2 bulan. Huhu. Backdated sebulan. Dan bila 4 bulan, barulah dia inject 3 bulan. Makanya Aflah lepas ni setiap bulan la akan inject. Eh yeke? Misi cakap macam tu hari tu.

NAD 4 Bulan - 6.45kg; 62cm


Aflah baru je 2 3 hari ni berjaya meniarap sepenuhnya. Bila dah pandai tu memang nak meniarap je kerjanya. Meniarap, nangis keletihan dan bila dibaringkan dia meniarap lagi dan seterusnya berulang. Haha. Berbanding dengan Arissa, Aflah ada sedikit slow meniarap. Tapi, tengok body la. Hihi.

Beberapa hari lagi nak 5 bulan dah. Alhamdulillah. Masih ada rezeki susu buat Aflah. Yatie EPMom yang mana Aflah sangat jarang direct feeding. EPMom tu Yatie baru tahu rupanya Exclusive Pumping Mom. Hehe. Gigih siang malam pam. Badan Aflah pun bagai di pam pam. Ehhh!? Haha.

Antara perkara yang membahagiakan ialah bila balik kerja dapat bawa sekurang-kurangnya 20oz. Alhamdulillah. Semoga rezeki susu buat Aflah berpanjangan.

3 comments

  1. semoga terus murah rezeki aflah ti!caiyok2 ti!

    ReplyDelete
  2. Comelnya Aflah..:) First time cik nad dengar pasal takder stock utk injection..huhu..neway, semoga Aflah membesar dengan sihat dan ceria yer.

    ReplyDelete
  3. Bagus...rezeki aflah murah...comel aflah...

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day