December 29, 2015

Masa!

Ya Allah. Lamanya tak menulis. Mana perginya semangat tempoh hari? Kesian kalau ada yang ternanti-nanti entri baru Yatie. KAHKAHKAH. Saja melawak. Assalammualaikum korang. Sihat?

Bergelar seorang mak kepada dua puteri is AWESOME! Tetapi berjaya mengurus masa sebaiknya adalah SUPER AWESOME! Yatie masih lagi terkapai-kapai dalam pengurusan masa yang berkualiti. Jujur, pengurusan masa yang lemah akan buat kita rasa dua puluh empat jam adalah tidak mencukupi.

Setiap kali Yatie ada perancangan baru, pasti ada kekangan. Ada anak kecil kan. Ragamnya berubah-ubah. Pada ketika mak nya bersemangat, Aflah nak tidur awal dan ada masa Aflah tak nak tidur serta ada ketika tiba-tiba Aflah agak kurang sihat. Semua tu bagi kesan. Tak termasuk giliran Arissa pakai tab. Hihi.

Ada banyak cerita nak diceritakan. Nak masuk tahun baru dah. Kalau bercerita nanti maknanya backdated atau edisi throwback lah. Ok then, bye!


1 comment

  1. samala kita yatie..masa .. sampai tak sempat nak tulis kat blog..rasanya mmg blog ni dah jadi edisi throwback juga la hehe..

    semoga sihat selalu ;-)

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day