November 17, 2015

Susun Atur Mainan Kanak-Kanak

Susun Atur Mainan Kanak-Kanak | Assalammualaikum. Hai korang. Heeee. Hari ni Yatie acah-acah susun atur gitu. Haha. Ceh! Ada hati. Heee.

Kalau ikut nafsu, Yatie memang nak je beli toy storage yang comel belaka tu. Tapi, kena ukur baju badan sendiri sambil intai poket serta ukur keluasan rumah. Haha. Semalam, jumpa box storage comel yang murah di Giant; RM8.99. Sambar 3 bekas terus dan dalam perjalanan dok fikir sebenarnya apa aku nak buat. Huhu.

Malam tadi selepas siap semua kerja rumah dan anak-anak dah tidur, Yatie pun mulakan proses 'toys cleaning'. Banyak juga mainan yang tak memberi manfaat serta buat semak yang Yatie buang. Pagi tadi Arissa tanya "kenapa ma-mak buang mainan ica? dah rosak ke?" Hoho. Nasib baik memahami.


Kiri sekali tu himpunan blocks, box pink - girls things!, green box - random things!, blue box - kitchen utensils! dan big box - pillow, soft & big toys! Gituuu. Bawah, himpunan buku dan flash card. Pengasingan dengan harapan teratur dan tersusun barang berharga dia ni. Haha.


Close up sikit. Haha. Girls things tu macam patung barbie tipu, istana, alat mekap, accessories dan apa-apa je mainan perempuan. Random pula pistol dia, alat perubatam, bola-bola api, robocar poli dan gift yang comel-comel tu. Kitchen utensils tu macam biasa dia punya alat memasak, pinggan mangkuk semua tu. Hihi.

Hari pertama? Alhamdulillah. Teratur dah dia main. Tak ada selongkar habis kat lantai. Nak train simpan ikut dia punya kategori pula bagi mahir sungguh. Almari baju diorang berdua tak beli lagi. Nak beli almari besar terus supaya barang lain pun boleh tumpang sealmari. Rumah kecik. Ukur rumah sendiri. Hahaha.

4 comments

  1. ukur baju badan sendiri sambil intai poket serta ukur keluasan rumah tu kita geng! haha..

    ReplyDelete
  2. aku nie kemain susun macam ko nie..sekali dapat kat hadif habis tsunami satu rumah...huhuhu

    ReplyDelete
  3. alolo comei angat ehh box menan ica..

    ReplyDelete
  4. suka tgk mama yatie susun gini anak pompuan boleh duk elok2 cenggini...haishh si Qi ni kena beli box bertutup kalau tak maknya asyik kutip dia punggah huhhh

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day