Pages

Nov 26, 2015

Kenapa MaMak Kerja Banyak-Banyak?

Assalammualaikum korang! Dah Khamis dah kan. Esok Jumaat pula. Sekejap rasanya masa berlalu sekarang. Salah satu tanda akhir zaman bila waktu berlalu dengan cepat. Kan? Banyak lagi yang compang camping khilaf diri ni. Huuu.

Semalam, masa kitorang dalam perjalanan nak hantar Arissa ke taska dia tanya, "kenapa mamak kena kerja banyak-banyak?" Maksud si Arissa yang berusia 3 tahun 10 bulan tu ialah kenapa mak kena pergi kerja hari-hari. Hihi. Jawapan Yatie simple je kat dia. "Mamak kena la pergi kerja sebab nak cari duit untuk kakak dan adik". Dan dia pun jawab, "Ohhh. Nanti mamak bayar duit kat cikgu Ca?" 

Yatie iya kan tanpa penjelasan panjang lebar sebab dah nak sampai sekolah pun. Yatie selalu je sembang dengan dia kenapa Yatie kena kerja. Biasanya Yatie akan cakap, "mak kena kerja sama-sama tolong ayah, nak bagi nenek kat Sarawak, nak bagi duit sekolah kakak, nak beli mainan kalau kakak nak, nak beli makan apa kakak nak.. macam-macam lagi lah." Dan dia selalunya akan jawab, "ohh nanti kita beli menan telo tu lagi kan?"

Huhuhu. Apa aje lah budak kecik mengerti. At last dia nak Kinder Joy. Haha. Bergelar SAHM/WAHM adalah satu position yang Yatie idamkan. InshaAllah jika Allah perkenan dapatlah pegang jawatan tu kan. Cuma sekarang Yatie bersyukur juga sebab Yatie bekerja Yatie dapat menjadi asbab pendapatan orang kain untuk jaga Aflah. Bagi Yatie, ikhlas kita bekerja - ikhlas kita memberi pada yang menjaga anak kita - inshaAllah dipermudahkan. Tawakal.

Yatie yakin anak-anak akan mengerti. Mungkin nanti Arissa dan Aflah boleh baca blog mak ni. Arissa dan Aflah pasti faham kenapa mak bekerja. Semakin dewasa Arissa dan Aflah, semakin luas pemandangan serta pengalaman kalian. Mak sanggup berkorban untuk anak-anak mak. Bukan nak mewahkan tapi cukup makan, minum serta pakai tanpa perlu catu dan ada insurans juga simpanan. InshaAllah.

Panjang lebar ceritanya kan. Walhal nak cerita pasal soalan Arissa je yang menandakan dah besar anak ku itu. Kalau la masih ulang alik macam dulu mesti dia tanya, "kenapa mamak keje jauh". Huhu.

Anak solehah bijak pandai itu. Nur Arissa Batriesya. Katanya semalam,
"Jom mamak amik gambar macam ni!"
HAHA

Nov 24, 2015

Baki Gaji Minima 40%

Baki Gaji Minima | Assalammualaikum. Hai korang! Topik berat sikit hari ni. Hehe. Korang pernah dengar tak tentang baki gaji minima? Kalau masa kerja swasta dulu tak peduli pun tentang ni sebab who cares? Gitu.. Haha. Tapi bila dah kerja kerajaan Yatie baru tahu rupanya ada penetapan baki gaji minima seseorang itu adalah 40% dari keseluruhan pendapatan.

Bila gaji berbaki kurang dari 40%, ia dikategorikan sebagai Keberhutangan Kewangan Yang Serius. 

Keberhutangan Kewangan Yang Serius

Bagaimanakah yang dikatakan seseorang pegawai awam berada dalam keterhutangan kewangan yang serius ?

Jumlah hutang yang tidak bercagar dan melebihi 10 kali emolumen bulanannya. Ini bermaksud bakii gaji akhir adalah kurang daripada 40%. Oleh yang demikian pegawai awam hanya dibenarkan berhutang 60% daripada emolumen dan mempunyai baki gaji sekurang-kurangnya 40%.

Apakah peranan KJ jika didapati kakitangan bawahannya mengalami keterhutangan kewangan yang serius ?

Ketua Jabatan perlu memantau dan memperingatkan kakitangan di bawah jagaannya supaya mematuhi surat-surat pekeliling dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa. Sekiranya kakitangan bawahannya masih tidak mematuhi surat-surat pekeliling dan berada dalam keterhutangan kewangan serius, Ketua Jabatan perlulah bertanya kepada pegawai bagaimanakah ia menyelenggara kehidupannya. Walaupun mempunyai keterhutangan kewangan yang serius, tetapi pegawai telah menunjukkan prestasi kerja yang baik serta tidak melanggar tatakelakuan perkhidmatan awam dii bawah Peraturan 4, maka tindakan tatatertib tidak perlu diambil. Ketua Jabatan perlulah memantau secara berterusan supaya tidak menjejaskan prestasi kerja dan tidak berlaku penyalahgunaan kuasa.

Sumber: Portal Rasmi SPA

Penetapan sebegini bukanlah bertujuan untuk menyekat kebebasan individu tetapi ia merupakan salah satu cara pemantauan pendapatan. Dan bukan saja-saja nak pantau tapi dikhuatiri pekerja tak mampu nak uruskan kewangan dia. Ia juga sebagai langkah berjaga-jaga supaya tidak berlakunya kes pecah amanah dan sebagainya. 

Jika bukan kerana penetapan ini, wajib bagi kita untuk mengurus kewangan kita dengan sebaiknya. Tak salah berhutang jika perlu. Contohnya beli rumah atau beli kenderaan. Nak beli cash memang tak mampu. Sektor kerajaan ada bagi kemudahan pinjaman belian kenderaan, komputer dan perumahan. Kenderaan dan komputer bagi Yatie boleh tolak tepi tapi rumah, PERLU!

Yatie ada kenal seseorang ni. Anak empat. Isteri surirumah. Hanya ada motosikal. Tapi, rumah sendiri punya. Tak perlu fikir tentang tuan rumah yang mungkin bila-bila masa sahaja boleh naikkan sewa mahupun tak nak sewakan terus. Tak perlu fikir juga dengan harga rumah yang naik dengan mendadak sekarang. Fuhhh!

Yatie masih menyewa lagi di KL ni. Nak beli rumah kat KL memang tak mampu. InshaAllah, one fine day di pinggir kota KL. Haha. Tunggu anak besar sikit inshaAllah. Tapi, still bersyukur sebab dah beli juga rumah nun di Ipoh. Masih tinggi harapan kalau boleh nak duduk Ipoh, bekerja di Ipoh. Semoga Allah perkenan.

Eh melalut! So, kawan-kawan! Usaha dapatkan rumah ye. Urus kewangan dengan baik. Ada orang kata, nanti harga rumah akan turun seiring dengan ekonomi yang tettt! Tapi bagi Yatie, apa maknanya jika nilai duit kita pun menurun? Huhu.

p/s sama-sama kita doakan semoga negara kita makmur dan ekonomi membangun.

Nov 20, 2015

I Love Babywearing

I Love Babywearing | Assalammualaikum. Hai. Omputih terus. Haha. 3 tahun sudah Yatie bbw juga tapi rasanya ramai yang seangkatan setuju dengan Yatie - kurang berilmu tentang bbw. Yatie kalau tak mengandung anak kedua tak peduli apa sebenarnya SSC tu semua. Konon tahun depan kannn. Haha.


Dulu pakai Mothercare je. Seronok je Arissa dalam tu ha. Haha. Tapi seingat Yatie sekali ni je guna masa ke KL. Lepas tu kitorang lebih selesa travel dengan stroller. Arissa pun cool je dalam stroller. Hihi.

Aflah pula memang tak selesa duduk dalam stroller. Dia kan tidur nak berbedung. Jadi, dalam stroller pun dia kena bedung. Tapi dia tak lena sangat. Atas sebab itu Yatie beli babywrap walaupun ayahnya dah belikan SSC masa Yatie dalam pantang. SSC kalau tak beli insert inner, kan tak sesuai untuk kendong baby.


K'tan Babywrap dari Babywrap by Mak Yang. Sebenarnya, ia instant babywrap. Kalau tak instant jangan harap mak nak gigih woi! Haha. Tapi best. Serius! Aflah memang syok tidur dalam wrap. Mak nak window shopping pun selesa. Eh! Time makan pun selesa tau. Hihi. 


Dan bila dia dah masuk 4 bulan, Yatie selang seli guna babywrap dengan SSC. SSC Ergobaby suami beli dari MamaPanda. Masa tu ada promosi katanya jadi cepat je dia grab. Yatie ingat lagi masa dia cakap dan tanya. Yatie ingatkan dia baru nak survey. Alih-alih dia hantar gambar dah sampai. Bagi Yatie untuk usia Aflah ni belum berapa sesuai kalau guna tanpa insert.

Kalau dibandingkan wrap dan ssc Aflah dengan masa Arissa dulu. Memang wrap dan ssc lebih selesa untuk yang mengendong serta yang dikendong. Tak perlu usung stroller. Haha. Tapi kalau nak amik gambar, bertabahlah kan jangan mimpi nak seorang syok sendiri. Dan I am ready to go for our short vacay early next year! InshaAllah. Heeee.

Apa pun antara perkara yang paling penting ialah - anak nak tak. Huuuu. Ada juga kes anak tak nak langsung. Kalau takut rugi, bolehlah try pinjam kawan punya untuk tengok anak nak ke tidak. Dan.. Yatie ada jumpa satu tips ni semalam bagi yang dah ada carrier jenis V tu. Sorry tak tahu nama. Haha.

DIY SSC
Kreatif kan? Boleh try!

p/s tengok muka Arissa. buat muka poyo setiap kali mak nak pose dengan adik yang syok kena gendong. huuuu.

Nov 17, 2015

Susun Atur Mainan Kanak-Kanak

Susun Atur Mainan Kanak-Kanak | Assalammualaikum. Hai korang. Heeee. Hari ni Yatie acah-acah susun atur gitu. Haha. Ceh! Ada hati. Heee.

Kalau ikut nafsu, Yatie memang nak je beli toy storage yang comel belaka tu. Tapi, kena ukur baju badan sendiri sambil intai poket serta ukur keluasan rumah. Haha. Semalam, jumpa box storage comel yang murah di Giant; RM8.99. Sambar 3 bekas terus dan dalam perjalanan dok fikir sebenarnya apa aku nak buat. Huhu.

Malam tadi selepas siap semua kerja rumah dan anak-anak dah tidur, Yatie pun mulakan proses 'toys cleaning'. Banyak juga mainan yang tak memberi manfaat serta buat semak yang Yatie buang. Pagi tadi Arissa tanya "kenapa ma-mak buang mainan ica? dah rosak ke?" Hoho. Nasib baik memahami.


Kiri sekali tu himpunan blocks, box pink - girls things!, green box - random things!, blue box - kitchen utensils! dan big box - pillow, soft & big toys! Gituuu. Bawah, himpunan buku dan flash card. Pengasingan dengan harapan teratur dan tersusun barang berharga dia ni. Haha.


Close up sikit. Haha. Girls things tu macam patung barbie tipu, istana, alat mekap, accessories dan apa-apa je mainan perempuan. Random pula pistol dia, alat perubatam, bola-bola api, robocar poli dan gift yang comel-comel tu. Kitchen utensils tu macam biasa dia punya alat memasak, pinggan mangkuk semua tu. Hihi.

Hari pertama? Alhamdulillah. Teratur dah dia main. Tak ada selongkar habis kat lantai. Nak train simpan ikut dia punya kategori pula bagi mahir sungguh. Almari baju diorang berdua tak beli lagi. Nak beli almari besar terus supaya barang lain pun boleh tumpang sealmari. Rumah kecik. Ukur rumah sendiri. Hahaha.

Nov 13, 2015

Samsung Galaxy Tab S2


Assalammualaikum. Hai. Pertama kali dalam hidup beli Tab. Hahaha. Dan kali kedua beli gadget nilai 4 angka selepas Samsung Note 2. Pejam mata je. Anggap rewards 2 3 tahun sekali. Huhu. Alhamdulillah. 

Dari pagi tadi buat final shortlist setelah beberapa bulan tengok sana sini, tengahari tadi Yatie terus pergi kedai Satu Gadget Dot Com kat ground floor. Kelebihan office bawahnya kedai handphone. Kedai murah pulak tu. Haha.

Samsung Tab S2
Shortlist; Tab S2 dan Ipad Mini 3. Yatie tanya orang kedai. Minta pandangan. Katanya, since Yatie pakai handphone android jadi lebih baik Yatie pilih android tab juga. Compatible. Gituuu. Makanya, Tab S2 lah pilihan. Tadi sebelum turun kedai Yatie dah google 'best android tab 2015'; keputusannya Samsung Tab S2 tempat pertama. Haa. Yakin! Heee.

Samsung Galaxy Tab S2

Dan Hello Tab S2!! Selamat berkhidmat dengan ku dan anak² ku. Haha. Salah satu reason sebab tab Arissa yang atok dia bagi dah rosak. Note 2 Arissa juga dah bagi sekat nek wan dia. Tak ada la gaduh rebut². Yatie bukanlah nak galakkan anak tengok gadget. Tapi, jujur ABC Alif Ba Ta - Arissa kenal melalui kids apps yang ada dalam handphone. Ada la pro cons. Berpada².

Tunggu nanti Yatie dah guna baru boleh review. Fresh from oven ni tau.

p/s barang baru semangat baru. hahaha.

Nov 2, 2015

Ibu Menyusu Sedang Di Duga


Haha. Kemain tajuk ko kan Yatie? Drama yabedabedu sungguh. Eh! Assalammualaikum. Hai korang! Sihat? Suka tengok langit sekarang. Cantik sangat. Indah ciptaanNya. Alhamdulillah.

Kisahnya, production susu tengah merudum sejak minggu lepas. Punca? Tak dapat dikenalpasti. Tapi, Yatie syak sebab 'stress' yang mana minggu lepas Aflah agak meragam waktu malam. Punca? Tak dapat juga dipastikan. Huhu. Apa yang pasti dia tidur sekejap dalam 30 minit lepas tu bangun sampai pukul 12 /1 pagi. Itupun kadang² bangun lagi. Huuu. Dia nak main, tapi nak berdiri. Mampu? Mampu tak mampu kena juga dirikan dia. Uhuk!

Alhamdulillah, still susu mencukupi untuk dia hari². Supply - Demand. InshaAllah terus mencukupi. Cuma untuk simpanan stok tak ada. Allah. Allah. Gelisah hati ni tak terkata. Lebih buat risau sebab mulai Khamis ni Yatie akan outstation pula le Taiping. Suami dan anak² tinggal Ipoh lagi. Hehe. Kalau terdesak, suami kena ulang alik ambil susu la. Huhu. Urusan kerja Yatie dari siang bawa ke malam. Saya Yang Menurut Perintah kena akur. 

Sebelum ni sekali pam Alhamdulillah paling kurang 8 oz ke 10 oz macam tu. Sekarang half sahaja. Alhamdulillah. Bukan tak bersyukur tapi kalau dah merudum begitu, siapa yang tak gundah gulana? Huhuhu. Obses kah daku? Tak. Tapi bila dah niat, automatik kita akan bersungguh berusaha. Dan jika dah usaha tak dapat juga. Redha. Rezeki hanya setakat itu.

2nd Pumping Session

Alhamdulillah. Lepas 1 kali menyusu. Huhu. Aflah semalam; 1 November secara rasminya minum 4 oz sekali. Fuhhh. Stay strong mak! Jangan give up ok! Urut dada sendiri. Hehehe. Hari ni dah order Habbasyi Oil dari Ciknaa. Moga serasi. Hari ni pun Yatie minum air masak lebih dari biasa. Rasa nak kembung perut. Haha. Melawak je. Heee.

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupan ku, banyakkan susu ku untuk bayi ku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku, agar menuruti segala yang Engkau syariatkan." Allahhummaamiin.

Blog design by Rainy Day