October 3, 2015

Surprise Cake Delivery di Cheras


Surprise Cake Delivery di Cheras | Assalammualaikum. Hai. It's 3rd October! Selamat Hari Lahir yang ke-29 encik suami. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, panjang umur, diluaskan pintu rezeki, dipermudahkan urusan dunia akhirat dan dirahmati Allah SWT. Aamiin.

Berbanding tahun² sebelum ini, Yatie buat kelainan. Biasanya kitorang akan makan special sikit pada hari² yang special. Tapi sebab NAD kecik lagi dan dengan keadaan jerebu yang semakin teruk, semalam Yatie berjaya mendapatkan service delivery di Cheras. 

Sebenarnya ada banyak je perkhidmatan surprise delivery ni di KL tapi Yatie cari yang simple² je. Sebolehnya Yatie nak dalam kawasan sekitar Bandar Sri Permaisuri je. Berjaya juga jumpa IG AirizBakery yang bertapak di Dwitasik. Dekat sangat dengan sekolah suami dan makanya dekat juga dengan flat kami. Haha.

Surprise Delivery di Cheras

Ikutkan hati teringin juga nak surprise kan beliau dengan at least 1kg of choc moist cake dan fresh flowers. Tapi.. confirm kena bebel sebab buat pembaziran. Tujuan asal nak surprise silap² boleh jadi perbalahan. Haha. So? 2 slices of Choc Moist Cake, 1 Spaghetti Bolognese Meatball, 1 Pop Soda Mango beserta 1 kad birthday comel untuk hi-tea beliau semalam. Tetapi.. beliau bawa balik rumah lepas kerja. Hihi.

I'm so happy sebab ada service begini di Bandar Sri Permaisuri. Tak perlu keluar rumah. Tak semestinya tempah yang besar². Kita boleh tanya apa yang ada di kedai beliau dan pilih. Mudah kan? Terima kasih sekali lagi AirizBakery. 

Dan untuk encik suami, tak dapat nak bagi Clarks. Hahaha. Kasut² awak elok lagi kan? Belum tahap wajib kan? Hihi.

p/s we love you. :)

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day