October 5, 2015

Selamat Bekerja!

Selamat Bekerja! | Assalammualaikum. Dah berakhir cuti bersalin. Hati tak syok maka rajin pula mengetuk skrin hp. Bagi mak bekerja macam Yatie pasti faham perasaan Yatie sekarang. Sedangkan cuti hujung minggu pun lemau masuk kerja balik, apatah lagi cuti 3 bulan. Huhu.

Indahnya jika diri ini WAHM walau sebenarnya dalam tempoh seminggu ni Yatie rasa macam 'eh mampu ke aku nak SAHM gini'. Hahaha. Kelam kabut rasanya. Tapi mak cakap, alah bisa tegal biasa. Awal² majoriti orang begitu. Haa. Nanti cerita lain tentang kelam kabut. Haha.

Sedih? Of course lah! Tapi, nak cakap apa dan mengadu pada siapa? Cakap pada diri sendiri, 'apa yang kau peroleh adalah apa yang kau usahakan'. Jadi, jangan pernah putus asa!! Mengadu pada Allah adalah yang sebaik²nya dan terus memohon padaNya apa yang dihajati.

Pastinya hari² selepas ini akan sibuk. Minggu depan Yatie outstation. Sekarang dah bulan 10 dan maknanya dah menghampiri bulan terakhir. Makanya, SKT menanti untuk dikemaskini. Entah mana lokasi Retreat kali ini. Yatie harap sekitar KL je. Pening fikir nak berjauh dengan anak².

Apa pun, semoga semuanya berjalan lancar dan anak² dilindungi Allah SWT.


No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day