October 14, 2015

Rindu Rumah Yang Luas

Rindu Rumah Yang Luas | Assalammualaikum. Hai. Bukanlah bermaksud tidak bersyukur dah ada tempat berlindung. Bersyukur sangat². Tapi bila nak kemas rumah rasa macam tak tahu nak selit mana, masa tu la rindu rumah yang luas. Rindu juga rumah sendiri sebenarnya. Huhu.

Bila dah beranak dua, bagi Yatie secara peribadinya Yatie perlu rumah yang lebih luas. Rumah sewa kami sekarang comel. Tingkat empat belas pula. Hehe. Ruang memang terhad. Kalau berhajat nak simpan barang² 'antik', baik lupakan saja. Haha. Sekarang kalau rasa dah tak guna, buang atau bagi kat orang. Semak.

Ada yang mencadangkan supaya jual rumah Ipoh dan beli rumah di KL. Uhuk. Tersedak² tau Yatie dengar. Haha. Walaupun jual, Yatie rasa belum mampu. Rumah comel Yatie sewa ni pun lebih mahal dari rumah kitorang beli tau. Rasa nak cakar dinding. Huhu. Mahal gila! Lagipun, sayang juga nak jual. Aset yang bernilai tu. Jadi, bertabah dulu. Moga dipermudah dan diperkenan untuk dapat kuarters. Kemudian, ada rezeki boleh la beli rumah kedua. Kemudian, ada rezeki anak empat boleh la beli mpv pulak. Hihi. Dua pun kelam kambut, dah sebut empat. Ngeeee.

Rumah Luas - Perlu
Salah satu langkah untuk memanfaatkan ruang sepenuhnya ialah melapangkan bilik Arissa. Haaa. Sudut mainan Arissa, tempat solat dan ruang sterika serta almari pakaian. Katil queen Arissa ditempatkan dalam bilik utama sebab Arissa still nak tidur dengan kami. Alhamdulillah. Lapang dan teratur rasanya. Nak buat major renovation, bukan rumah sendiri. Jadi, buat sehabis baik. Nanti nak pelan² spring cleaning all the toys sebelum Aflah pandai bergerak. Haaaa. Hehe.

Rindunya alahai rumah Ipoh. Hehe.

Shaklee pun ada CLEARANCE SALES! Jom terjah produk apa yang nak clear!

4 comments

  1. Yg rumah macam besar ni pun da tak tau nak sumbat celah mana lagi.hahaha..😂

    ReplyDelete
  2. Rumah sewa aku yg lapang pun crowded ngan barang...x tau mana nak buang lg...huhuhu

    ReplyDelete
  3. Rumah sewa aku nampak je besar tapi penuh gak ngan barang...x tau mana nak buang lg...huhuhu

    ReplyDelete
  4. weh jangan jual rumah ipoh weh syg..nanti mana tau ko dah boleh pindah ipoh, ha boleh aku datang melawat..haha..memang wei makin lama makin byk brg..aku pun skrg kurangkan hiasan2 ni..rumah aku pun ade basic je weh..

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day