October 15, 2015

Rindu Anak²

Rindu Anak-Anak | Assalammualaikum. Hai. Heeee. Comel je rasa diri ini setiap kali sebut anak-anak. Hihi. Alhamdulillah. Di usia 29 tahun dipinjamkan dua puteri yang comel. Kadang² rasa macam caya tak caya je dah tukar status 'mak bekerjaya anak dua'. Wahhh gitu!

ILSM, Sungkai

Hari ni Yatie ada bengkel di Institut Latihan Statistik Malaysia, Sungkai. Anak² dan suami duduk Ipoh tumpang rumah mak ayah. Bukan tak nak bawa sekali tapi sebab ini bukan kursus biasa atau retreat tahunan. Yatie kena fokus. Dan Yatie takut pula kalau suami tak boleh handle. Haaa. Dekat rumah mak at least ada mak nak tolong tengok²kan sekali.

Ini kali pertama berjauh dengan Aflah. Arissa pun dah lama juga tak berjauh dengan Yatie. Tadi, membuak² rasa rindu walaupun belum lapan jam berjauhan. Kenapa nak sebut lapan jam? Sebab kan dah biasa office hour lapan hingga sepuluh jam. Cuma hari ni dah tau kena bermalam kan. Rindunya alahai. Rindu nak gaduh² dengan si kakak. Rindu dengan bau masam² adik.

Buah Hati Mak Ayah
Tapi, orang kata jangan dikenang sangat nanti si anak tu mengenang juga dan itulah punca anak ni boleh meragam. Wallahhualam. InshaAllah Aflah dan Arissa baik² aje tak meragam. Huwaaa! Rindunya! Malam ni ada kelas sampai pukul 10. Kalau tak.. lepas kelas nak je Yatie balik Ipoh. Ulang alik. Oh ye! Kali pertama tau Yatie drive jauh kat Semenanjung ni. Itupun jenuh nak pujuk suami. Ikutkan dia nak hantar nak ambil. Huhu. Ada sebabnya. Bukan saja². Pesediaan kata orang. Apa pun doakan yang baik² aje. Tak gitu?

1 comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day