October 28, 2015

NAD Dah Botak


Assalammualaikum. Hai. Dah lebih 3 bulan usia Nur Aflah Dayyina, baru semalam dia cukur rambut. Tak ada siapa yang reti dan berani nak buat kekdahnya. Tapi, Sabtu lepas kami tekad buat juga. Tak boleh biar lagi. Panas. Ruam. Dia garu². Kesian, tak selesa. Huuu.

Boleh tahan bertungkus-lumus juga la nak menjayakan misi cukur rambut. Haha. Aflah jenis yang sensitif. Tidur pun nak bedung kan. Jadi, tak ada harapan la nak cukur dengan tenang dia tidur. Berpeluh² mak ayah. Rambut dah la tebal. Hoho.

Proses Cukur Rambut
Behind the scene. Si kakak yang ambil gambar. Faham²lah ye kualitinya bagaimana. Bolehlah kakak. Hihi. Arissa lah yang paling marah bila adik dah botak. Haha.

Adik Dah Botak
Tengok. Adik nangis. Rimas kot. Ayah pulak cukur sampai licin. Haha. Guna shave janggut ayah. Mak ngeri² dengar bunyi. Rupanya tak rasa apa. Haha.

Kakak & Adik Botak Heeee.
Kata kakak, "sian adik.. dah tak ade rambut.. ayah la ni kan?" Bila Yatie tanya kakak nak macam adik? Dia jerit. "Tak nakkkk". Haha. Katanya dia puteri. Puteri kenalah ada rambut kan. Ok, fine! Hihi. Lega tengok adik dah botak. Ruam pun acah² je timbul. Tambah pula sekarang hujan dah mula turun. Sejuk, Alhamdulillah. Tapi, bila adik botak lagi geram.kitorang tengok. Gggrrrr.

2 comments

  1. Comelnya awak !!

    Meh join GA aunty hehehe

    http://www.azlindaalin.com/2015/10/giveaway-rysya-skincare-cantik-macam.html?m=1

    ReplyDelete
  2. alaaa botak pun comel!!bila lah nak jumpa nad pulak ni..

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day