October 17, 2015

Kakak Penyayang & Bertanggungjawab

Kakak Penyayang & Bertanggungjawab | Assalammualaikum. Hai. Yatie masih lagi di Sungkai. Rindu sangat dekat anak-anak tercinta. Huhu. Dekat suami pun. Hehe. 

Masih segar dalam ingatan akan reaksi Arissa pada kali pertama dia jumpa adik di hospital. Terpancar jelas keterujaan di wajah dia. Tahu tak dia cakap adik dia tu anak doktor, ambil kat klinik. Haha. Sebab bila mak dia pergi hospital, alih-alih ada adik kat sebelah. Tu yang boleh buat kesimpulan macam tu. Apa-apa aje lah nak! Haha.

Masa mengandung, Arissa memang cakap tak nak adik. Bila Yatie pegang anak kawan-kawan dia memang cemburu sangat. Tak bagi langsung nak pegang. Huhu. Alhamdulillah bila dah ada adik dia ok je dia. Malah nampak sangat dia sayang adik nan seorang. Syukur. Dah 3 bulan usia adik, tak ada sekali pun dia nak jentik ke nak pukul ke. Malah nak kasar sikit pun tak boleh. Cium adik pun dengan penuh lemah lembut. 

Paling kuat pun dia picit pipi adik dengan ibu jari dan telunjuk sambil cakap 'eee..geramnyee..' Tak pun dia pici kaki adik sambil cakap 'eee.. domoknyeee..' Nak masuk bilik pun adik tak boleh tinggal. Ulang kali tanya, 'adik.. adik..' Kadang-kadang saja ngusik biar adik kat luar. Dia punya nangis? Serupa kena cubit. Itulah yang adiknya pun lebih kurang gitu je kalau nangis. Huuuu.

Bila adik nangis dia ada kat sebelah, dia akan cakap 'adik.. jangan la nangis.. kakak ada ni..' Sweet sangat! Walhal cakap je, tengok adik pun tidak. Haha. Dan bila adik nangis masa Yatie tengah siapkan lepas mandi, kakak yang main peranan sebagai penghibur bawa toys lampu depan adik sambil goyang inul. Hoho. Pagi-pagi kalau kami tengah bersiap dan si adik bangun tidur nak susu, dapat juga berharap dengan dia pegang botol adik. 

Banyak sangat dah Arissa boleh buat. Kadang-kadang dia ada juga buat hal. Tapi seringkali juga dia kena marah terutamanya bila dia nak sesuatu masa adik tengah nangis ke, meragam ke atau masa adik tidur tiba-tiba dia buat bising. Haaaa. Mak nya garang. Memang selalu juga la Arissa kena marah. Ada satu malam tu kebetulan si adik meragam. Sungguh-sungguh Arissa buat apa yang Yatie suruh. Lepas tu dia terus baring peluk bantal renung Yatie.

Si Cantik Mak Ayah

Allah.. Masa tu sedih sangat. Yatie tengok dia jugak. Lama. Lepas tu tiba-tiba dia mengukir senyum. Nangis terus Yatie. Panggil dia, peluk dia, cium ubun-ubun dia. Sobs! Tulis ni pun nangis tau. Ada juga kadang-kadang tangan ni cepat je sampai kat dia, dia mesti tengok je muka Yatie sambil kerut dahi. Bila dah lepas tu baru rasa kesal sebab bengong sangat. Apalah budak umur 3 tahun setengah tu tahu, kan. 

Tapi kan, tanya la banyak kali mak jahat ke tidak. Dia akan jawab tak. Kalau tanya mak suka marah tak. Dia jawab, ' tak.. tapi.. tapi.. tapi.. ma-mak marah suruh tidur je..' Haha. Nampak benar dia tu susah sangat nak tidur awal kan. Tu yang kena marah. Huhu. Tidur sekarang dia sebelah ayah, sebelah adik. Benteng, bantal. Selagi Yatie tak masuk bilik sekali dengan adik, jangan harap dia nak tidur. Macam-macam alasan dia nak pergi keluar.

Sekarang dia dah boleh bawa beg sekolah dia sendiri. Tak macam sebelum ni beg sekolah dia bertuah sangat dia nak galas sendiri. Bersyukur sangatlah kan sebab sekarang ada banyak beg dah kena bawa. Beg pam, beg adik. Handbag mak, beg ayah lagi. Haaa. Nak dukung adik lagi. Al-maklum rumah empatbelastingkat. Haha. 

Eh banyak lagi sebenarnya kalau nak cerita tentang kakak, Nantilah Yatie cerita tentang perkembangan dia pula. Hehe. Milestone adik yang 2 bulan pun tak cerita lagi kat sini. Lupa. Haha. Apa pun bagi Yatie semua ni dah Allah aturkan. Cantik. Dan sesungguhnya aku bersyukur. Betul. Rezeki, jodoh, ajal - tidak akan cepat atau terlambat walau satu saat.


7 comments

  1. Arissa kakak yg penyayang...pandai jaga adik ye...boleh la bg adik ramai2...hehehe

    ReplyDelete
  2. good girl arissa! shaheem pulak selalu buat adik. huhu stress mama. adik pulak boleh tahan gengster jugak. bila abang buat dia, dia balas balik. saje cari pasal. haihh.. tapi abang time sweet, sweet jugak. tolong tepukkan adik klu adik terjaga dari tido. tlg tepuk sbb dia takut adik bangun, adik main mainan dia!haha.. amal pun selalu marah shaheem. peel dia cantikk sgt skrg. semoga Allah berikan kita kesabaran untuk menjaga anak2 ni..

    ReplyDelete
  3. Alololo sweet la arissa ni. Bagus sgt jadik kakak yg baik.

    ReplyDelete
  4. Allah sedih kan bila terkenangkan kita marah anak tu..

    ReplyDelete
  5. pandai kakak rissa jaga adik..kalau hannah kejap sayang kejap kang buat adik..pening mak tau haha..tapi betul lah yati memang kadang-kadang tak sedar naik tangan kan..bila baca ayat ko tu..Allah nape lah aku ni garang sangat..hurmmm

    ReplyDelete
  6. Sedap nama kakak Arissa. Semoga terus jadi kakak yang baik dan sentiasa jadi anak yang solehah kepada ibu bapa ya. :)

    ReplyDelete
  7. pandai kakak..moga terus kakak terus jaga adik dan mama smpai besar tau nak..aloh touching jg kita ni

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day