October 23, 2015

Besar Pengorbanan Nak Full BF


Besar Pengorbanan Nak Full BF | Assalammualaikum. Hai. Walaupun anak dah dua, ini pengalaman pertama nak full bf anak. Alhamdulillah, dah 3 bulan 2 minggu usia Nur Aflah Dayyina. DiizinkanNya untuk full bf sehingga hari ini. Dah cakap pengalaman pertama kan, jadi baru tahu besarnya pengorbanan mak² berkerjaya dalam usaha untuk menjayakan misi full bf untuk anak. Huhu.

Rutin harian Yatie sekarang dah tentu diisi dengan sesi mengepam. Kadang² tak sempat nak ke ruang solat, Yatie pam dalam bilik je. Apa susah? Nursing cover kan ada. Tapi, kalau ada yang nak jumpa cepat² off pam. Di office Yatie set at least 3 kali sesi. InshaAllah setiap hari dapat bawa balik dalam lingkungan 25 - 35 oz. Alhamdulillah syukur dengan rezeki Allah bagi. Tidur pun tak berapa lena walaupun ada juga la lena sungguh. Sedar² haaa..

Balik rumah jumlah sesi mengepam adalah mengikut kehendak Aflah. Kalau tiba² dia nak DF, kurang mengepam. Jika sebaliknya, pam selagi boleh. Hehe. Aflah ikut selera dia. Tak menentu. Kalau dia kata nak df, sua la botol memang tak la dia layan. Begitulah sebaliknya. Tak kisah la walau macam mana cara sekalipun. Yang penting dia menyusu.

Hasil 2 hari 2 malam

Minggu lepas Yatie bengkel di Sungkai. Bila bengkel ni busy la kan. Masa terhad. Kalau hari² biasa pun letih, apatah lagi di bengkel. Sangat letih. Terkejar² dengan masa yang terhad. Itupun ada juga yang tak sempat. Kalau waktu makan tengahari, orang lain sempat tidur; Yatie sempat pam. Kalau waktu petang, orang lain sempat riadah; Yatie sempat pam dan baring sekejap. Kalau lepas bengkel malam, orang lain terus rehat tengok tv; Yatie pam dulu. Itu belum lagi bangun paling kurang dua kali untuk pam. Fuhhh!

Serius Yatie kagum dekat para mak bekerja yang dapat full bf sehingga dua tahun. Semoga juga Yatie boleh sekuat itu. Kalau ikut rasa letih... huuu. Bisa give up weh! Sekarang dah berapa orang tegur Yatie kurus, cengkung, pucat dan mata panda. Hoho. Part pucat tu memang rupa itu. Tak tahu nak buat macam mana. Dah kulit memang cerah pucat. Huu. Ececece. Bajet putih. Haha. Kurus? Sebab tu tak berapa minat sebab muka auto cengkung. Haaa. Mata panda? Wajib kot. Haha.

Apa pun. STAY STRONG YATIE! Hehe.

6 comments

  1. insyaallah yati.. semoga dipermudahkan....

    ReplyDelete
  2. stay strong yati...yati mak yang hebat, mesti boleh punya! :)

    ReplyDelete
  3. Rindu zaman bf aish dulu...
    Sampai 2tahun 7bulan...uhuk

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan urusan yatie & dapat sempurnakan penyusuan 2 tahun buat aflah. Lg sebulan setengah insyaAllah akan start rutin mengendong cooler bag dan mengepam di ofc..mudah2an dipermudahkan juga urusan kali ni.

    ReplyDelete
  5. memang kagum dengan mak2 yang bekerja yg bf anak mereka..saya pun kategori tu jugak..tp tulah..penghasilan tak mencukupi..mungkin kena cari supplement yang terbaik.power pumping pun tak rajin sangat..bangun kul 2-3 pagi memang tak larat..tapi time tu lah kalau buat power pumping hormon susu yang terbaik akan keluar kan..

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day