September 14, 2015

Pre-Gath Sahabat di Fork & Knife, Kuching

Pre-Gathering Sahabat di Restoran Fork & Knife, Kuching | Assalammualaikum. Hai. Setiap kali balik Sarawak, selain dari nak jumpa keluarga tercinta Yatie akan usahakan juga untuk bertemu dengan sahabat yang dikasihi iaitu Amiruniza (Iza), Sulia (Su) dan Suryani (Bed). Kami berkawan sejak kecil dan semakin dewasa kami menjadi semakin akrab. Syukur Alhamdulillah kerana dikurniakan sahabat seperti mereka yang menerima segala kelebihan serta kekurangan sesama sendiri dan sentiasa ada bersama saat suka mahupun duka walaupun kami jauh.
Makan Tengahari di Restoran Fork & Knife, Kuching (1)
Sahabat Seiring ke Syurga InshaAllah
Sehingga hari ini kami masih belum dapat berhimpun dengan lengkap 4 sahabat sebab hari ini Yatie sampai, esoknya Iza bersalin. Hehe. Untuk pengetahuan korang, Bed melahirkan anak kedua pada bulan Jun, Yatie dan Iza pula bulan Julai. Dikesempatan ini Yatie mohon doa korang semoga Sulia dikurniakan rezeki anak serta diberikan ketabahan buatnya serta suami dalam menempuh ujian Allah yang satu ini. Sabtu minggu lepas, Yatie dan Iza dari kampung manakala Su dari Simunjan ke Kuching untuk berjumpa. Bed? Businesswoman. Busy sokmo. Hehe. Alhamdulillah rezekinya serta anak-anak.
Makan Tengahari di Restoran Fork & Knife, Kuching (5)
2nd Generation
Lokasi pilihan ialah di Restoran Fork & Knife, Kuching. Restoran 2 tingkat bertemakan western food dengan suasana yang tenang dan selesa. Pelanggan yang sedang menjamu makanan diiringi dengan muzik yang lembut. Cuma pada hari itu Arissa dan Ameena yang memecah keheningan. Ewah! Hehe. Panjang betul muqadimah nak cerita pasal makanan sedap di Restoran Fork & Knife ni. Hahaha.
Makan Tengahari di Restoran Fork & Knife, Kuching (6)
Pepperoni Pizza
Makan Tengahari di Restoran Fork & Knife, Kuching (8)
Mushroom Soup
Sementara tunggu Sulia sampai, kitorang order Pepperoni Pizza dan Mushroom Soup with Garlic Bread sebagai appetizer. Pizza yang garing (nipis) dan kaya dengan cheese. Sedap sangat! Crunchy. Arissa dan Ameena masing-masing syok makan topping cheese. Mushroom soup pula berbeza dengan yang kita makan di Pizza Hut yang mana mushroom disini dibiarkan dalam hirisan halus. Jadi, masa makan mushroom itu memang terasa.
Makan Tengahari di Restoran Fork & Knife, Kuching (3)
Oglio Olio
Makan Tengahari di Restoran Fork & Knife, Kuching (4)
Carbonara
Makan Tengahari di Restoran Fork & Knife, Kuching (7)
Bolognese
Main dishes kami; Oglio Olio (Yatie), Carbonara (Sulia) dan Bolognese (Iza). Ketiga-tiganya SEDAP! Serius! Review ikhlas dari Yatie. Oglio Olio tu sangat sesuai buat mereka yang suka seafood dan jenis yang tak berapa boleh terima makanan yang lemak berkrim. Apa orang kata, rasa fusion? Hehe. Carbonara dia subhanallah. Itu baru carbonara. Kaya dengan cheese dan sangatlah berkrim. Sedap weh sedap. Bolognese Yatie tak ingat nak rasa sebab konon macam tolong Iza gaul, Yatie dah ada rasa. Rupanya tidak. Huhu. Tapi Iza dengan Su keduanya cakap sedap. Ameena sekejap-sekejap ambil makan. Hehehe.
Makan Tengahari di Restoran Fork & Knife, Kuching (2)
Chicken Wing
Last but not least, chicken wing yang Man (suami Sulia) pilih. Sedap jugak! Yatie tak tahu ni panggang ke bakar ke atau goreng ke. Tapi terasa macam manis-manis tu Yatie syak madu. Hehe. Eh sedap lah. Tak rugi melabur makan kat sini. Eh. Hehe. Air pula Yatie order Teh C Special, Arissa Ice Choc, Ameena Orange Juice, Sulia Latte dan Man Soft Drink.

Yatie ada lebih kurang 2 minggu je lagi. Harapan kami berempat sekarang ialah nak bertemu 4 pasang mata ni sebelum Yatie balik KL. Masa ni sebenarnya Bed dan Su pun sibuk dengan projek katering masing-masing untuk sambutan Hari Malaysia di kampung Yatie ni. Semoga diizinkanNya untuk kami walau sesibuk mana dapat juga bertemu walaupun hanya sekejap. Rindu!

2 comments

  1. next gathering gojes pulak pelisss.. hihi

    ReplyDelete
  2. terliur tgk makanan..best kan jumpe kawan2 lama

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day