September 6, 2015

Mesin Basuh Rosak

Mesin Basuh Rosak | Assalammualaikum. Hai. Tempoh hari Yatie whatsapp suami gambar kedai bundle yang baru buka di Kuching dengan pesanan ‘sila kumpul duit jika nak singgah di syurga bundle nanti’. Dan suami balas, ‘sila kumpul duit untuk mesin basuh sebab mesin basuh dah nak kong’. Tak tahu nak gelak ke nak nangis. Haha.

Kedai Bundle Terbesar Matang Kuching

Kisahnya mesin basuh Panasonic 5.2 kg yang comel itu memang dah lama pun. Usianya lebih dari usia perkahwinan kami sebab apa yang Yatie tahu mesin tu dah ada dekat rumah mentua sejak sebelum kahwin lagi. Jadi, sesuailah kalau dia nak bersara. Huhu. Cuma dalam keadaan ekonomi yang korang sendiri sedia maklum, perit juga nak beli barang kelengkapan rumah yang sebegini. Lagi sakit bila nanti tengok ada GST. Huhu.

Mesin Basuh AutomatikMisi Mencari Mesin Basuh (2)Misi Mencari Mesin Basuh (3)

Tapi, suka atau tidak tetap kena beli juga. Pada mulanya Yatie cadangkan suami untuk proceed dobi je. Jangan terburu-buru dengan budget ciput. Tapi suami dah buat penilaian dan pandangannya yang jauh sangat ke depan. Jadi, sekarang ini suami bertanggungjawab cari mesin yang terbaik dengan harga yang paling murah. Haaa. Memang kena survey kedai yang jual murah sebab perbezaan harga mungkin beratus nilainya.

Misi Mencari Mesin Basuh (1)Misi Mencari Mesin Basuh (4)

Jadi, suami merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mendapatkan mesin basuh yang mampu milik dan sesuai dengan keadaan semasa sebelum kami anak-beranak balik sana hujung bulan ini. Sesak nafas whatsapp Yatie dengan gambar mesin basuh yang beliau survey. Pelbagai pilihan yang menarik hati dan mencuit nafsu. Haha. Yatie? Mak terima je noks! Nak beli yang gabak kena sedar diri kalau nak cuci toto sendiri, lepas tu nak sidai kat mana. Itu satu hal. Paling utama, ruang mana nak letak?

Mesin Basuh Auto LG

Banyak pilihan jenama dan harga (paling penting!). Jadi, mesin basuh yang mana satu menjadi pilihan hati sang suami? Haa. Nantikan. Tapi, pasti bukan seperti dalam gambar diatas ini. InshaAllah, one fine day. Aamiin. Hehe.

2 comments

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day