September 18, 2015

Insurans Great Eastern NAD

Insurans Great Eastern NAD | Assalammualaikum. Hai. Kad tak dapat lagi sebab polisi belum t/t. Err. Yeke itu sebabnya? Haha. Lupa pula macam mana urusan insurans NAB lebih 3 tahun lalu. Tapi tak perlu risau dengan masalah pelupa ni sebab Auntie GE NAB & NAD sangatlah agresif. Beliau akan sentiasa kejutkan Yatie dari lupa. Hahaha. Jangan buat² lupa sudah. Kejut banyak kali pun tak guna. Hoho.

Insurans Great Eastern NAD

Dapat Whatsapp dari Qyla ni lama dah. Hehe. Bayaran pun dah yang ke-2. Alhamdulillah. Ada rezeki untuk NAD. InshaAllah walau macam mana pun akan diusahakan buat anak-anak. Lagipun pasti ada 'lorong'nya asalkan niat kita baik. Dah mak² ni memang keutamaan adalah anak². Biarlah mak tak ada pakaian baru, kasut tukar setahun sekali, handbag tukar 2 3 4 tahun sekali. Gituuu. Hehe.

So! Jika korang sedang mencari insurans serta agen insurans yang terbaik, Yatie galakkan korang berurusan dengan Auntie GE NAB & NAD iaitu Qyla Aqilah (http://hisherstep.blogspot.my). Agen yang sempoi dengan explanation yang santai serta efisien. Haa. Amik ejaan bahasa melayu terus. Hehe. Serius! Tak akan menyesal. Tanya la soalan merepek banyak kali, dia akan jawab. Hahaha. Sorry Qila. Yatie la tu salah seorang yang banyak tanya. 

Apa pun, semoga Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa. Allahhummaamiin.

1 comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day