September 30, 2015

Goodbye? Tak Bestnya!!

Goodbye? Tak Bestnya!! | Assalammualaikum. Hai. Bersiaran kembali dari Kuala Lumpur. Kitorang balik Ahad lepas, jam 12 malam baru sampai rumah. Flight delay 2 jam disebabkan oleh jerebu. Stress woo. Suami lagi stress sebab tiba-tiba pula beliau sakit gigi. Gambir pun tak jalan. Huhu. Ada beberapa cabaran juga la balik tempoh hari. Haha. Dengan barang yang sangat banyak dan anak dua, serius serik naik ERL. Gigih juga katanya. Sekali sampai stesen BTS lift rosak. Amekaw! Hoho.

 

Lebih 2 bulan di kampung. Seronoknya pasti korang pun boleh bayang. Ada mak, bapak, adik beradik, nenek, saudara mara, cousins dan jiran tetangga. Siapa yang cakap tak seronok it must be something wrong somewhere. Haaa. Kan dah cakap omputih. Hihi. Rindu sangat nak bermanja-manja dengan mak bapak. Bila teringin nak makan sesuatu, whatsapp mak atau bagitau je bapak. InshaAllah akan diusahakan untuk cari. Kita ni walaupun dah kahwin beranak-pinak, kita pasti rindukan mak bapak sendiri jugak. Betul tak?

 

Keluarga Bahagia

 

Sebahagian dari family. In fact, not even quarter pun. Huhu. Tapi, Alhamdulillah ada juga sebagai gambar kenangan. Yatie Alhamdulillah masih ada nenek perempuan dari kedua-dua belah mak bapak. NAB duduk atas riba nenek la tu. NAB dan NAD panggil nenek Yatie; Nek Atok. Gelaran orang sana oleh cicit. Muka masing-masing nampak ceria dalam gambar. Sebaliknya? Hahaha. Tak ada orang ambil gambar sebalik tabir. Hihi.

 

Keluarga Tercinta

 

Tak semua yang hantar Yatie ke airport. Jauh tu.. 100+ kilometer dari kampung. Mak bapak of course ada. Mak bapak tunggu sampai kitorang check in. Huhu. Check in sepatutnya dalam pukul 3 tapi sebab delay jadi pukul 5.30 petang. Kesian diorang kena tunggu lama. Lepas tu nak kena jalan jauh lagi balik kampung. Masa nak check in Allahhu.. perasaan Yatie tak tahu nak gambar macam mana. Rasa nak pecah dada menahan tangis. Al maklum, Yatie jumpa mak bapak setahun sekali pun belum pasti.

 

Bukan senang nak ucapkan selamat tinggal pada orang-orang yang kita kasihi. Apatah lagi bukan mudah untuk bertemu bertentang mata selalu kerana terpisah oleh Laut China Selatan. It hurt me lots! Sungguh, masuk je balai berlepas hati sudah mula rindu. Alangkah indahnya perpisahan ini tak berlaku. Ok. Bergenang air mata gua yang kental ni. Haha. Kental la sangat. Apa pun, doa Yatie pada insan-insan yang dikasihi ini semoga mereka dikurniakan kesihatan yang baik serta panjang umur dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. Semoga berjumpa lagi nanti, InshaAllah.

 

“Goodbye is the hardest word to say to your most favourite person in life; that’s family”.

2 comments

  1. weh yati..aku baca pun sebak weh..sabar eh yati..aku yang dekat ni pun selalu rindu mak..inikan ko yang jauh berbatu-batu..yg termampu sebagai kawan, aku doakan semoga murah rezeki ko selalu jumpa family kat sana..

    ReplyDelete
  2. Hi Yati, very nice gambars. Can see everyone having a good time.
    You keep well, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day