September 14, 2015

Fakta Mengenai Jam Tangan Fossil

Fakta Mengenai Jam Tangan Fossil | Assalammualaikum. Hai. Selamat bekerja korang! Nak tanya ni. Siapa di antara korang suka pakai jam tangan dan salah satu koleksi ialah jam Fossil? Angkat tangan. Hehe. Yatie? InshaAllah suatu hari nanti merasa juga pakai jam tangan Fossil. Hoho. Hari ni Yatie nak kongsikan dengan korang fakta mengenai jam tangan Fossil.
Fakta Mengenai Jam Tangan Fossil
Jenama Fossil merupakan diantara jenama pengeluar jam tangan yang amat diminati yang diyakini ramai. Ditubuhkan sejak tahun 1984, Fossil sentiasa komited dalam menghasilkan koleksi jam tangan yang cukup berkualiti untuk lelaki dan wanit. Buat korang yang menggemari jenama Fossil atau bercadang untuk memiliki seutas jam tangan keluaran jenama ini, jom sama-sama kita tengok fakta-fakta yang berkaitan dengan jam tangan Fossil ini.
Jam Tangan Fossil Wanita
Koleksi Jam Tangan Fossil Wanita
Berbanding jenama-jenama jam tangan yang lain, Fossil hanya menghasilkan koleksi jam tangan yang direka dengan sentuhan ekslusif. Rata-rata koleksi jam tangan tersebut diberikan sentuhan batu Kristal yang mewah sebagai perincian. Oleh yang demikian, koleksi jam tangan ini pastinya sesuai untuk korang jadikan sebagai aksesori utama apabila ingin menghadiri majlis-majlis istimewa
Fakta Mengenai Jam Tangan Fossil 2
Selain itu, koleksi jam tangan Fossil yang berkualiti ini juga ditawarkan dalam harga yang amat berpatutan jika dibandingkan dengan koleksi jam tangan daripada jenama-jenama antarabangsa yang lain.
Jam Tangan Fossil Wanita Lelaki
Koleksi Jam Tangan Fossil Lelaki
Dan fakta yang seterusnya adalah mengenai fungsi-fungsi istimewa yang terdapat pada setiap koleksi jam tangan Fossil tersebut. Bagi korang yang kerap melakukan aktiviti lasak dan menginginkan latihan sukan yang lancar, koleksi jam tangan outdoor Fossil adalah pilihan yang terbaik. Material yang digunakan adalah amat berkualiti tinggi dan menjadikan koleksi jam tangan ini tahan lasak serta mempunyai jangka hayat yang amat panjang.
 
Ehem! Hi soulmate (anda tahu anda siapa). Belanja 1 jam Fossil please. Tak perlu pergi kedai jam. Klik Klik Klik aje di Zalora. Hihi. Bye!

5 comments

  1. cantik.. harga pun cantik.. hehe
    singgah pagi..

    ReplyDelete
  2. somi zila suka ngan jam tangan fossil ni.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Klu dpt free pun cantik gak...hahaha

    ReplyDelete
  4. hahaha...saya baca tajuk terus gelabah...ha nape ngn jam tgn fossil...sbb sy n en somi ada jam fossil..hahaha...ooo upenya barang baikkk...

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day