September 3, 2015

EBM Cair


EBM Cair | Assalammualaikum. Hai. Bila bercakap tentang EBM cair, hanya yang pernah melalui tahu bertapa hancurnya hati. Sobs! Walaupun sedih tapi bersyukur sebab diberikan pengalaman sekarang. Iaitu pada saat masih dalam cuti dan pre-stok. Errr. Ada juga pre-stok. Hihi. Maksud Yatie sebab kat Sarawak lagi dan sangatlah tidak pasti berupaya atau tidak nak bawa stok balik KL nanti. 

Walaupun begitu, tetap sedih bila terpaksa buang susu² tu. Mungkin tak banyak bagi orang lain tapi sangat banyak bagi Yatie. Yelah, sebab dah melalui saat production merudum ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang kan. Huhu. Apatah lagi ia berpunca dari kecuaian diri sendiri. Memang rasa nak lempang muka sendiri. Huhu.

Stok EBM Cair

Jumlah EBM yang terkorban lebih kurang 150 oz. Sobs! Ia berpunca dari pintu peti tak tertutup rapat. Yatie ada pindahkan stok susu ke atas dalam lebih kurang jam 8 / 9 malam dan Yatie kebetulan buka peti sejuk bawah dekat nak jam 12 malam. Yatie terdengar bunyi menderu yang kuat dan rasa ada air kat lantai. Rupanya pintu peti bahagian freezer tak rapat. Periksa satu², semua dah mencair walaupun sedikit. Frust gila! Hancur luluh hati ni..sebab for sure 150 oz itu tak akan dapat NAD habiskan dalam tempoh 24 jam. Nangis!

EBM yang dah cair tak boleh dibekukan semula dan perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam. Kenapa? Sebab komposisi nutrien dalam susu dah berubah. Jika dibekukan semula dikhuatiri juga ibarat bayi minum air masak. Yatie ada baca pengalaman seorang ibu katanya, anak cepat rasa haus semula bila minum yang telah mencair sedikit dan dibekukan semula.

Apa yang Yatie buat dengan susu ni? Haa. Yatie buat untuk siram bunga bapak. Adik Yatie kata, 'susu kau macam berlemak long'. Huhu. Aah. Lemak berkrim disukai NAD. #Ehh haha. Perasan. 

Apa pun Alhamdulillah. Inilah pengalaman untuk pengajaran. Ia mengajar untuk lebih teliti dan berhati-hati. Ia juga menambah ilmu dalam pengurusan EBM. Ia mengingatkan Yatie selagi boleh stok simpan di bawah supaya kita dapat bagi yang 'fresh' untuk anak. Buat masa ni memang susah Yatie nak kekalkan fresh sebab masih cuti lagi kan. Oklah. Till we meet again.

5 comments

  1. aaa sedehnye tengok susu kena buang.. sabar yer!
    jemput singgah kalau sudi...

    http://contengan-rasa.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. mmg sedih kot yat.
    i pernah cair satu deep freezer ok.

    plug kena panah petir.

    masa tu pulak anak sulung kat hospital. ya Allah berat rasa masa tu. gigih kumpul balik stok.

    ReplyDelete
  3. walaupun zila x pernah buat stok ebm, tp zila tahu betapa penatnya nk wat stok.. huih.. jenuh jugak nk dapatkan 150oz tu.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. banyak tu 150oz..sy yang terbuang 3oz pun rasa nak nanges!!

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day