September 19, 2015

Door Gift Majlis Kesyukuran NAD

Door Gift Majlis Kesyukuran | Assalammualaikum. Hai. Yatie pun tak tahu nak sebut door gift ke bukan sebab gift ini hanya untuk para jemaah yang berzikir (mungkin berzanji kata orang sana). Majlis kecil-kecilan orang kampung. Hehe.

Orang kuat door gift. Lol.
InshaAllah majlis kesyukuran, cukur jambul dan disertai dengan tahlil diadakan pada 11 Zulhijjah (25 Sept). Selepas Aidiladha, 10 Zulhijjah. Jemput jiran sekeliling dan saudara-mara serta kenalan rapat je. Lepas majlis kena siap sedia nak balik Semenanjung pula 27 Sept. Sobs! Sedih sebak sayu mula terasa. Huhu.

Door Gift Simple
Majlis kecik, door gift tak seberapa tetapi haaa.. ramai pembantunya. Haha. Yang di censor merupakan adik-adik dan cousin yang dah akil baligh. Yang kecik² semua tu cousins Yatie bukan anak saudara tau. Sebab Yatie cucu sulung sebelah mak. Hoho.

Door Gift Majlis Kesyukuran

Siap pack 50 door gift untuk jemaah zikir. Sebotol mineral water, 1 sapu tangan, 1 biskut delio dan gula² pemanis mulut. Menyusul buku doa / yassin dan telur rebus. InshaAllah. Gula² pemanis mulut kata orang sini Yatie prepare 200 peket (3 biji/pek). Adik Yatie cakap rasa macam nak kenduri kahwin isi gula² dalam plastik. Olololo. Dah lama la tu tak de kenduri kawen. Hahaha.

NAD tak cukur lagi sebab tak ada siapa pandai buat. Bapak Yatie pun surrender. Huuu. Sunat inshaAllah akan dibuat pada hari yang sama. Tapi kalau tak pun balik Ipoh terus pergi tempat yang kitorang bawa NAB dulu. Silap² cukur pun kena minta tolong suami pengasuh NAB dulu. Hoho. Rambut adik pun dah cacak² gitu. Lol!

Haih. Perasaan bercampur baur saat² hujung begini. Tapi, nak buat macam mana. This is life. Keep smiling! ;)

4 comments

  1. Waahhh...ada door gift lagi tu..doorgift ni ibarat penyeri majlis kan..

    ReplyDelete
  2. bestnya.. aku pun ingat nak terus buat kenduri pas pantang nnt. ehhh... =D

    ReplyDelete
  3. Door gift..rajin mak pengantin kecik nie

    ReplyDelete
  4. Door gift..rajin mak pengantin kecik nie

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day