September 21, 2015

Autumnz Bottle & Food Warmer (Home & Car Use)

Autumnz Bottle & Food Warmer (Home & Car Use) | Assalammualaikum. Hai. Warmer merupakan satu equipment yang wajib ada dalam menjayakan usaha BF NAD. Lagipun Yatie mak bekerja jadi memang tak dapatlah nak DF sentiasa kan. Alhamdulillah setakat ini NAD tak ada memilih nak minum susu; fresh/freeze. Semoga terus begitu dik. Heee.

Autumnz Bottle & Food Warmer
Warmer pilihan ialah Autumnz Home & Car Use. Affordable yet useable. Gituu. Hehe. Kenapa Home & Car Use. Haaa. Sebab bagi Yatie senang nak bawa pergi travel jauh² naik kereta. Ecece jauh nau bunyi kan. Hahaha. NAD ada satu peel iaitu dia ada time yang dia tak nak DF terutamanya siang. Macam tahu² aje nanti dia tak akan DF waktu siang. Huuu.

Fungsi Bottle & Food Warmer
Ada 3 fungsi iaitu untuk panaskan susu, makanan baby dan sterile barang² kecik macam puting dan pacifier. Cara penggunaan pun mudah. Letak air je dan tetapkan suhu untuk panaskan apa. Sama juga kalau guna masa dalam kereta. Cuma jangan guna masa kereta tengah bergerak sebab dikhuatiri nanti tiba² air terpercik keluar kena korang. Siapa susah? Heeee.

Home & Car Use
Apa yang ada? Disertakan sekali dengan bottle mat, bowl, lid dan juga DC-DC conveter untuk digunakan dalam kereta. Serius memudahkan as compare nak guna air panas letak dalam bekas lepas tu kena ulang² tukar air. NAD masa tu suka mengamuk sebab lambat sangat. Hoho. Lagipun suhu air pun tak boleh sehingga 100°c. Jadi untuk pastikan keadaan suhu, penggunaan warmer sangat digalakkan.

Autumnz Warmer - Home & Car Use
Yatie beli di Lazada je. Hoho. Masa tu 70+. Tak pasti pula harga di luar. Dengan line telco yang sangat limited Yatie tak kuat untuk survey merata macam selalu. Huhu. Sekarang ni nak cari satu lagi untuk pengasuh NAD. Dah pesan siap² minta sediakan warmer. Alhamdulillah. Jumpa yang sudi dan pandai handle ebm.

1 comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day