August 26, 2015

Tempahan Template / Make Over Blog by UmieSue Studio

Tempahan Template Blog Murah | Assalammualaikum. Bagi yang kurang kreatif dan tak cukup masa nak belajar macam Yatie (hahaha. alasan!), satu cara yang paling mudah ialah tempah! Tempah custom mahupun ready made design. Apa yang penting, blog berubah wajah untuk mengembalikan mood menulis kembali. (alasan lagi! hihi.)

Sepanjang Yatie ber-blog, Yatie dah tempah template / make over blog dari Umie Sue Studio lebih dari lima kali untuk 2 blog Yatie. Blog personal Kalam D'Yatie dan blog bisnes DYatieShop termasuk blog yang telah terkubur. Hehe. Yatie sangat selesa dan mudah berurusan dengan Sue. Servis Sue bagi Yatie secara peribadi; bukan sekadar MURAH tetapi CEPAT dan TIDAK PERNAH MENGECEWAKAN.

Kali ini Yatie tempah make over blog untuk blog bisnes Yatie; DYatieShop. Berbeza dengan sebelum ini, Yatie tak request apa-apa. Yatie serahkan bulat-bulat pada Sue mengikut kreativitinya sendiri. Yatie cuma bagi gambar kami 4 beranak untuk dimuatkan pada header blog. Sue cuma tanya, "kalau Su buat macam ala-ala kartun kat kedai boleh? Tapi ada letak gambar Yati family ni sekali".

Hasilnya Subhanallah. Yatie sendiri tak boleh gambarkan bertapa sebaknya Yatie bila buka blog sendiri dan tengok header yang Sue designkan untuk DYatieShop. Yatie terus teringat akan satu impian yang memang Yatie nak sangat-sangat hinggakan Yatie menangis semasa di Workshop MYRYL tempoh hari. Menangis kerana kita sungguh-sungguh mahukan impian itu menjadi kenyataan kata Puan Shuhada.

Tempahan Template / Make Over Blog by UmieSue Studio
DYatieShop - Pengedar Shaklee Cheras
Haaa. Inilah dia design header dari Sue untuk DYatieShop yang mencuit hati Yatie. Kesian Sue jadi panik bila Yatie cakap Yatie sebak tengok header. Hehe. Sorry Sue. Seakan Sue mengerti akan isi hati Yatie dan mengzahirkannya dalam design ini. Ya, hati Yatie memang terlalu kuat untuk menjadi WAHM. Tak percaya, sila tanya Rara dan Allene yang duduk satu meja dengan Yatie semasa bengkel MYRYL tempoh hari. Hihi.

Walau dalam keadaan 'genting' begini, Yatie masih lagi punya azam dan impian untuk menjadi WAHM. Tidak sekarang tapi mungkin 1, 2 atau 3 tahun lagi setelah semuanya stabil termasuk ekonomi negara. Impian itu tidak akan pernah terkubur dan Yatie akan terus berusaha ke arah itu. Semoga diperkenan dan diizinkanNya jua kerana kita cuma merancang, Allah yang tentukan.

Pertama kali, Sue terima kasih atas design ni. Kedua, terima kasih atas titipan doa buat Yatie. Dan buat rakan-rakan semua yang berminat untuk MAKE OVER BLOG / HEADER BLOG / FB COVER / LOGO / WATERMARK / FLYERS / BIZ CARD / STICKER / POSTER / BUNTING dan BANNER, sila hubungi Umie Sue Studio (UmieSue Creative). InshaAllah ia menawarkan perkhidmatan yang MURAH, PANTAS dan anda PUAS

Personal FB: Sue Haida
Business FB: UmieSue Studio

Ya Allah, permudahkanlah urusan pemilik blog ini dalam mencapai impian murninya untuk menjadi seorang mak yang bekerja dari rumah. Kurniakanlah kesihatan yang baik buat pemilik blog ini dan limpahkanlah kepadanya rezeki yang berlipat ganda. 

Ya Allah, kau permudahkanlah jua urusan rakan-rakan pemilik blog ini dan pelawat yang membaca blog ini dalam mencapai apa jua yang mereka hajati. Kurniakanlah kesihatan yang baik dan rezeki yang berlipat ganda kepada mereka. 

Ya Allah, permudahkanlah dan jangan Engkau sukarkan.
Ya Allah, perkenankanlah doa kami.

Aamiin.
_________________________________

Ingin mendapatkan produk Shaklee? 
DYatie merupakan salah seorang Pengedar Sah Shaklee di Malaysia.

Pengedar Shaklee Malaysia

4 comments

  1. erna pulak sebak baca entry ni. semoga Allah permudahkan jalan untuk mu. Amin

    ReplyDelete
  2. blog ubai tu tak tau la nak kena make over ke tak.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Cantiknya la...kreatif sgt la sue

    ReplyDelete
  4. amin.... semoga impian yt tercapai dan juga gbsb lain yg ada imian jd wahm

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day